Sunday, March 20, 2011

Eksklusif: 1:5 rakyat Malaysia berisiko jadi gila

 PESAKIT meluangkan masa lapang dengan bermain catur di Wad Kebun Hospital Bahagia Ulu Kinta, Ipoh.
PESAKIT meluangkan masa lapang dengan bermain catur di Wad Kebun Hospital Bahagia Ulu Kinta, Ipoh.


Oleh Rashiqah Ilmi Abd Rahim
rashiqah@bharian.com.my
2011/03/20

Masyarakat kurang kesedaran rawatan awal penyakit mental

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya seorang daripada lima rakyat negara ini berisiko gila jika mengalami masalah kesihatan mental dan tidak mendapatkan rawatan dengan segera serta teratur.

Ramalan itu berasas jika mengambil kira hasil Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ke-3 yang menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia menderita masalah kesihatan mental. Lebih membimbangkan, masalah gangguan fikiran dijangka tersenarai di tangga kedua penyakit utama dunia selepas penyakit jantung koronari menjelang 2020.

Sakit jiwa, gagal kawal perasaan punca tindakan luar batasan
Berita Harian, 21 Februari 2007

KUALA LUMPUR: Sebahagian rakyat negara ini dikesan menunjukkan tanda menghidap penyakit jiwa dan gagal mengawal tekanan sehingga sanggup bertindak di luar batas kemanusiaan.
Perunding Psikiatrik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof Madya Dr Osman Che Bakar, berkata sebahagian besar masyarakat Malaysia hidup dalam tekanan, sama ada peribadi, mahupun di tempat kerja.

Beliau bagaimanapun berkata, perkara ini dapat diatasi jika seseorang bijak mengawal keadaan dengan mengambil pendekatan positif menangani masalah melalui aktiviti riadah dan rekreasi, selain beramal ibadat serta bertemu pakar jika keadaan semakin kritikal.

“Hakikatnya, individu yang mempunyai tanda penyakit ini tidak perlu bimbang kerana ia tidak berbahaya jika mereka mampu mengawal diri dan emosi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas beberapa kejadian bunuh dipercayai perbuatan ibu atau bapa mangsa sejak kebelakangan ini dengan kes terbaru membabitkan dua beradik dijerut dengan mayat kedua-duanya ditemui di rumah mereka, di Batu Maung, Pulau Pinang, Ahad lalu.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata pihaknya akan memperkasa program ‘Satu Keluarga Satu Kaunselor’ (SKSK) dalam usaha mengatasi masalah kekeluargaan di negara ini.

Beliau yang kesal terhadap kes di Batu Maung itu, menasihatkan individu bermasalah mengambil pendekatan bijak dalam menghadapi tekanan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, menyifatkan kejadian itu sangat mendukacitakan, selain menyifatkan hanya orang tidak beriman saja sanggup melakukan perkara terkutuk berkenaan.

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Hamid, pula berkata kegagalan mengawal tekanan membuktikan iman umat Islam zaman ini rapuh, selain cetek ilmu agama, terutama membabitkan hal perkahwinan.

“Mereka harus sedar, perkahwinan menuntut pengorbanan besar baik aspek rohaniah mahupun fizikal dan yang penting bagaimana manusia menguruskannya,” katanya.

Pengerusi Hal Ehwal Wanita (Helwa) Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Mastura Bardis, pula berkata kegagalan membina komunikasi baik antara suami dan isteri terutama membabitkan pasangan muda, disifatkan antara punca masalah rumah tangga.


CADANGAN MENGIKUT KACA MATA ISLAM :

LIMA PENAWAR HATI
www.Halaqah.net
Editor : PenaHalaqah

Di dalam kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam an-Nawawi, beliau ada menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama Ibrahim Khawwash. Katanya penawar hati itu ada 5 :
1) Membaca al-Quran dengan meneliti maksudnya
2) Mengosongkan perut
3) Bangun bersolat malam
4) Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur
5) Duduk di majlis orang-orang soleh.
Pertama : Ramai juga orang yang baca al-Quran. Tapi biasanya membaca tanpa memerhati maksud ayat yang dibaca. Sebab itulah bagi saya ramai di kalangan umat Islam yang melanggar hukum agama, iaitu kerana tidak memahami apa yang dibaca.
Kedua : Dari sudut kesihatan fizikal, pakar kesihatan bahkan Nabi SAW sendiri mengatakan bahawa perut adalah punca penyakit. Mengosongkan perut dengan erti kata berpuasa atau bersederhana ketika makan.
Saya pernah melihat kawan-kawan ketika kenduri begitu tamak mengambil makanan sampai penuh pinggan, kemudian akhirnya tidak dapat menghabiskan makanannya. Pertamanya ia tamak, keduanya dia membazir. Kedua-duanya perangai syaitan.
Ketiga : Ramai orang boleh bangun malam. Bangun sebab mau kencing, atau kerana anak menangis, atau kerana mau tonton Euro, atau kerana waktu penerbangan, atau juga kerana hendak makan sahur. Tetapi bangun untuk bersolat malam walau 2 rakaat, memang sangat berat.
Keempat : Ramai juga beranggapan, waktu sahur hanyalah untuk makan sebelum berpuasa dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya, antara waktu mustajab doa ialah ketika waktu sahur.
Kelima : Duduk menghadiri majlis-majlis ilmu, berada bersama-sama orang baik tentu menenangkan jiwa. Ia jauh lebih mulia berbanding berada di disko, kedai kopi atau di padang bola.
Anda mau menjadikan hati tenang dari resah gelisah, 5 perkara ini adalah penawarnya.
Firman Allah : “…ingatlah, dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang”.

Sumber : http://abunuha.wordpress.com/2008/07/18/lima-penawar-hati/
 

No comments:

Post a Comment