Pagi ini saya ke pejabat Sekolah Kebangsaan Seri Budiman, menghantar minyak hijau (minyak urat) kepada Zaini pembantu tadbir SKSB. Sempat berbual mesra dengan PK1 Cikgu Roshaya yang pernah bertugas bersama saya sewaktu di SKSS1 beberapa tahun lalu. Seri Budiman adalah sekolah pertama saya memegang jawatan sebagai Guru Besar pada tahun 2002 hinggalah Ogos 2008.
Sewaktu berbual tiba-tiba masuk seorang ibu bertanyakan tawaran anaknya lepasan UPSR baru-baru ini untuk masuk ke sekolah menengah. Ibu ini masih ingat saya sewaktu menjadi GB di SKSB. Beliau memberitahu saya anaknya sekarang yang pernah menduduki UPSR lapan tahun lalu berada di Universiti Malaya. tahun pertama Seronok juga mendengar khabar bekas anak murid saya dapat menjejakkan kaki ke universiti. Itulah lumrah perasaan seorang cikgu, walaupun bukan darah daging tetapi rasa seronok dan terharu mendengarkan kejayaan anak didik kita.
Tetapi yang mendukacitakannya ialah anaknya telah hampir lapan tahun hilang penglihatan (buta), Saya terkedu sekejap mendengar penjelasannya. Puncanyanya ialah penyakit glokoma. Doktor tidak mampu hendak menyelamatkannya. Sekarang dia belajar dengan menggunakan laptop yang punyai suara. Tidak lagi menggunakan system braile. Canggih sungguh zaman sekarang. Komputer tersebut adalah sumbangan waktil rakyat di Kuala Terengganu.
Mengikut cerita ibu ini anaknya pernah sesat dalam UM sewaktu minggu pertama dia lapor diri. Seorang pemamdu teksi menghantarnya balik ke asrama. Inilah antara perkara yang merunsingkkanya. Cuma anaknya memerlukan pembantu khas, dan seorang daripada anaknya tinggal bersama anaknya yang sedang menuntut di UM. Itulah suka dan duka seorang ibu. Inilah kekayaan Allah, walaunpun cacat penglihatan tetapi mampu melanjutkan pengajian sehingga ke universiti.
Lama juga berbual dengan Zaini dan Roshaya, tetapi banyak berkisar mengenai hal sekolah, hal guru dan yang hangatnya hal gaji baru.
Hampir jam 12.30 tengah hari saya balik ke rumah dan bersiap-siap untuk solat zohor. Dari jauh dengar suara orang membaca surah Ysin melalui pembesar suara. Saya tahu kerana ada majlis Hol Marhum Tuanku di Masjid Terapung. Saya tidak dijemput walaupun ahli jemaah. Ataupun mungkin sewaktu pengumuman dibuat saya tiada di masjid tetapi mengikut kawab-kawan ahli jemaah sependapat dengan saya, masing-masinng tidak dengar pengumuman jemputan. Jadi saya hanya hadir apabila azan berkumandang untuk solat zohor berjemaah.
Sungguh menakjubkan ahli jemaah dengan pakaian kebangsaan (baju Melayu) bersampin seperti hari raya, memenuhi hampir tiga suku masjid. Kereta dan motosikal polispun banyak. Kenderaan memenuhi kawasan parking masjid.
Terfikir juga dalam hati saya, KALAULAH SETIAP WAKTU ADA PEMIMPIN KE, WAKIL RAKYAT KE, ATAU MB KE, ATAU SESIAPA SAHAJA YANG BERGELAR PEMIMPIN SANGGUP datang ke masjid setiap waktu solat, nescayalah masjid akan dipenuhi oleh rakyat jelata. Kerana dalam sejarah pengislaman di Tanah Melayu, apabila raja-raja atau ketua sesuatu negeri atau kampung atau daerah memeluk Islan, maka seluruh rakyatnya turut memeluk Islam. Inilah yang dikatakan kepimpinan melalui teladan.
Bilalah agaknya solat 5 waktu seperti solat jumaat? Ada akal fikirlah sendiri !!!!
.....semuanya membuat diri ini terkenang..
ReplyDeletenostalgia sewaktu saya tinggal di Tuanku Mizan Golf Resort...2005 - 2007....dan sebagai kakitangan SK SS1.....
.....Semuga Allah membalas segala kebaikan yang diberikan..insyaallah...amin.