MB Khalid Bagus - BN Tak Suka
Posted on Wednesday, July 25 @ 02:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: orangklawang
"Macam biasa Selangor sentiasa mencetuskan kontroversi. Ini semua gara-gara MB Selangor Tan Sri Khalid yang berjiwa rakyat.
Tak
lama dulu kes sampah kat Selangor. Sampai berlonggok-longgok sampah kat
tepi jalan di bumi Selangor tak ada siapa nak ambil untuk pergi buang.
Kat
Jeram tempat orang tua aku tinggal sampai busuk kat tepi jalan.
Alhamdulillah selesai apabila Kerajaan Negeri Selangor ambil alih
pengurusan sampah dan bagi kontrak terus pada syarikat-syarikat yang
bertanggungjawab untuk mengutip sampah di setiap daerah dalam Negeri
Selangor. Sekarang ni dah kecoh pasal air pulak dah.
Dah lebih 50
tahun UMNO/BN perintah Malaysia tak pernah sekali pun terlintas kat
benak fikiran mereka nak beri air percuma pada rakyat. Tiba-tiba bila
Pakatan Rakyat menang di Selangor, Tan Sri Khalid di lantik jadi MB dan
dia umum beri air percuma kepada seluruh rakyat Selangor sebanyak 20
cubic padu maka terperanjat beruk lah seluruh pemimpin UMNO/BN. Macam
satu bom dah meletup, maka seluruh pemimpin UMNO/BN fikir habis lah
riwayat mereka di Selangor. Memang tak dapatlah UMNO/BN nak tawan balik
Selangor. Jadi isu air dan SYABAS ini adalah talian hayat terakhir
UMNO/BN untuk tawan semula Selangor dari Pakatan Rakyat.
Orang
yang bijak, baik dan bagus macam MB Khalid ni memang ramai orang
terutamanya orang-orang UMNO/BN tak suka. Sebab bagi mereka orang macam
ni menyusahkan mereka. Tapi orang UMNO/BN ni orang yang baik sesama
mereka pun, mereka tak suka jugak. Dulu Selangor ada MB Datuk Harun
Idris. Datuk Harun Idris baik serta bagus dan berjiwa rakyat. Datuk
Harun dari UMNO berjiwa Melayu jadi dia beri tanah pada orang Melayu, Kg
Cheras Baru, Kg Malaysia Tambahan, Kg Baru, Kg Dato’ Keramat, Kg Kongo
(Bandar Tun Razak) sekarang ini, semua usaha Datuk Harun untuk bagi
tanah pada orang Melayu di Kuala Lumpur. Tapi ramai jugak orang UMNO/BN
yang tak suka dengan Datuk Harun walaupun rakyat terutama orang Melayu
suka dengan Datuk Harun. Mereka fitnah dan bantai Datuk Harun
macam-macam sampai Datuk Harun jatuh. Ramai orang Melayu terutamanya
rakyat Selangor yang kecewa.
Tok Guru Nik Aziz MB Kelantan orang
nya baik hati, bagus,warak dan berjiwa rakyat. Orang UMNO/BN tak suka
jugak. Mati kutu puak-puak UMNO/BN kat Kelantan sebab mereka tak boleh
nak buat apa-apa dan nak celok apa-apa yang patut pun mereka tak dapat.
Tapi rakyat Kelantan suka dengan Tok Guru malahan seluruh rakyat
Malaysia tanpa mengira kaum suka dengan Tok Guru. Orang yang berjiwa
rakyat memang lah rakyat suka.
Kesimpulannya UMNO/BN ni memang
tak suka dengan orang yang bagus, baik hati dan berjiwa rakyat kerana
bagi UMNO/BN orang spesies ini semua nya menyusahkan mereka. Bagi
UMNO/BN mereka lebih suka dan terlebih gemar dengan orang yang jahat,
zalim dan suka menyusahkan orang kerana orang-orang macam ni senang
mereka nak pegang dan kawal. Kalau nak apa-apa pun senang sebab mereka
sehaluan dan dah sama-sama jahat.
Tapi aku percaya dan seluruh
rakyat Selangor pun percaya MB Khalid, Insyallah akan berjaya juga
selesaikan isu air kat Selangor ni. MB Khalid ni aku tengok dia ikhlas
berjuang untuk rakyat dan tak nak apa-apa imbuhan sebab dia pun rasanya
semua dah ada dan dah cukup. Macam Tok Guru Nik Aziz dia tak nak apa-apa
kat dunia ni dan bagi Tok Guru semua nya dah cukup untuk dia dan
keluarga nya di dunia ini. Mereka ni lah pemimpin yang sentiasa
bersyukur dengan kurniaan ALLAH. Tak lah macam pemimpin UMNO/BN yang
sentiasa tak pernah cukup. Akhir sekali aku cadangkan MB Khalid anjurkan
solat hajat peringkat Negeri mohon pada ALLAH terutamanya pada bulan
Ramadhan ini supaya air Selangor, ALLAH bagi pada rakyat Selangor bukan
pada UMNO/BN dan kroninya.
http://orangklawang.blogspot.com"
No comments:
Post a Comment