Alhamdulillah, beliau dan anaknya cukup sihat dan ceria. Tentulah gembira kerana telah lama mengidam untuk mendapatkan cahaya mata. Akhirnya Allah makbulkan doa mereka berdua. Dikurniakan anak lelaki yang lebih mirip wajah suaminya, Nazri.
Mereka cukup gembira. Setelah melalui pengalaman yang amat pahit, akhirnya disebalik kesusahan itu ada kesenangan. Nazri, tiga tahun lepas disahkan mengidap kanser darah, terpaksa melalui rawatan kimoteraphy 16 cycle. Berulang alik ke Hospital USM Kubang Kerian, setiap dua minggu sekali.
Tetapi dengan berkat doa, kegigihan dan pemikiran yang positif akhirnya Allah mengurniakan kesembuhan yang luar jangka kepada Nazri. Dia kelihatan sihat, berisi dan rambut penuh di kepala.
Seewaktu berbual dengan Nazri, saya difahamkan oleh Nazri ada beberapa petua yang beliau lakukan sewaktu menjalani rawatan hampir setahun di HUSM. Selepas empat hari menjalani kimoteraphy dia akan minum air kelapa muda bertujuan untuk meneutralisekan ubat kimo. Selepas berbuat demikian seleranya bertambah dan beliau boleh makan. Sesetengah pesakit kanser selepas kimo, biasanya tidak bermaya hampir dua hari, kemudian tidak ada selera untuk makan.
Disamping itu beliau menerima nasihat bekas pesakit kanser mengamalkan makanan tambahan pil SUSU KUDA Liar. Ini mungkin meningkatkan daya ketahanan dirinya. Akhirnya beliau sekarang amat sihat. Alhamdulillah. Setahun selepas sembuh daripada sakit kanser dia dianugerahkan cahaya mata. Syukur Alhamdulillah. Allah memanjangkan usia beliau. Tahniah Cikgu Khairuzita, "orang kuat" tahun 6 di SK Seri Budiman. Semuga Allah memberkati segala kerja buat kita.
Untuk makluman pembaca dibawah ini saya sertakan maklumat susu kuda liar untuk tatapan dan renungan kita bersama.
Kapsul susu kuda liar lawan kanser
Posted by admin under Agro - Info Buletin[3] Comments
Sebuah syarikat tempatan, Setia Brothers Sdn. Bhd. berjaya memanfaatkan khasiat susu kuda liar untuk membunuh dan mengekang penularan sel kanser melalui produk Niemans Feramilch Capsule.
Produk dalam bentuk kapsul itu mengandungi serbuk susu kuda liar tulen yang diperoleh daripada lebih 10,000 ekor kuda yang diternak di sebuah ladang di Irian Jaya, Indonesia.
Pengarah Urusan Setia Brothers, Norhayati A. Rahim berkata, kapsul susu kuda liar itu dikelaskan sebagai makanan tambahan yang boleh menjadi alternatif perubatan moden.
Katanya, produk itu telah diuji secara saintifik di makmal oleh penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) dan hasilnya menunjukkan sel kanser yang dititiskan susu kuda liar berkurangan kira-kira 60 peratus.
“Sejak kita memperkenalkan susu kuda liar asli dalam bentuk cecair kira-kira 12 tahun lalu, ia telah banyak membantu para pesakit kanser.
“Sejak itu kita sentiasa membuat penambahbaikan seperti menjadikannya dalam bentuk kapsul dan yang terbaru ialah pembungkusan yang lebih menarik dan penggunaan jenama Niemans Feramilch Capsule,” katanya kepada Utusan Malaysia pada MAHA 2008 di sini hari ini.
Norhayati berkata, selain sesuai digunakan penghidap kanser, kapsul berkenaan juga boleh digunakan antaranya untuk pesakit lelah, darah tinggi, denggi dan sakit sendi.
Katanya, ia juga boleh dijadikan makanan tambahan untuk semua peringkat umur dan boleh diambil satu kapsul sehari atau selang dua hari.
“Untuk bayi, kita sarankan ia diberikan kepada yang berusia enam bulan ke atas sahaja manakala bagi pesakit kanak-kanak dan dewasa ia bergantung kepada tahap keseriusan penyakit namun ia tidak boleh melebihi empat kapsul sehari,” katanya.
Sebotol Niemans Feramilch Capsule yang mengandungi 60 kapsul dijual pada harga RM198 manakala untuk pek yang mengandungi 20 kapsul dijual dengan harga RM96.40.
Setia Brothers Sdn. Bhd.
No. 52-1,Jalan 2A/27A , Seksyen 1 | |
Wangsa Maju ,Setapak | |
Kuala Lumpur | |
Malaysia | |
53300 |
03 4143 8750 | |
03 4143 8749 http://www.niemans.com.my/ |
Ayah sya ada masalah kncing manis, drah tinggi,buah pinggang(dah dialisis),jantung&paru-paru sebelah kanan rosak bole guna susu kuda liar?ada kesan sampingan?rasidimusa2709@gmail.com
ReplyDeleteAssalamm...blog nee mcm tk ada yg pantau ajeee...soalantka da yg jawab???
ReplyDeleteCall number yg disediakkan diatas. Tuan punya company. Lagi bagus. Saya buat begitu dan dapat jawapan yg memuaskan.
ReplyDelete