Posted on Wednesday, July 25 @ 21:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh MonierMatDin
Baru-baru ini saya ada terdengar tazkirah seorang Ustaz yang memetik kata-kata Orang Alim, katanya: Kalau Allah SWT hendak memberi kebaikan kepada seseorang itu, tambah-tambah pula di bulan ramadhan ini, maka Allah SWT akan jadikan orang itu sibuk dengan urusan/kerjabuat untuk memberi kebaikan kepada orang lain. Maksudnya, sibuk dengan kerja-kerja amal dan kebajikan.
Sebab itu, bila ada seorang sahabat dari
Terengganu hantar email ajak Jalan-Jalan Masuk Kg bagi sumbangan kepada
orang-orang miskin di sana; walau pun ambik masa 7 jam perjalanan dari
Kedah ke Tganu, tapi sebab dok ingatkan tazkirah Ustaz tadi, saya
gagahkan juga diri untuk turun ke Kemaman, Terangganu hari Sabtu 28
Julai ini. Mudah-mudahan ada kebaikannya menanti di sana.
Sebut
pasal Kemaman, kalau kita google Internet bab Isu Kemiskinan di
Malaysia, Daerah Kemaman sama naiknya dengan Baling, daerah kelahiran
saya di Kedah sana. Kedua-dua daerah ini termasuk dalam kawasan kajian
awal kemiskinan di Malaysia oleh Prof Diraja Ungku Aziz di sekitar tahun
60an dulu.
Secara kebetulan orang rumah saya
orang Kemaman, lahir dan dibesarkan dalam keluarga Nelayan yang serba
kekurangan. Maka bila anak Penoreh Getah dari Baling Kedah bertemu jodoh
dengan anak Nelayan dari Kemaman, Terengganu; kisah kemiskinan terus
menjadi sebahagian daripada sejarah keturunan kami.
Mungkin
kerana kami berdua pernah hidup dalam kemiskinan agaknya, maka bila ada
kawan ajak turun padang bantu orang miskin, mudah saja kami berbuat
demikian.
(Rumah
pusaka arwah mak/pak mertua saya di Kemaman – tidak ada lagi adik
beradik yang tinggal di sini setelah masing-masing berkeluarga)
Semua
sekali, insyaallah ada 20 buah keluarga miskin yang bakal menerima
sumbangan bagi meringankan beban mereka menempuh saki baki baki Ramadhan
yang tinggal.
(Melihat
gambar anak kecil ini mengingatkan isteri saya dirinya sewaktu
kanak-kanak tatkala menanti kepulangan arwah ayahnya dari laut - entah
kan pulang entah kan tidak!)
(Dua anak kecil ini girang bermain di sebalik kain langsir yang sudah luntur di rumah papan berdinding kayu plywood usang)
Ibunya
hanya bergantung kepada upah siang ikan sekilo 60 sen untuk makan minum
mereka sehari-hari. Bayangkan kalau nak beli beras 10kilo RM25, kena
siang 40 kilo ikan!! – orang macam mereka ini, kalau ada orang boleh
bagi beras, pasti amat-amat menghargainya.
Ini
pula adalah rumah typical kaum Nelayan di Kuala Kemaman, insyaallah
antara yang tersenarai dalam list penerima sumbangan nanti.
(Rumah berbumbung dan berdinding Zink Usang dihadang dengan kain/kanvas)
(Lantai rumah serupa sahaja luar dan dalam)
(Menunggu masa menyembah bumi)
Makcik
Tua ini pula terkejut dengan kunjungan sahabat kami sewaktu Team NGO
Wargakilang Pantai Timur masuk ke kg-kg di Kuala Kemaman mengenal pasti
keluarga yang layak menerima bantuan.
Menurut
sahabat kami, keluarga di bawah ini adalah yang paling daif antara
semua. Ayah bekerja tidak menentu, anak-anak 4 orang. Si kecil ini OKU.
Ibunya pula walau pun baru 40an tapi raut wajah nampak macam orang
berusia 60n, mungkin kurang zat makanan agaknya.
Keluarga
ini tinggal di sebuah rumah kedai zaman dulu-dulu, amat usang seperti
sebuah gudang lama, tak sangka ada orang boleh tinggal dalam gudang
macam ini, dengan lantai simen lama sudah nipis hampir menyamai lantai
tanah. Insyaallah kami akan ke sana nanti.
Akhir
sekali adalah dalam gambar seorang Ibu Tunggal anak 5; bila tengok
gambar dia, terus saya teringatkan kisah seorang Ibu Tunggal di Baling,
Kedah bernama Kak Mazni yang pernah kami bantu suatu ketika dulu.
Apa
tidaknya, sampai mati pun saya tak akan lupakan Kak Mazni – beliau
menangis teresak esak bila saya hulurkan Duit Note RM50. Dia kata,
“Terima kasih lah adik, terima kasih banyak-banyak (sambil menangis
tersedu-sedu), orang ingat kakak ni senang, kakak ada duit, walhal
anak-anak kakak pergi sekolah tak makan apa, tak bawa duit…”
Sungguh
saya tak sangka RM50 itu bagi sesetengah orang cuma untuk sekali bubuh
minyak kereta saja, tapi bagi Kak Mazni besar nilainya.
Macam
itu juga dengan Kakak dalam gambar di bawah ini, cuti Raya Cina 2012
yang lalu, kami ada singgah di rumah beliau bagi sumbangan beras gula
kopi serba sikit. Bila dia dapat beras sekampit pertama yang kawan-kawan
bawa turun dari kereta saya tu, terus Kakak ini cakap:
“ALHAMDULILLAH – HARI INI DAPAT LAH MAKAN NASI”
Bila
kami longgokkan brg2 lain sampai bertimbun-timbun kat pelantar rumah
dia, kakak ini tak habis-habis mengucapkan TIMA KASIH TIMA KASIH
berulang-ulang kali; dia tak tau nak kata apa sampai merah mata dia
bergenang dgn air mata, menangis tanda berterima kasih bersyukur tak
terkira.
Tak sangka - ada orang menangis bila dapat beras!
Tanpa
ditanya, kakak ini terus mengadu kat kami, dia kata dia ada 5 orang
anak-anak yg masih bersekolah yg perlu disara. Tiap-tiap pagi bila
bangun tidur, dia kena fikir macam mana nak dapatkan RM15 untuk hari itu
supaya anak-anaknya ada makanan untuk dimakan. Kadang2 dia amik upah
siang ikan keropok (60 sen sekilo isi ikan), kdg2 ambik upah kemas rumah
orang dan apa saja pekerjaan halal untuk dapat RM15 itu.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
Walaupun
kalian semua tidak mengenali kakak ini dan juga watak-watak lain dalam
coretan saya ini, tapi percayalah mereka semua adalah SANAK SAUDARA
kita, yang dihubungkan secara ghaib melalui kalimah SYAHADAH yang ada di
dada-dada kita.
Maka itu, kalau ada masa, mai
lah join team kami, NGO WARGAKILANG yang baru belajar nak bertapak di
Pantai Timur ini – maghi lah bersama sama kami berkumpul di parking lot
Masjid Geliga, Kemaman seawal jam 8.00 pagi, Sabtu 28 Julai 2012.
Bawalah apa yang ada, insyaallah jika diizinNya kita akan membawa
sumbangan untuk 20 keluarga.
Moga kerja buat
kita untuk memberi kebaikan kepada orang lain ini akan dicatakan sebagai
pahala kebaikan daripada Allah SWT untuk kita semua. Terima Kasih.
24.7.12
Komen Cgsyed : Bertuah sungguh berada dalam negeri yang kaya dengan hasil minyak, malangnya minyak di Kerteh tidak mengalir kepada mereka ini yang sangat memerlukan. Nampaknya MB Terengganu kenalah turun padang, jangan sampai nanti di akhirat tak terjawab soalan yang akan ditanya oleh Allah swt..
No comments:
Post a Comment