Friday, June 21, 2013

Disebalik Keburukan Ada Kebaikan

Semalam saya diberi peluang menyampaikan ceramah motivasi kepada murid-murid tahun 5 dan 6 dari Sekolah Kebangsaan Kg. Fikri (Sg.Tong) (Sekolah Kluster Kecemerlangan) di Seri Indah Resort, Kuala Terengganu.

Tak sangka sekolah yang jauh di kawasan pendalaman, dikelilingi dengan ladang kelapa sawit dan kilang minyak sawit, mampu mencapai tahap pencapaian prestasi akademik dan kokurikulum yang cemerlang sehingga diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan fasa ketujuh. Tahniah kepada seluruh warga SK Kg. Fikri yang dibawah pimpinan Guru Besarnya Puan Zakiah bt Hashim. 

Saya memang mengenali Puan Zakiah sewaktu menjawat jawatan Guru Besar di SKSB dan SKSS1. Saya masih ingat lagi setiap kali perjumpaan semua GB di Negeri Terengganu selepas sesuatu ujian OTI pertengahan tahun dan percubaan, Cikgu Zakiah sering naik pentas menerima anugerah sekolah yang mempunyai keputusan cemerlang dalam setiap ujian OTI dan UPSR. Terasa iri hati di atas pencapaian sekolah beliau.

Walaupun sekolahnya di luar bandar, latar belakang sosio ekonomi masyarakat sekitarnya agak sederhana, dengan kemudahan yang sangat terhad, tetapi beliau mampu memimpin staff dan kakitangannya serta membawa murid-murid mencapai satu tahap pencapaian yang agak istemewa. Itulah Puan Zakiah yang saya kenali dari jauh, tetapi setelah selesai menyampaikan ceramah kepada anak-anak muridnya, beliau berbisik kepada saya, rupa-rupanya beliau telah mengenali saya sejak tahun 1981 lagi, tanpa diketahui oleh saya. Ada kisah yang hanya beliau saja tahu tetapi dia ingin kongsikan dengan saya. Selepas ceramah tersebut, barulah beliau sempat memberitahu saya setelah hampir dua puluh tahun lebih beliau menyimpannya. Kenangan mengusik jiwa.

Sewaktu melihat keadaan murid-muridnya , saya yakin, mereka mampu cipta kejayaan untuk kesekian kalinya. Biarpun tahun lepas 2012 keputusan agak turun sedikit, tetapi InsyaAllah tahun ini keputusan akan meningkat. Dengan guru-guru yang masih muda dan bertenaga, dengan peruntukan Kluster sebanyak RM250,000.00 banyak program dan aktiviti mampu dilaksanakan untuk meningkatkan kecemerlangan Sekolah Kluster Kecemerlangan Kg Fikri (Sg Tong). Tahniah Cikgu Zakiah dan semua guru dan kakitangan SK Kg. Fikri (Sg.Tong).

No comments:

Post a Comment