Thursday, November 1, 2012

Bina banyak lagi hospital pesakit jiwa untuk merawat penyokong-penyokong UMNO

Aspan Alias
Nampaknya UMNO semakin hari semakin  parah nilainya,  sebagai manusia yang di sebut oleh agama kita sebagai secantik-cantik kejadian Tuhan. Manusia dari apa keturunan dan agama sekali pun, mempunyai nilai budaya dan cara dan amalan hidup seharian yang baik, sejajar dengan kedudukan mereka sebagai secantik-cantik kejadian Tuhan itu. Masing-masing mempunyai gaya cara hidup masing-masing dan berlandaskan kepada budaya dan agama masing-masing.

Apa yang dilakukan terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di masjid Kampung Sungai Darah, Ijok, baru-baru ini melambangkan budaya dan adat sebagai bangsa Melayu yang beragama Islam di nodai dengan terang-terangan. TS Khalid dimaki hamun oleh penduduk di situ yang merupakan penyokong UMNO tegar serta menghalau TS Khalid dengan parang dan pisau. Apa yang dilakukan oleh ‘penjenayah-penjenayah’ ini adalah di luar batas-batas kemanusiaan dan agama. Adat bangsanya tiada, agamanya pun tiada.

Tidak sedap jika hendak kita sebut yang sesiapa yang tidak ada agama dan tidak ada cara hidup seperti manusia itu adalah haiwan. Yang membezakan manusia dan haiwan itu tidak banyak unsurnya. Hanya akal fikiran sahaja yang membezakan haiwan dan manusia. Manusia diberikan akal fikiran sedangkan haiwan tidak ada unsur itu.

UMNO sepatutnya mendidik ahli-ahli dan penyokongnya menjadi manusia yang beradap dan bersopan mengikut batas-batas yang telah di tetapkan oleh bangsa, agama dan bersandarkan kepada disiplin syarak yang tinggi. Apatah lagi semasa kejadian itu Menteri Besar sedang berhenti untuk melakukan interaksi dengan rakyat yang sedang mengadakan korban.

Jika sikap mereka yang melakukan kerja hina itu terhadap Menteri Besar pilihan rakyat itu elok kita bertanya samada kita boleh nampak perbezaan dengan haiwan yang dikorbankan itu dengan mereka yang melakukan kerja yang hanya tergamak dilakukan oleh haiwan? Bagi saya memang tidak ada bezanya di antara mereka yang mengorbankan haiwan korban itu dengan orang yang mengorbankan lembu-lembu ternakan itu. Pendeknya yang mengorbankan dan yang di korbankan itu sama sahaja darjatnya.

Dalam posting saya yang sebelum ini saya telah menyebut tentang kesihatan pemimpin. Pemimpin yang sihat itu adalah mereka yang berkemampuan untuk melawan nafsu dari melakukan kerja yang ditegah dan dicegah oleh agama dan Rasulnya. Tetapi dengan apa yang dilakukan oleh penyokong BN terhadap seorang Menteri Besar itu adalah kerja orang yang sudah tidak sihat pemikiran.

Kita semua tahu orang yang mengejar dan menghalau orang lain dengan parang serta senjata tajam itu hanya dilakukan oleh orang yang tidak siuman atau orang gila. Itu sebabnya kita adakan hospital orang gila di Tampoi dan Tanjung Rambutan untuk menahan dan mengubati pesakit-pesakit jiwa ini sehingga mereka sembuh. Rakyat telah berbelanja begitu banyak wang untuk membina pusat-pusat rawatan orang sakit jiwa ini.

Itulah sebanya kita tidak boleh berfikir panjang lagi kali ini dan kita sudah berwajib untuk memasukkan mereka dari penyokong-penyokong parti yang sedang memerintah ini ke dalam wad-wad pesakit jiwa. Tetapi malangnya tidak ada pula peruntukkan untuk membina pusat-pusat ini di dalam bajet tahun hadapan yang dibentangkan oleh Najib Razak pada penghujung bulan September yang lalu. Saya mencadangkan supaya setiap negeri di negara ini mempunyai satu cawangan hospital sakit jiwa ini kerana penyokong-penyokong UMNO yang menghidapi penyakit ini ada di setiap negeri. mereka boleh mengadakan mesyuarat agong tahunan di hospital-hospital ini.

Saya mencadangkan kepada kerajaan supaya membentangkan ‘supplementary budget’ di Parlimen untuk mendapatkan bajet membina pusat-pusat orang sakit jiwa ini. Ini adalah perlu kerana di akhir-akhir ini terlalu ramai manusia yang sedang menghadap penyakit sakit jiwa dan hampir keseluruhan yang menghidapnya adalah dari penyokong-penyokong UMNO di seluruh negara.

Kita takut jika terlalu ramai rakyat yang sakit jiwa ia akan membantutkan pembangunan insan dan manusia seperti yang di sebut setiap ketika oleh pemimpin UMNO, sedangkan hampir keseluruhan yang sedang menghidapinya adalah dari penyokong-penyokong mereka sendiri

No comments:

Post a Comment