Hidup diberkati
Oleh Dato’ Mohd Zawawi Yusoh
CINTA adalah naluri manakala manusia adalah pencari cinta. Kadang-kadang,
demi cinta manusia sanggup melakukan apa saja. Ungkapan ‘cinta itu buta’
menambah kebutaan sehingga lupa kepada yang Maha Pencipta iaitu Allah.
Bersungguh-sungguh mencari cinta sementara yang penuh risiko dan derita,
lupa mencari cinta yang kekal abadi dan hakiki. Menurut cerdik pandai, kalau
nak kenal sejauh mana Allah cinta kita, boleh tanya diri kita sendiri, sejauh
mana kita dahulu mencintai Allah. Kita yang menjalani kehidupan ini yang semuanya ‘meminjam’ daripada Allah.
Kita lupa kepada yang memberi pinjam. Sudahlah meminjam, menumpang pula, tak
tahulah pula kita ini disayangi atau dimurkai.
Betapa bahagianya kalau dicintai Sang Pencipta yang menguasai segala-galanya. Alangkah derita jika kita antara makhluk yang tidak disukai Allah, apatah lagi jika dimurkai.

Pada pertemuan kali ini, mari
kita melihat tanda-tanda jika kita disayangi Allah iaitu:
Allah akan menjaganya di dunia
Apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Allah akan menjaganya. Allah jaga mereka daripada dunia yang melalaikan dan dosa yang akan menghancurkan kehidupannya.
Maka dalam setiap perjalanan waktu, Allah perlu menjadi tujuan kita. Rasulullah bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah akan menjaga hamba-Nya yang beriman dan Dia mencintai-Nya seperti kalian menjaga makanan dan minuman orang sakit (di antara) kalian, kerana kalian takut pada (kematiannya).” (Hadis riwayat Al-Hakim, Ibnu Abi ‘Ashim dan Al Baihaqi).
Kesolehan
Ketika Allah mencintai seorang, Allah akan memberikan kekuatan kepadanya untuk menjadi hamba yang soleh. Allah mudahkan mereka untuk melakukan kebaikan.
Maka, perjuangan menjadi lebih soleh adalah langkah mendapatkan sepenuh cinta daripada Allah. Dalam sebuah hadis yang maksudnya: “Allah memberikan dunia pada yang Dia cintai dan yang Dia benci. Tetapi Dia tidak memberikan (kesedaran) beragama, kecuali kepada yang Dia Cintai. Maka barang siapa diberikan (kesedaran) beragama oleh Allah, bererti ia dicintai oleh-Nya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad, Al-Hakim dan Al-Baihaqi).
Memahami agama
Ketika seorang hamba dicintai Allah, maka Allah akan memudahkannya memahami agama sehingga setiap ilmu yang dipelajari akan mudah difahami dan diamalkan.
Sulit melakukan maksiat
Di antara tanda Allah mencintai hamba-Nya ialah kesulitan melakukan maksiat.

Mereka tidak akan boleh melakukan maksiat dan jika terbiasa melakukan maksiat,
mereka akan merasakan itu sangatlah sulit sehingga tidak boleh melakukannya.
Seperti kisah Rasulullah s.a.w, Allah yang memalingkan baginda supaya tidak datang ke pesta malam dengan cara menjadikannya mengantuk luar biasa dan tertidur ketika dalam perjalanan.
Husnul Khatimah
Di antara tanda Allah mencintai hamba-Nya ialah Dia menutup umurnya dengan amal soleh. Tidak semua manusia yang mendapatkan kenikmatan itu.
Sebahagian manusia menghabiskan umurnya dalam ketaatan, tetapi mati dalam keadaan maksiat kepada Allah. Abu Bakar berkata: “Jika satu kakiku di dalam syurga, dan kaki yang lain di luar syurga, maka aku belum aman.”
Jika kita melakukan maksiat, takutlah pada kematian dan hati-hatilah kalau kita mati dalam keadaan melakukan maksiat. Rasulullah Bersabda: “Jika Allah mencintai seorang hamba, Dia akan memaniskannya.” Sahabat bertanya: “Apa itu memaniskannya ya Rasulullah?”
Baginda berkata: “Dia akan memberi petunjuk untuk melakukan kebaikan saat menjelang ajalnya, sehingga tetangga akan meredainya atau ia berkata orang sekelilingnya.” (Hadis riwayat Al-Hakim).
Demikianlah ketika Allah mencintai kita, maka kita perlu menyedari kita hanyalah manusia biasa bukan malaikat yang tidak memiliki hawa nafsu.
Sebagai manusia, kita sentiasa tidak pernah puas. Maka perjuangan terbesar dan terberat kita ialah melawan hawa nafsu. Jika terlalu menurut nafsu, ia akan menghancurkan kita.
Selamat berjuang semoga Allah selalu bersama kita

Faedah buat baik dengan anggota badan
Oleh Dato’ Mohd
Zawawi Yusoh
TAHUKAH anda, ada suatu amalan
yang boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan? Rasulullah SAW bersabda,
sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan adalah balasan (pahala) orang
yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahim, sedangkan yang paling
cepat mendatangkan keburukan ialah balasan (seksaan) bagi orang yang berbuat
jahat dan yang memutuskan tali persaudaraan” (Hadis riwayat Ibnu Majah).
Dalam hadis lain, Baginda
bersabda: “Siapa yang ingin rezekinya diperluas dan umurnya panjang maka
hendaknya ia bersilaturahim.” (Hadis riwayat Bukhari).
Pembaca budiman, sebelum kita
hendak menghubungkan silaturahim dengan orang lain iaitu keluarga terdekat atau
teman taulan, tanya diri kita dulu sudahkah kita bersilaturahim dengan diri
kita sendiri?
Kalaulah kita boleh berlaku baik dengan anggota badan, barulah kita boleh dan lebih senang berinteraksi dengan orang yang di luar kita.

Silaturahim dengan anggota badan
yang penulis maksudkan ialah berbuat baik dengan muka, mata, hidung, mulut,
telinga, rambut, tangan, dan kaki kita.
Mengapa seseorang tidak dapat
menghormati orang lain? Jawapannya, kita sendiri tidak menghormati anggota
badan kita.
Dalam erti kata lain, kalau kita tidak pandai bersilaturahim dengan anggota kita, mana mungkin kita boleh menyambung silaturahim dengan orang lain.
Silaturahim ertinya menjalin kasih sayang atau memberikan perhatian sepenuh hati. Salah satu buktinya adalah dengan bersalaman di mana tangan kita menyentuh tangan sahabat kita (tentu saja yang mahram).
Maka, perhatikan diri anda, Allah memberikan sehari lima kali untuk kita bersilaturahim dengan wajah, mata, hidung, mulut, tangan, kepala, rambut, telinga dan kaki kita dengan cara berwuduk.
Maka, jika kita ingin panjang umur dan luas rezeki, bersungguh-sungguh ketika berwuduk. Contohnya, ketika sedang mencuci kaki, perhatikanlah kaki kita, fokus kepadanya, sapulah dan usaplah dengan tenang dan sepenuh hati.
Jika begitu, wajar hidup kita tidak bahagia, kurang sihat, rezeki tidak lancar dan kurang berkat. Yang dekat tidak diberi perhatian, apatah lagi yang jauh.
Layanilah anggota badan kita tadi dengan penuh santun dan penuh penghormatan. Kadang kala, jika kita ditimpa penyakit seperti sakit perut, sepatutnya kita minta maaf pada perut.
Letakkan tangan ke atas perut sambil berkata, “Wahai perut aku minta maaf kerana aku makan makanan yang tidak sihat atau kerana makan terlalu banyak yang membuatkan engkau sakit”.
Kepada yang terkena penyakit kencing manis juga patut minta maaf pada seluruh badan kerana kita tidak menjaga makan, tidak bersenam sehingga menyebabkan kaki terpaksa kena potong atau menderita lama di hospital.
Begitulah dengan pelbagai pelanggaran sikap dan tabiat kita lakukan sehingga membuatkan anggota badan kita menderita. Tunjukkanlah rasa tanggungjawab pada anggota badan kita sebagai amanah.
Insya-Allah, ada kemungkinan kita berpotensi untuk menghormati dan mengutamakan orang di sekeliling kita. Selamat mencuba.

No comments:
Post a Comment