Sawan boleh
disembuhkan
Hj Lokman Abd
Hamid – Pusat Rawatan Islam Al Hidayah
Jangan putus asa mencari penawar penyakit sawan. - Gambar hiasan
Soalan: ASSALAMUALAIKUM. Anak saya menghidap
sawan sejak berusia empat bulan. Kini umurnya enam. Anak saya bergantung pada
ubat hospital. Adakah cara lain untuk mengatasinya? Dapatkah perubatan Al-Quran
menyembuhkannya? Terima kasih. - Kamarul Ariffin Pekan Pahang
Jawapan:
Waalaikumsalam.
Sepanjang saya merawat penyakit sawan, terdapat beberapa jenis sawan. Penyakit
sawan ada sementara dan ada mengambil masa untuk sembuh. Ada yang memiliki tanda sawan kronik dan ada
di peringkat awal. Biasanya ia bermula dari umur enam bulan hingga lewat dua
puluhan.
Bukan saja
pesakit mendapat rawatan tetapi juga ibubapa dan ahli keluarga kerana tekanan
menjaga pesakit. Sifat sabar ibubapa dan ahli keluarga amat dituntut dalam
memberi penjagaan terbaik.
Ingat, Allah sentiasa bersama mereka yang sabar. Seperti
firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 153: Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan
solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar."
Sebaiknya, bawa anak ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah
untuk diagnosis dan rawatan kerana ramai pesakit sawan yang datang berubat
dapat banyak perubahan sama ada kekerapan serangan berkurang atau sembuh
sepenuhnya dengan izin Allah.
Pengenalan
Sawan atau epilepsi adalah penyakit akibat
ketidakseimbangan rangsangan isyarat elektrik di dalam otak disebabkan
kecederaan semasa atau selepas kelahiran, tumor atau demam ketika kanak-kanak
atau jangkitan.
Serangan sawan berbeza dari segi intensiti dan frekuensi,
bermula dengan kehilangan memori ringan - absences sehingga konvulsi (jatuh
atau goncangan badan) berlaku beberapa kali dalam sehari.
Tekanan, demam dan pengambilan alkohol berlebihan
berpotensi menyebabkan sawan. Sehingga kini tiada penyebab utama sawan dikesan.
Kekurangan vitamin boleh menyebabkan sawan dan mendorong doktor mengawalnya
melalui diet.
Perubatan moden mengklasifikasikan sawan kepada tiga
kategori:
1 Sawan Menyeluruh/Generalise (melibatkan keseluruhan
otak - Grand Mal atau Sawan Tonik-Klonik). Pesakit kaku, rebah, tidak sedar,
badan bergoncang atau konvulsi dan meronta. Serangan biasa berlaku dalam lima
minit, kebanyakan pesakit tertidur lebih setengah jam dan bila terjaga
termenung dan bingung.
2 Sawan Sebahagian (Sawan fokal/partial kompleks atau
Gangguan Psikomotor). Mengakibatkan pesakit bingung dan tidak sedar apa yang
berlaku.
3 Sawan Ketiadaan (Absence Seizure atau Epilepsi Petit
Mal). Banyak terjadi pada pelajar sekolah rendah dan pesakit berada dalam
keadaan tidak sedar dalam masa singkat (30 saat), tidak melibatkan jatuh atau
goncangan badan (konvulsi). Biasa pulih apabila dewasa.
Punca
Penyakit sawan berlaku tanpa mengira bangsa, latar
belakang pendidikan dan kedudukan status ekonomi. Lebih separuh kes tidak
mempunyai punca pasti.
- Pengaruh genetik. Sesetengahnya ada sejarah keluarga, atau
genetik. Penyelidik mengaitkan beberapa jenis sawan dengan gen tertentu.
- Trauma di kepala yang dialami semasa kemalangan atau
kecederaan trauma lain.
- Gangguan perubatan. Penyakit seperti strok atau
serangan jantung.
- Demensia adalah punca utama sawan di kalangan orang
dewasa lebih tua.
- Penyakit - meningitis, AIDS dan virus ensefalitis juga
boleh menyebabkan sawan.
- Kecederaan pranatal. Sebelum lahir, bayi terdedah
kepada kerosakan otak disebabkan jangkitan daripada ibu, pemakanan atau
kekurangan oksigen. Kira-kira 20 peratus sawan kanak-kanak berkaitan dengan
cerebral palsy atau masalah neurologi lain.
- Masalah pembangunan. Kadang-kala ikaitkan dengan
gangguan perkembangan, seperti Autisme dan Sindrom Down.
Dalam pengalaman kami, terdapat kes melibatkan gangguan
makhluk halus atau jin.
Tanda awal
Gejala sawan berbeza dan bergantung kepada jenis. Ramai
menyangka sawan atau epilepsi sama dengan demam sawan. Walaupun tandanya hampir
sama, ibu bapa perlu peka dan tahu membezakannya.
Demam sawan berpunca daripada demam panas pada
kanak-kanak antara enam bulan hingga lima tahun. Sawan biasanya menyerang orang
dewasa disebabkan faktor semulajadi dan tekanan mental dan mungkin sukar
dikenal pasti di kalangan kanak-kanak.
Contohnya, sesetengah sawan menyebabkan pesakit suka
berkhayal atau anak kecil tersandung. Apabila ini kerap berlaku dalam corak
yang sama, mungkin mereka sawan. Sawan sukar didiagnosis pada kanak-kanak.
Tanda kanak-kanak sawan:
- Merenung
kosong seperti berkhayal.
- Jatuh secara
tiba-tiba tanpa sebab.
- Kurang tindak balas untuk tempoh singkat.
- Mengantuk berlebihan.
- Mengangguk berulang-ulang.
- Mata berkelip laju.
- Sakit perut tiba-tiba diikuti kekeliruan.
- Kerap cuai bila melakukan sesuatu.
- Tiba-tiba takut tanpa sebab jelas.
Kadang-kala sawan bermula di zaman remaja dan sukar
dikenali dan disalah tafsir sebagai masalah psikologi.
Tanda remaja mempunyai sawan:
- Merenung kosong, mengunyah, membelek pakaian, membebel
atau pergerakan rawak.
- Takut tiba-tiba, marah atau resah.
- Otot, anggota atau badan bergoncang atau mengigil
(seizure), terutama awal pagi.
- Perubahan deria seperti perkara yang kelihatan
(halusinasi), bunyi (skizophrenia), bau, berasa pelik atau berbeza.
- Masalah memori atau kerap lupa.
- Tidak dapat bercakap atau berkomunikasi secara biasa
untuk masa singkat.
Kehadiran tanda berkenaan tidak bermakna anak atau anda
sawan, tetapi perlu perhatian serius. Jumpa doktor atau datang ke Pusat
Rawatan Islam Al-Hidayah.
Rawatan moden
Doktor biasanya merawat sawan dengan ubatan. Jika tidak
berkesan, pihak hospital mencadangkan pembedahan atau rawatan lain. Kebanyakan
pesakit bebas sawan dengan mengambil ubat anti-epileptik. Jika tidak berhasil,
doktor mencadangkan pembedahan atau terapi lain.
Pembedahan dilakukan jika ujian menunjukkan serangan
berasal dari kawasan kecil dalam otak dan tidak mengganggu fungsi penting. Jika
serangan berasal di bahagian otak yang tidak boleh dikeluarkan, doktor
mencadangkan pembedahan di mana pakar bedah membuat satu siri bukaan atau
potongan di dalam tisu otak.
Terapi rangsangan saraf melibatkan alat perangsang saraf
vagus yang ditanam di bawah kulit dada seperti perentak jantung. Tidak jelas
bagaimana ia berfungsi, tetapi ia mengurangkan sawan hingga 40 peratus.
Kanak-kanak dapat mengurangkan serangan dengan
mengekalkan diet ketat seperti tinggi lemak dan rendah karbohidrat. Diet
ketogenic, menyebabkan badan memecahkan lemak dan bukan karbohidrat untuk
tenaga.
Guna ayat Al-Quran
Seperti diterangkan, wujud gangguan pada sistem saraf
pesakit. Punca sebenar belum disahkan dan terdapat banyak hadis mengenai sawan
menyebut gangguan jin.
Diriwayatkan daripada Nabi Sulaiman bin Daud a.s.,
baginda melihat seorang perempuan tua rambut beruban, mata biru, kening bertanduk,
betis kecil, rambut kusut masai, mulut ternganga dan keluar pucuk api, dapat
membelah bumi menggunakan kuku tajam dan memecahkan batu besar dengan pekikan
suaranya.
Nabi Allah Sulaiman bertanya, siapakah kamu? Adakah kamu
manusia atau jin? Kerana aku tidak pernah melihat orang paling hodoh selain
engkau. Perempuan itu menjawab: Akulah Ummu
Sibyan (Jin ibu penyakit sawan) yang dapat menguasai ke atas anak Adam lelaki
dan perempuan,
"
Dari Husain bin Ali r.a., ia berkata Rasulullah saw
bersabda: Siapa yang melahirkan
anak lalu bayi yang dilahirkan diazankan pada telinga kanan dan diqamatkan pada
telinga kirinya, nescaya ummu sibyan tidak akan mengganggunya."
Abu Sulaiman berkata apabila sekumpulan sahabat dalam
perjalanan dan bertemu orang terkena sawan. Salah seorang membacakan Surah
Al-Fatihah dan meniup di telinga beliau. Pesakit itu segera sembuh.
Apabila Nabi Muhammad s.a.w. dimaklumkan mengenai perkara
ini, beliau berkata: "Ia (Surah Al-Fatihah) adalah" Ibu Al-Quran
"(Ummu al-Qur'an) dan penawar setiap penyakit."
Di sini, pesakit sawan diberi ayat berikut untuk
diamalkan disertai doa kepada Allah mohon penyembuhan. Ayat tersebut adalah:
Surah Az-Zumar ayat 24 hingga 37
Surah Al-Hijr ayat 66 hingga 99
Surah Al-Araaf ayat 43
hingga 56
Surah Ambiya ayat 74 hingga 81
Pesakit hendaklah membaca surah pertama, tiga kali pada
malam dan surah kedua, tiga kali siang. Amalkan tiga hingga empat minggu.
Selepas itu, pesakit perlu memohon doa penyembuhan kepada Allah.
Selepas itu, pesakit hendaklah mengulang surah
seterusnya. Lebih baik pesakit datang berjumpa perawat supaya kami memeriksa
jika ada gangguan makhluk halus.
Penutup
Kepada pesakit, jangan putus asa dan anggap penyakit
sawan tidak dapat dibantu.
"Kami menurunkan dari Al Quran itu suatu yang
menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.."-(Al-Israa',
17:82)
InsyaAllah, dengan izin Allah kami boleh membantu pesakit
sawan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130519/kn_05/Sawan-boleh-disembuhkan#ixzz2TnVukNnQ
© Utusan Melayu (
salam..
ReplyDeleteapakah surah khas untuk ubati sawan ketiadaan
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1270099429706797&id=100001202554633
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1178442432205831&id=100001202554633
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=492714104112004&id=100001202554633
DOA
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1637074099675993&id=100001202554633
PUNCA
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1384225918294147&id=100001202554633
Jauhnya terangganu😭
ReplyDelete