Alkisah Cikgu Ibrahim…
oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
Cikgu Ibrahim mengajar di sebuah
sekolah rendah. Di depan kelas darjah 4 pada hari pertama persekolahan, beliau
memberitahu para pelajar satu pembohongan.
Seperti guru-guru yang lain, Cikgu Ibrahim memberitahu para pelajarnya bahawa
beliau sayang mereka secara setara. Tapi mustahil, kerana di depan kelasnya ada
seorang pelajar lelaki bernama Jimmy yang tidak bermaya dan lemah semangat.
Cikgu Ibrahim telah memperhatikan Jimmy sejak tahun lepas. Dia ini tak bergaul
dengan rakan-rakan sekolah dan suka menyendiri. Pakaiannya dan rambutnya tidak
terurus. Nampak comot dan kurang bersih. Cikgu Ibrahim tidak suka kepadanya.
Cikgu Ibrahim tidak berniat nak mengajar Jimmy. Kerja rumahnya yang teruk
dipangkah “X” dengan besar-besar tanpa diajar. Peperiksaan bila Jimmy gagal,
Cikgu Ibrahim sudi menulis dengan pen warna merah. Kadang-kala terasa
juga nak tulis “Padan Muka!” di atas kertas tersebut.
Tiba masa untuk menulis rekod pelajar pertengahan tahun. Cikgu Ibrahim
meninggalkan buku rekod Jimmy di bahagian terakhir. Menyampah nak baca dan
tulis untuk pelajar yang malas, tak bermaya, tak terurus dan dibencinya ini.
Cikgu Ibrahim menyiapkan laporan untuk pelajar-pelajar yang lain dahulu. Akhirnya
tiba giliran buku rekod Jimmy.
Mahu tidak mahu, Cikgu Ibrahim terpaksa membaca rekod Jimmy sejak Darjah 1
sehinggalah sekarang sebelum mencatat prestasi Jimmy berdasarkan pengamatan
beliau.
Darjah 1, cikgu Jimmy menulis:
“Jimmy seorang pelajar yang sangat pintar dan kemas kerjanya. Senyumannya
begitu bersemangat sehinggakan seluruh kelas mencontohi tingkahlaku beliau.
Beliau mendapat tempat nombor 1 di sekolah dan aktif dalam sukan.”
Darjah 2, cikgu Jimmy menulis:
“Jimmy seorang pelajar yang sangat disukai semua guru dan rakan-rakan sekolah. Jimmy
masih mengekalkan keputusan cemerlangnya meskipun bapanya terkena penyakit
kronik dan ibunya terpaksa sara keluarga. Kehidupan di rumahnya tentu
mencabar.”
Darjah 3, cikgu Jimmy menulis:
“Bapa Jimmy meninggal. Jimmy cuba sedaya untuk fokus tapi ibunya kerana
terpaksa sara keluarga terus mengabaikannya. Bantuan mesti diberikan jika tidak
kehidupan keluarga akan ada negatif impak pada Jimmy. Keputusan Jimmy dah mula
merundum dan lebih menyendiri. Jimmy dah mula tak buat kerja rumah dan tidur di
dalam kelas.”
Setelah membaca ketiga-tiga laporan itu, Cikgu Ibrahim berasa bersalah
mempunyai sangka buruk pada Jimmy sejak awal. Beliau sebak seketika dan tidak
menulis laporan dalam buku rekod Jimmy.
Rupa-rupanya Jimmy jadi begitu ada kisahnya – Cikgu Ibrahim berasa malu.
Pada sambutan Hari Guru, Cikgu Ibrahim menerima hadiah daripada semua pelajar
dalam kelasnya termasuk dari Jimmy. Semua hadiah dibungkus dengan cantik
kecuali hadiah Jimmy yang hanya dibalut dengan kertas kuning comot.
Cikgu Ibrahim memilih untuk membuka hadiah Jimmy dulu di depan kelas. Rakan-rakan
sekelasnya ketawa hadiah comot yang dihadiah oleh Jimmy. Dalamnya ada satu
cincin dan sekotak bedak usang.
Cikgu Ibrahim menyuruh kelasnya diam. Beliau memakai cincin tersebut dan
meletakkan sedikit bedak di lehernya.
Jimmy tersenyum tapi tidak berkata apa-apa. Ini pertama kali Cikgu Ibrahim
melihat Jimmy tersenym.
Selepas habis sekolah, Cikgu Ibrahim terserempak Jimmy yang menunggu di tepi
keretanya seorang diri.
“Apa hal Jimmy?”
“Tak ada apa. Cuma nak beritahu, Cikgu hari ini bau dan nampak seperti bapa
saya. Terima kasih,” kata Jimmy sebelum beredar.
Masya-Allah. Mata Cikgu Ibrahim menjadi merah.
Mulai hari itu, Jimmy menjadi pelajar yang diberi perhatian khusus oleh Cikgu
Ibrahim. Cikgu Ibrahim berhenti mengajar matematik, menulis dan membaca. Beliau
kini mula mendidik para pelajarnya sebagai seorang ibubapa.
Hubungan Cikgu Ibrahim dengan Jimmy bertambah baik. Jimmy memberikan perhatian
dalam kelas dan setiap kata Cikgu Ibrahim. Pada akhir tahun, Jimmy kembali
mendapat nombor 1 di dalam sekolah.
Pada akhir tahun darjah 4, Jimmy meninggalkan sekeping nota di kereta Cikgu
Ibrahim.
“Cikgu adalah cikgu terbaik di dalam hidup saya. Dalam pepatah Cina, satu hari
sebagai cikgu saya ialah sama dengan seumur hidup menjadi bapa saya. Saya
sayang cikgu. Terima kasih kerana memakai bedak dan cincin bapa saya. Akhirnya,
saya jumpa bapa saya kembali ke sisi saya.”
Cikgu Ibrahim sekali lagi menitis air mata.
Semenjak itu, Cikgu Ibrahim dan Jimmy menjadi sangat rapat sehinggalah ke
sekolah menengah yang hanya di depan sekolah rendah. Setiap kali Jimmy mendapat
keputusan cemerlang, Jimmy akan mengirimkan nota, “Cikgu masih cikgu terbaik
dalam hidup saya. Tanpa cikgu, takkan ada Jimmy hari ini.”
Sebelum Jimmy ke Universiti di sebelah selatan, Cikgu Ibrahim mengajak Jimmy
berjumpa untuk memberikan sedikit duit sebagai bekalan.
“Cikgu harap hubungan ini berterusan sampai akhir hayat,” kata Cikgu Ibrahim.
Jimmy berfikir sejenak…
“Apa kata cikgu jadi ayah angkat saya? Macam ini, pasti takkan putus hubungan,”
kata Jimmy.
“Cikgu dah lama anggap Jimmy sebagai anak. Cuma Jimmy tak panggil ayah saja
lagi,” jawab Cikgu Ibrahim.
Jimmy terus memeluk Cikgu Ibrahim, “Ayah. Saya dah lama nak panggil ayah. Sejak
bapa tiada, anakanda dah lama anggap cikgu sebagai ayah. Kalau bukan ayah masih
percayakan anakanda darjah 4 dulu, anakanda dah tak tahu hanyut ke mana.”
“Terima kasih anakanda. Ayah yang patut ucap terima kasih. Ayah selama ini tak
tahu mendidik sehinggalah ayah terjumpa anakanda darjah 4 lalu,” jawab Cikgu
Ibrahim.
Selamat Hari Guru.
Senyum.
Jangan baca saja jika suka. Sharelah juga ya
No comments:
Post a Comment