KLINIK AUDIT SOLAT
Demi memenuhi tanggungjawab sosial dan memasyarakatkan teknologi bioperubatan serta kajian sains solat , maka Klinik Solat telah diwujudkan. Ujian-ujian yang dijalankan berkait rapat dengan pergerakan solat seharian dalam membantu mengatasi masalah kesihatan.
Tahniah kepada semua pelanggan KLINIK SOLAT sesi Februari 2010. Berikut merupakan antara ujian-ujian yang kami lakukan.
1. Ujian kolesterol, Ujian Risiko Sakit Jantung dan kesihatan keseluruhan
Pengambilan diet makanan yang seimbang adalah penting untuk mengelakkan lebihan kolesterol dalam badan. Kolesterol yang berlebihan akan membahayakan kesihatan anda.- Ujian kolesterol dan kesihatan keseluruhan (tanpa mengambil darah dan berpuasa selama 4 jam)-RM25
- Ujian Kekenyalan Arteri dan risiko sakit jantung-RM25
2. Audit Postur Dan Pergerakan Solat Terhadap Komposisi Badan
Komposisi tubuh badan meliputi sel-sel badan, kuantiti air,parameter elektrikal,kadar lemak dan kolesterol dalam darah. Pengukuran parameter ini penting dalam menentukan tahap metabolism, kecergasan dan kesihatan seseorang individu.- Ujian Komposisi Badan:-
-Mengukur tahap tekanan darah.
-Mengukur tahap kesihatan secara keseluruhan selepas bersolat
(tiga sesi ujian sebelum dan selepas bersolat berharga RM100.00)
3. Terapi Menguruskan Badan Lelaki & Perempuan
Pergerakan dalam solat sebenarnya menyamai senaman ringan yang dilakukan seharian. Sekali gus membantu membakar lemak berlebihan dalam badan manusia. Solat boleh dijadikan terapi menguruskan badan berserta dengan diet yang akan disyorkan.- Terapi menguruskan badan
4. Terapi Sakit Pinggang
Sakit pinggang merupakan masalah yang biasa berlaku bagi golongan dewasa dan orang yang berkerja.- Terapi sakit pinggang
5. Terapi Kesihatan Seksual Wanita
Terapi solat berupaya menguatkan otot lantai wanita. Otot lantai merupakan otot yang penting dalam meningkatkan tahap keseksual wanita, mengelakkan masalah kejatuhan rahim dan masalah kekerapan pembuangan air kencing.- Terapi Otot Lantai -RM100.00
6. Ujian Gelombang Otak Ketika Solat
Gelombang otak yang dihasilkan ketika melakukan pergerakan meliputi gelombang alfa,beta dan gamma.¨ Ujian mengukur gelombang otak ketika bersolat. (RM100.00 untuk sekali ujian).
7. Terapi Kesihatan Seksual Lelaki
Pergerakan fizikal atau senaman sederhana secara berterusan dapat mencergaskan sistem andrologi dan meningkatkan kekuatan tenaga batin lelaki.- Terapi Mati Pucuk :
- Ujian klinikal mati pucuk & ujian neva: (RM 200 bagi sesi pertama ) & (RM 100 setiap sesi seterusnya)
- Terapi Kekerapan Pembuangan Air Kencing -RM100
Dr. Ausama atau Dr. Shanggar di alamat,
Jabatan Surgery,Tingkat 2 Menara Utama
Pusat Perubatan Universiti Malaya, 50603 Lembah Pantai,Kuala Lumpur.
Waktu klinik: Selasa (2-5 petang)
Jumaat ( 9 pagi -1 tengahari)
No. tel 03 79492070
Faks 03 79492441
Setelah diadakan temujanji dengan Dr. Ausama atau Dr. Shanggar barulah pesakit datang ke Makmal Klinikal.
***Potongan Istimewa untuk setiap ujian diberikan kepada warga emas, warga UM, pelajar sekolah dan saudara baru
http://cmimems.wordpress.com/klinik-solat/
No comments:
Post a Comment