Thursday, July 26, 2012


Strategi Syaitan Memperdayakan Manusia

Antara strateginya:
  • Was-was
          Membisikkan keraguan pada manusia semasa melakukan kebaikan atau amal salih.Misalnya  was-was sama ada sudah melaksanakan duduk tahiyat awal pada solat tiga atau empat rakaat.
  • Tazyin
          Membungkus kemaksiatan dengan kenikmatan.Segala yang berbau maksiat dilihat indah dan  mengasyikkan.Misalnya, merpati dua sejoli yang lebih mesra dari pasangan suami isteri. Kemesraan  berdua-duaan tanpa nikah dilihat lebih nikmat dan mengesankan daripada setelah diijabkabulkan.
  • Tamanni
          Memperdaya manusia dengan khayalan dan angan- angan.Misalnya,kita berniat hendak solat tahajud  dengan menetapkan jam loceng pada jam tiga pagi.Apabila loceng berbunyi kita segera mematikannya  dan menyambung tidur semula.Kita mengulanginya berkali-kali dan inilah disebut strategi tamanni
  • A'dawah
         Berusaha menanamkan permusuhan.Syaitan berikhtiar mewujudkan  permusuhan sesama manusia  apatah lagi sesama suami isteri,adik beradik dan jiran tetangga.Bermula dengan prasangka buruk, maka  tumbuh la sikap itu dlm diri manusia.
  • Takhwif
          Strategi menakut-nakutkan.Misalnya merasa takut akan jatuh miskin sekiranya menginfakkan atau  mendermakan sebahagian daripada harta. Adakalanya takut disebut alim kerana datang ke majlis ilmu agama.
  • Shaddun
         Berusaha menghalang manusia daripada menjalankan perintah Allah dengan pelbagai cara.Misalnya,  merasa malas untuk solat dan mengantuk ketika membaca Al quran.Inilah SHADDUN.
  • Wa'dun
          Membuat janji palsu.Syaitan memujuk manusia agar memberikan janji-janji yang menggiurkan dan  manusia mempercayainya.Misalnya, lelaki yang berjanji menikahi perempuan yang dinodainya tiba-tiba lesap dan tidak mahu bertanggungjawab.
  • Kaidun
          Helah dan tipu daya.Dengan memerangkap manusia untuk bertangguh dalam melakukan pekerjaan. Akhirnya kerja yang dilakukan tidak memberikan hasil yang memuaskan.
  • Nisyan
          Lupa.Syaitan berusaha agar manusia menjadikan lupa sebagai alasan untuk menutup tanggungjawab.  Kalau benar-benar lupa itu adalah lumrah manusiawi.Namun jika buat-buat lupa kta sudah terjebak dengan strategi nisyan.

OLEH ITU BERHATI-HATILAH DENGAN STRATEGI SYAITAN.

No comments:

Post a Comment