Saturday, November 12, 2011

Perth yang di tinggalkan

Hari ini jam 4.00 pagi dah bangun untuk solat subuh. Di Perth sekarang waktu subuhnya jam 4.00 pagi. Dah hampir seminggu belajar bangun awal pagi bukan kerana solat tahajud tetapi solat subuh! Flight ke KLIA jam 6.30 pagi. Setelah selesai solat subuh jam 4.20 pagi, saya bersiap-siap untuk ke Perth International Aiport bersama isteri dan anak perempuan kami Nafisah. 

Sebelum bertolak ke Aiport, Syed Yusuf cucu pertama kami dikejutkan dan didukung oleh anak kami Syed Ahmad Khairi, terasa sayu dan sedih kerana akan berpisah dengannya, setelah bersama hampir seminggu. Dipeluk, dicium, dan didoakan agar menjadi anak yang soleh, InsyaAllah. Itulah yang mampu saya lakukan sebagai tanda perpisahan kerana sebentar lagi kami akan meninggalkannya, dan belum pasti bila pula akan bertemu. Usianya menjangkau 33 hari. Mudah-mudahan Allah akan ketemukan kami semula. Insya Allah.

Sempat juga dirakamkan gambar kami berempat sebelum berangkat, sebagai tanda kenang-kenangan kami bersama cucu pertama kami. Syukur Alhamdulilah, mudah-mudahan Allah menyelamatkannya di dunia dan akhirat. Dimasukkan iman dan takwa, jadilah anak yang soleh. Itulah doa dalam hati saya sewaktu mengucup dahinya. Menangis dalam hati.

Jam 5.20 pagi kami tiba di Perth International Aiport, suasana cerah terang benderang seperti jam 7.00 pagi di Malaysia. Setelah check in dan masukkan semua bag pakaian kami bergegas ke Balai Berlepas, dengan dihantar oleh anak sulung kami Syed Ahmad, hampir menitiskan air mata sewaktu bersalam dan berpeluk, semuga Allah menjaga dia dan isterinya juga anaknya yang baru dilahirkan itu. Jika ada umur panjang kami akan bertemu lagi.

Pemeriksaan di Aiport ini begitu efisien, teratur, petugas bekerja dengan cekap,mesra dan professional. Penerbangan mengambil  masa 5 jam setengah. Bertolak jam 6.30 pagi dan tiba di KLIA (LCCT) jam 12.00 tengah hari. 

Selesai solat zuhur di LCCT isteri dan anak perempuan saya ke KL untuk shoping lagi, meninggalkan saya di LCCT, kerana flight kami jam 8.00 malam ke Kuala Terengganu. Menanti adalah suatu penyeksaan. Apa boleh buat. Terpaksalah saya lepak seorang diri bersama dengan bag dan pinggan Corel yang sangat diminati oleh isteri saya. Cuma yang menghilangkan rasa bosan saya ialah dapat mengguna notebook anak saya dan boleh acces internet. Lantas masa beredar tak terasa bosan kerana asyik tengok bahan-bahan dalam internet.


APA YANG DITEMUI DI PERTH ?

1. Suasana yang sunyi, aman, tenang dan tidak sibuk. Rumah anak kami di kawasan St James, lebih kurang 9 km dari bandar Perth, tidak jauh dari Kurtin University. Di sini ramai pelajar-pelajar Malaysia menyewa, tetapi saya belum pernah bersua muka, kerana rumah-rumah jiran bertutup rapat, seolah-olah macam tiada penghuni. Selama seminggu berada di rumah anak saya, jarang malah tidak kelihatan anak-anak, atau remaja, atau orang tua yang bersembang di luar rumah. Semuanya sunyi sepi, tidak seperti di kampung tempat kami tinggal bila waktu petang anak-anak berkeliaran main di luar rumah. Di sini tidak berlaku. Sunyi, tenang, dan relaks. Yang cantiknya, rumah-rumah batu tersusun, kawasan persekitaran bersih, kebanyakannya rumah batu setingkat, tetapi tiada bertingkap, yang ada dinding cermin tetapi bertirai. Walau bagaimanapun suasana dalam rumah tidaklah panas, walaupun bertutup. Kereta pun diparking sekali dalam kawasan bertutup.

Rumah sewa anak kami punyai tiga bilik tidur, dua bilik air, ruang tamu yang bersetentang dengan dapur. Amat sederhana keluasannya, Jika nak letak kerusi set tak muat, kerana dah ada meja makan dan ruang TV. Tetapi selesa untuk keluarga yang sederhana bilangan ahlinya. Walau pun dengan kehadiran kami jumlah ahli rumah menjadi 6 orang, masih selesa lagi.

Apa yang menarik ketinggian rumah di sini, jika berada dalam rumah, jika kita angkat tangan mungkin bagi mereka yang ketinggiannya enam kaki tentu sampai mencecah siling rumah. Maknanya rumah disini, rendah tidak seperti di Malaysia ketinggian rumah belum masuk bumbung paling rendah 10 kaki, perlu tangga untuk naik ke atap. Tetapi rumah sewa anak kami jika letak kerusi, mampu panjat ke atas atap. Mungkin boleh jimat kos. Uniknya, walaupun rendah suasana edaran udara dalam rumah sungguh nyaman, mungkin kerana waktu kami berada di Perth suhunya tidak terlalu sejuk, tetapi jika keluar jam 9,00 pagi perlu pakai jaket, kerana anginnya sejuk.

2.  Pertama kali dalam sejarah hidup saya dapat solat Hari Raya Idiladha di negara bukan Islam. Kami solat IdulAdha di Kings Park. Taman yang terkenal kepada pelancong yang datang melawat Perth. Kami solat di atas padang yang dikelilingi dengan pokok-pokok. Suasana udara sejuk, tetapi mampu bertahan. Khutbah dalam Bahasa Inggeris, kemudian khutbah kedua dalam Bahasa Arab. Mesej yang disampaikan ialah perpaduan umat Islam, Islam mengutamakan keamanan, persamaan tanpa mengira warna kulit, yang pentingnya iman dan takwa. Pelbagai bangsa bersolat IdulAha, ada India,Negro, Pakistan, Arab, Melayu, Indonesia, Mat Salleh pun ada. Seronok juga solat di kawasan taman terbuka, tetapi penuh tawaduk. Selesai khutbah, wakil Menteri Kebudayaan Australia turut menyampaikan ucapan kepada jemaah, sebagai tanda penghargaan.Apabila ada majlis solat hari raya ini, barulah nampak, bahawa ramai juga umat Islam di Perth ini, tetapi mengikut kata anak saya, mereka tidak suka menonjolkan identiti keislamannya kepada umum, mungkin kerana keselamatan atau untuk mengelekkan daripada berlaku prejudice kaum atau agama.
3. Di Perth saya sempat solat di Perth Mosque (Masjid Mohamadan) terletak di William Street, sebuah masjid yang dibina pada tahun 1906, bangunan batu tetapi berlantaikan kayu. Ciri keasliannya masih dikekalkan. Keluasannya sangat sederhana, jika dibandingkan dengan keluasan tapak rumah, mungkin sekitar dua lot di Malaysia. Bangunannya seperti rumah lama, tetapi ada menara kecil.


4. Berhampiran dengan rumah sewa anak saya ada sebuah surau /  masjid yang berkongsi dengan dengan Restoran Nyonya dan kedai Turkish Burger. Disini saya sempat solat jumaat pada hari pertama sampai di Perth, dan juga solat Maghrib dan Isyak pada hari kelima berada di Perth. Kebanyakan ahli jemaahnya orang kulit hitam. Khutbah disampaikan dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Waktu solat Maghrib dan Isyak ahli jemaah mencecah lebih 30 orang. Jika dibandingkan dengan besar masjidnya dengan bilangan ahli jemaahnya saya kira boleh dibanggakan, kerana orang Islam tidak ramai. Berbanding dengan di negara kita, masjidnya besar, penghuni beragama Islam ramai, tetapi ahli jemaahnya taklah ramai sangat.

5 comments:

  1. bertuah ..kerne dpt sampai ke Australia.. sy blm brkesmptn k sane...insyalh..suatu hr nnti. Banyak yg blh kite liht d neg orng... sepnjng lawatan sy ke United Kingdom...London hingga ke Glawgow Scotland dn ke Paris France....ape yg pasti..sy lebh menyayangi neg. kite Malaysia...Sy jg sudh ke Indonesia..Medan, Jakarta, Bandung....singapore, dn Thiland.... menyaksikan pabila ..trlalu ramai orng d seuatu tmpat...kepadatan....kemiskinan ..kesukaran hidup...dll...but 2 me.....Malaysia...is the best... :):) sy dh ke skliman 1...bru2 nih dn berjumpa dgn Tchr Yus...sy turut mengkagumi beliau.. sy jg ingin berkongsi ...menggunakan blog dlm p & p...dgn cg syed dn tchr yus. tq 4 sharing.... From Tchr Leezaa, Kuantan

    ReplyDelete
  2. kat perth pun ada holiday bungalows run by a muslim malaysian family. memang harga berpatutan dan service thumb up lah. kita boleh masak makanan halal sendiri. sebab makanan kat luar memang mahal. kami dah try penginapan. rumah sgt cantik dan kemas bersih and well fully furnished. sesuai untuk keluarga dan group. owner nya pun sgt peramah dan helpful. diaorg siap ada kereta dan mpv untuk sewa. harga sgt murah. berbaloi baloi. boleh contact 0123360098 nama anak owner tu cik siti.dkt youtube pun ada org dah buat review ttg mahira holiday homes ni. cuba type mahira holiday homes

    ReplyDelete
  3. Sy pon dah pernah menginap di mahira holiday homes ketika trip ke perth dan wa...alhamdulillah sgt memuaskan

    ReplyDelete
  4. Sy pon dah pernah menginap di mahira holiday homes ketika trip ke perth dan wa...alhamdulillah sgt memuaskan

    ReplyDelete
  5. Sy pon dah pernah menginap di mahira holiday homes ketika trip ke perth dan wa...alhamdulillah sgt memuaskan

    ReplyDelete