Thursday, July 5, 2012


AIR ASIA CHEKIK DARAH !!!

Minggu lepas saya ke Kuching Sarawak menziarahi anak saya yang baru dua bulan bertugas di Hospital Umum Sarawak. Pengalaman kali ini menaiki pesawat Air Asia sungguh mengganggu perasaan saya. Tak pernah saya berasa tertekan dan marah-marah dengan sistem Air Asia yang pada saya “cekik darah” dan mengambil kesempatan di atas kealpaan penumpang. Pada saya walaupun Air Asia punyai prinsip sesiapa sahaja boleh terbang (everybody can fly) tetapi punyai “hidden agenda” iaitu fikirkan apa sahaja cara untuk dapatkan untung daripada penumpang.(Ini pendapat peribadi saya).

Pada 28 Jun lepas saya menaiki pesawat Air Asia dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur jam 8.20 pagi. Saya dan isteri sampai di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu jam 7.30 pagi. Saya beratur dihadapan kaunter tiket Air Asia mulai jam 7.30 pagi untuk check in. Dihahadapan saya ada tiga orang penumpang yang sedang berurusan untuk daftar masuk. Malangnya masa untuk mereka ini terlalu lama, kemungkinan kerana barangan (luggage) mereka melebihi had dan perlu bayaran tambahan. Selesai sahaja mereka daftar masuk, giliran saya untuk check inn dan petugas di kaunter itu meletakkan label kaunter ditutup, tetapi dia masih meneruskan tugasnya, dan bila saya menyerahkan kad pengenalan saya untuk dapatkan pas masuk, saya dikehendaki membayar RM10.00 seorang kerana lewat daftar masuk, walhal saya telah berdiri beratur lebih sepuluh minit.

Saya menjelaskan bahawa saya dah lama beratur, kenapa perlu bayar, katanya saya lewat check inn. Secara paksa rela saya dan beberapa orang lagi penumpang yang lain kena bayar RM10.00 untuk dapatkan bording pass.

Dan yang paling menyedihkan saya ialah reket badminton anak saya yang beratnya tak sampai 300 gm terpaksa dimasukkan ke dalam luggage di Kuala Lumpur untuk terbang ke Kuching. Yang peliknya sewaktu kami menaiki kapal terbang dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur dizinkan saya membawanya naik ke tempat duduk tanpa perlu masuk ke tempat luggage. Petugas Air Asia di LCCT KL mengenakan tambang RM50.00 bagi sebatang reket badminton yang beratnya sama dengan sebuah buku yang tebalnya 400 muka surat. PELIK dan AJAIB.

Sewaktu balik dari Kuching ke KL sekali lagi kami diminta membayar RM10.00 seorang untuk dapatkan bording pas. Walaupun saya telahpun suruh anak saya di KT mendaftar (check inn online) tetapi kami tidak print pula bording pass. Jadi untuk dapatkan bording pass yang telah dicheck in online perlu bayar RM10.00 seorang. Saya cuba juga lihat melalui mesin automatic di Aiport untuk dapatkan bording pas, tak boleh kerana saya telah check inn melalui online. LAGI PELIK DAN AJAIB.

Kesimpulan yang boleh saya buat daripada peristiwa pahit ini ialah;

  1. Air Asia Penerbangan Murah hanya pada gimiknya sahaja, tetapi hati-hati mereka akan kaut keuntungan melalui pelbagai cara daripada penumpang. Menahan lukah di pergentingan, mencari keuntungan dengan mencekik darah penumpang.
  2. Dahulu setiap penumpang dibenarkan membawa barangan tidak lebih 15 kg. Seorang tetapi sekarang hanya 7 kg. Seorang.
  3. Benarlah tohmahan MP dari Sabah yang menuduh CEO Air Asia penipu.
  4. Bagitu juga saya pernah menginap di TUNE Hotel di KL dekat Maju Junction satu ketika dulu. Biliknya dalam internet nampak luas dan selesa, tapi bila nak check inn, tuala kena sewa, aircon kena bayar, parking kereta kena bayar, biliknya pun sempit nak solatpun payah. Bila dicampur semua charge itu rasanya lebih murah duduk di Grand Continental.
  5. Hati-hatilah bila nak naik Air Asia, dulu mungkin murah tapi sekarang kenalah hati-hati.
  6. Cadangan saya pihak berkuasa kenalah tengok sikit apa yang telah dibuat oleh Air Asia. Tapi ini mungkin mustahil sebab puak-puak pemerintah ini tak naik kapal terbang murah ini, mereka naik Business Class MAS. Sekali-sekali tengoklah kerenah Air Asia yang mencari keuntungan daripada rakyat golongan berpendatan rendah ini.  

No comments:

Post a Comment