Saturday, April 30, 2011

Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah promosi mukjizat kitab suci rawat pelbagai penyakit

60 rangkaian ayat al-Quran jadi penawar kanser
Oleh Hasliza Hassan
hasliza@bharian.com.my
2011/04/30

 ASHRAF MUSLIM ketika menjalankan rawatan  kepada pesakit di Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah.
ASHRAF MUSLIM ketika menjalankan rawatan kepada pesakit di Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah.


JIKA dulu orang ingat ayat al-Quran hanya untuk rawatan sihir, santau atau gangguan makhluk halus, tetapi kini kalam Allah diamalkan sebagai usaha mengubati penyakit kronik termasuk kanser serta penyakit moden lain.


Usaha mempromosikan mukjizat al-Quran sebagai kaedah merawat penyakit dijayakan pengamal perubatan menggunakan ayat al-Quran yang juga pengasas Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah, Lokman Abdul Hamid, beroperasi di Villa Bestari, Sungai Pusu, Gombak.
Bermula dengan ikhtiar merawat ibunya yang menghidap penyakit tua, ilmu dan kebolehan dianugerah Allah itu kini dimanfaatkan dengan memberi perkhidmatan rawatan kepada pesakit yang semakin hari jumlahnya terus bertambah.

Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah mula beroperasi sepenuh masa sejak akhir 2010 kini menerima kehadiran mencapai 200 pesakit sehari bermula jam 9 pagi hingga 6 petang sebelum disambung semula selepas Isyak dan berlarutan jam 1, jika masih ada yang mengharapkan rawatan.

Bersama rakan kongsi, Ashraf Muslim dan seorang lagi anak muridnya yang komited menghulurkan bantuan, Zulhaidi Ahmad, pesakit yang datang mendapatkan rawatan dibekalkan surah untuk dibaca, diiringi doa serta tawakal kepada Allah.

Itu kaedah rawatan di Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah yang menggalakkan pesakit menulis sendiri surah untuk dibaca, selain terus diingatkan supaya tidak jemu berdoa dan mendekatkan diri kepada Allah.
Ada juga disediakan air sebagai memenuhi permintaan pesakit yang berasakan perlu dibekalkan air seperti kebiasaan dalam perubatan Islam, kata Lokman.

Memang sukar menafikan kuasa iklan ‘dari mulut ke mulut’ kerana melalui cara itu kemampuan merawat penyakit melalui pengamalan surah al-Quran mula tersebar dan akhirnya terus menjadi bualan ke hari ini.

“Saya menerima anugerah ini ketika berusia 40 tahun selepas menunaikan umrah. Saya amalkan dengan merawat ibu saya, berusia 89 tahun yang sakit tua. Alhamdulillah, kini mencecah usia 98, ibu sihat dan mampu membaca al-Quran.

“Saya tidak pernah berguru, ilmu ini pemberian Allah. Selepas merawat ibu, kawan isteri dan saudara mara datang untuk berubat dan saya cuba merawat mereka di rumah saya di Bukit Antarabangsa. Sebenarnya ketika itu saya pun tidak pasti sama ada cara rawatan itu betul atau tidak.

“Alhamdulillah, selepas melalui proses percubaan rawatan dan penyembuhan secara berterusan, lama-kelamaan ramai yang datang hingga tertubuh klinik pada 1996. Masa itu saya masih bekerja dan hanya membuat rawatan selepas Isyak,” cerita Lokman pada pertemuan di Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah, baru-baru ini.

Penghujung 2010, beliau mengambil keputusan menamatkan perkhidmatan di Suruhanjaya Sekuriti untuk memberi tumpuan kepada memberi rawatan dan bersama Ashraf, mereka bergabung tenaga menjayakan usaha itu.

Berbekalkan pengalaman 12 tahun dalam bidang perubatan al-Quran atau Quranic Medicine, Lokman kini sudah mengenal pasti 60 rangkaian ayat untuk penyakit kanser termasuk kanser payu dara, kulit dan hati.

Bagaimana beliau tahu ayat yang sesuai untuk sesuatu jenis penyakit, semua berpandukan kepada gerak hati kerana beliau tidak pernah bermimpi apa lagi mendengar bisikan suara. Selalunya, ayat baru diterima setiap kali kembali menunaikan umrah, setiap tahun.

Katanya, tidak dinafikan ada juga pesakit mempersoalkan surah diberi untuk diamalkan kerana apabila dibaca terjemahannya, tiada kaitan secara langsung dengan sakit dideritai pesakit atau situasi dilalui mereka.

“Memang ada. Macam ada yang minta ayat untuk murah rezeki, cari jodoh dan dapat anak, saya suruh baca surah al-Waqiah. Tetapi jika tengok makna surah al-Waqiah tiada kena mengena dengan rezeki atau jodoh tetapi ia mengenai hari kiamat.

“Inilah mukjizat al-Quran. Kita tidak tahu rahsia al-Quran hanya Allah saja yang tahu. Surah Israk, ayat 40 dan 55 untuk sakit jantung tersumbat. Beribu yang saya ubat dengan ayat itu, jantung tersumbat jadi baik.

“Rekod mereka di Institut Jantung Negara (IJN) menunjukkan memang ada saluran jantung tersumbat tetapi sementara menanti pembedahan, mereka datang dan amalkan ayat itu, Alhamdulillah apabila diperiksa semula, saluran yang tersumbat sudah tiada lagi,” katanya.

Bagaimanapun katanya, masih ada kes walaupun sudah mengamalkan surah diberi tetap perlu melalui pembedahan dan ada pelbagai sebab boleh menjelaskannya selain mengakui hakikat hanya Allah yang berkuasa menyembuhkan.

Kerana itu juga, beliau tidak pernah menghalang pesakit yang datang ke pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah mendapat rawatan di hospital, malah akan menggalakkan jika itu dirasakan perlu demi kebaikan mereka.

“Proses penyembuhan tertakluk pada keredaan Allah, ada datang sekali sudah sembuh, ada datang banyak kali tetapi tidak juga sembuh. Jadi, saya tanya jika ada kesalahan dilakukan pesakit, minta ampun dulu kerana jika pergi hospital tetapi Allah tidak reda, tidak sembuh pun.

“Amalan rawatan menggunakan ayat al-Quran disokong doa dan dosa penghalang kepada doa. Macam mana doa nak dimakbulkan, kena buat banyak solat taubat.
Apabila kita minta ampun, dengan izin Allah kabulkan doa kita,” katanya.

Jangan terkejut jika Lokman memberitahu hanya 30 peratus yang datang ke pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah mendapatkan rawatan berkaitan gangguan, sihir dan santau kerana 40 peratus adalah pesakit kanser dan selebihnya penyakit lain seperti epilepsi, buah pinggang, kencing manis, darah tinggi serta kronik hepatitis.

Beliau berkata, bagi sakit gangguan seperti sihir atau santau, selepas dibuang mereka akan kembali sihat. Berbeza dengan penyakit kanser, banyak ayat serta surah perlu dibaca untuk menyembuhkan atau memperbaiki organ dalam badan, membunuh sel kanser atau darah tersumbat.

Penampilan dalam program Penawar Syifa’ terbitan Astro Oasis dan segmen Syifa’ dalam Nasi Lemak Kopi O di TV9 membolehkan beliau berkongsi ayat al-Quran untuk rawatan penyakit dengan masyarakat.

Ditanya tidakkah beliau bimbang perkongsian itu nanti mengurangkan jumlah mereka yang datang ke pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah, Lokman sambil tersenyum memberitahu, ayat al-Quran bukan haknya dan menjadi tanggungjawab beliau menyebarkan ayat Allah itu.

“Misi saya memartabatkan ayat al-Quran setanding perubatan moden. Jika orang boleh terima itu, Alhamdulillah. Saya gembira jika perkongsian ini memberi manfaat terutama mereka yang menghidap penyakit dan mencari penawarnya,” katanya.

Tarikh 23 April mencatat sejarah untuk Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah yang dirasmikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Turut dikongsi pada majlis gilang gemilang ialah hasrat Lokman untuk mendirikan hospital bercirikan persekitaran Islam.

Hospital berkenaan nanti akan sentiasa berkumandang ayat suci al-Quran dan ada ketikanya, ustaz serta ustazah dijemput membacakan ayat al-Quran. Itu impian dan tiga tahun ditetapkan sebagai tempoh menterjemahkan hasrat menjadi realiti.
  

Friday, April 29, 2011

Maksiat lemahkan hati, hilang berkat




DOSA bukan perkara kecil. Hari ini ramai orang memandang remeh soal dosa. Sesetengah umat Islam kini bukan saja tidak takut berbuat dosa malah seronok pula melakukannya.
Menurut Ibnu Qayyim, akibat yang akan menimpa pelaku maksiat antaranya: 


1. Maksiat akan menghalang diri daripada mendapatkan ilmu pengetahuan. Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Ketahuilah, kemaksiatan dalam hati dapat menghalang serta memadamkan cahaya itu.

2. Maksiat menghalang rezeki. Jika ketakwaan adalah penyebab datangnya rezeki, maka meninggalkan ketakwaan bererti menimbulkan kefakiran. Rasulullah s.a.w bersabda, "Seseorang hamba dicegah daripada rezeki akibat dosa yang dibuatnya." (HR Ahmad).

Justeru, kita perlu meyakini takwa adalah penyebab datangnya rezeki serta memudahkan rezeki kita.
Jika saat ini kita berasakan betapa sulitnya mendapatkan rezeki Allah, maka tinggalkan kemaksiatan! Jangan kita penuhi jiwa kita dengan debu maksiat.

3. Maksiat membuat kita jauh daripada Allah. Diriwayatkan ada seorang lelaki mengeluh kepada seorang arif berkenaan kesunyian jiwanya. Arif itu berpesan, "Jika kegersangan hatimu akibat dosa, maka tinggalkanlah perbuatan dosa itu." 

4. Maksiat membuat sulit semua urusan kita. Ketaatan adalah cahaya, sedangkan maksiat adalah gelap gelita. Ibnu Abbas r.a. berkata, "Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan badan, susutnya rezeki dan kebencian makhluk.

5. Maksiat melemahkan hati dan badan. Kekuatan seorang mukmin terpancar daripada kekuatan hatinya. Jika hatinya kuat, maka kuatlah badannya.

6. Maksiat menghalang untuk kita taat. Orang melakukan dosa dan maksiat cenderung untuk tidak taat. Orang yang berbuat maksiat seperti orang yang satu kali makan, tetapi mengalami sakit berpanjangan. 

7. Maksiat memendekkan umur dan menghapus keberkatan. Pada dasarnya, umur manusia dihitung daripada masa hidupnya. Imam Nawawi hanya diberi usia 30 tahun oleh Allah s.w.t. Meskipun hidupnya pendek, namun berkat. Kitab Riyadhush Shalihin dan Hadits Arbain yang ditulisnya memberinya keberkatan dan usia yang panjang, sebab dibaca oleh manusia dari generasi ke generasi hingga saat ini dan mungkin generasi yang akan datang.

8. Maksiat menumbuhkan maksiat lain. Seorang ulama salaf berkata, jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal itu akan mendorongnya melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Oleh itu, berhati-hatilah. Jangan sesekali cuba melakukan maksiat kerana ia akan menyebabkan 'ketagihan' dan sukar untuk berhenti jika ia menjadi satu kebiasaan.

9. Maksiat mematikan bisikan hati nurani. Maksiat melemahkan hati daripada kebaikan dan menguatkan kehendak melakukan maksiat lain. Itulah akibat maksiat. Tidak ada lagi rasa malu ketika berbuat maksiat. Jika orang sudah biasa berbuat maksiat, dia tidak lagi memandang perbuatan itu sebagai sesuatu yang buruk. Tidak ada lagi rasa malu melakukannya. Bahkan dengan bangga menceritakan perbuatan maksiat yang dilakukannya kepada orang lain.

Oleh Ust Zawawi

Wednesday, April 27, 2011

Ketika Allah Mencintai Hamba-Nya

 

Selasa, 26/04/2011 09:16 WIB | email | print
Jika seseorang mencintai seorang, maka ia akan selalu mendekatinya. Selalu ingin berdekatan. Melihat wajahnya. Berusaha memberi perhatian lebih. Lalu bagaimana jika Allah mencintai hamba-Nya?

Bukan bermaksud membandingkan dengan manusia atau cinta sesama manusia, bukan. Tetapi hanya sedikit menyadarkan tanpa bermaksud menyamakan dengan makhluk. Maaf Allah, aku yang salah berkata ini.
Jika Allah cinta, mungkin seperti cintanya manusia dan lebih lagi. Allah akan membuat kita mendekat kepada Allah. Diberi cobaan dan kesulitan agar selalu mendekat kepada Allah melalui doa dan rintihan kesedihan.

Allah akan lebih suka lagi jika kita ingat dosa-dosa dan bertobat ketika tengah kesusahan. Allah kemudian memberi kebahagiaan agar kita bersyukur dan memuji-Nya. Allah selalu memperhatikan kita, menjaga kita, men-spesial-kan kita, karena kita beriman dan selalu yakin kepadaNya. Karena Allah mencintai orang-orang yang bertakwa.

Berbeda dengan orang-orang yang tidak Allah cinta, dibiarkannya berbuat sesuka hati. Diberi ujian tidak mendekat apalagi diberi kelapangan, malah semakin jauh. Allah tidak akan membuat dia merintih dengan ujian dan penderitaan. Allah juga tidak peduli jika dia tidak bersyukur saat bahagia. Karena Allah tidak cinta, Allah hanya mengasihi mereka. Ah, ini hanya pemikiran dan persangkaanku saja. Sebuah pemikiran yang tidak tepat.
Jadi, berbahagialah untuk kita (semoga aku juga termasuk di dalamnya) yang merintih dan memelas, memohon kepada Allah. Mengadukan segala kesedihan hanya kepada Allah. Karena kita terpilih menjadi hamba yang dicintai Allah.

Kita dituntun untuk mendekat kepada-Nya. Karena Allah suka jika dekat dengan hamba yang dicintai-Nya. Lalu kenapa kita tak juga membalas cinta-Nya? Kenapa masih juga tidak ikhlas dengan kehendak-Nya. Tidak bersabar dengan kesulitan-kesulitan yang datang. Bahkan selalu mengeluh dan menolak jalan ini.
Sebaiknya, mulai sekarang kita harus lebih peka pada setiap kehendak Allah. Apakah itu berwujud cinta Allah agar kita makin meningkatkan ketakwaan, atau berwujud peringatan Allah agar kembali ke jalan Allah dan mendekat kepada-Nya. atau berwujud hadiah dari Allah agar kita bersyukur dan memuji kemurahan Allah. Jangan sampai itu berwujud azab Allah karena kita telah durhaka kepada Allah, naudzubilah.

Semoga kita selalu membersihkan hati dari dosa-dosa yang kita perbuat. Agar kita bisa peka dengan kehendak Allah yang selalu terbaik untuk kita. Amin...
(Allah tengah mengawasiku yang sedang menulis ini, semoga Allah menyukainya, semoga benar yang kupikirkan, semoga Allah selalu cinta padaku). Semoga ini merupakan wujud cintaku kepada Allah... Amin ya Robbalamin....
Penulis: Najmi Haniva, mahasiswi jurusan farmasi sebuah perguruan tinggi di Jogjakarta

Sunday, April 24, 2011

Kematian (Ternyata) Tak Datang Tiba-Tiba

6/4/2011 | 03 Jumadil Awal 1432 H | Hits: 4.298
Oleh: indah utami
 
Dakwatuna.com – Ketika satu per satu sahabatku pergi meninggalkanku…

Menuju alam yang belum pernah kuketahui wujudnya. Aku masih juga belum ter sadarkan. Kematian itu datang tak mengetuk pintu. Mencerabut manusia dari orang-orang terkasihnya tak peduli ia miskin atau kaya,tua atau muda,sengsara atau bahagia,siap atau tak siap menyambutnya.
Masih saja aku bergeming. Menganggap kematian itu masih jauh dariku. Kematian adalah milik orang lain. Aku? Entah lah..Yang jelas aku yakin ia masih jauh dariku. Lihat saja tubuhku yang bugar,lenganku yang kokoh,pandangan mataku yang tajam,langkah kakiku yang tegap, tak ada satu pun yang menunjukkan bahwa aku pantas dijemput maut.

Aku senantiasa menjaga kebugaran tubuhku. Olahraga dan suplemen vitamin menjadi makananku sehari-hari. Pun check up rutin kulakukan setahun sekali. Sungguh,saat ini aku tak yakin kematian akan menghampiriku.
Hingga sore tadi tubuhku tiba-tiba menggigil. Bukan,bukan karena sakit,karena seperti kubilang tadi,aku rajin berolahraga,minum vitamin,dan berobat rutin ke dokter. Aku tergetar oleh sebuah pesan singkat yang singgah di selulerku. Seorang sahabat (lagi-lagi) meninggalkanku tanpa pamit. Seorang sahabat yang pagi tadi masih kunikmati tawanya yang berderai-derai,tegap badannya yang gagah,langkah kakinya yang tegap,pandangan matanya yang tajam…

Oh kematian…pelajaran apa yang hendak kau bagi kali ini?
Bahwa kematian itu datang tiba-tiba?
Bahwa kita tak pernah tahu kapan ia menjemput kita?
Bahwa kematian tak mungkin menghampiri kita di usia yang masih belia?
Benarkah?

Bukankah Dia telah mengingatkan kita dalam kitab-Nya yang sempurna bahwa tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati?

Bukankah Dia juga mengingatkan melalui lisan utusan-Nya yang mulia bahwa orang yang paling cerdas diantara kita adalah yang paling banyak menyiapkan bekal untuk kehidupan akhiratnya?
Bukankah Dia telah ‘memvonis’ saat kepulangan kita seiring Ia hembuskan ruh di jasad kita?
Sungguh,berulang kali Dia mengingatkan kita akan satu kepastian ini.
Masihkah kita menganggap bahwa kematian itu datang tiba-tiba?

PERASMIAN PUSAT RAWATAN ISLAM AL HIDAYAH

Alhamdulillah, sempurnalah dua majlis dalam satu masa. Itulah pengalaman saya bersama Tuan Haji Lokman Abd Hamid, Pengarah Urusan Pusat Rawatan Islam Al Hidayah, Sungai Pusu Gombak. Sebelah pagi lebih kurang jam 9.00 pagi, bermula majlis pertunangan antara Noor Dayana Lokman dengan Mohd Asyraf Muslim.

Pak Uda mewakili keluarga Asyraf, manakala Hj Lokman mewakili keluarga anaknya, Noor Dayana. Saya diminta membacakan doa pembukaan dan doa penutup.

Bermula dengan gimik menyerahkan tepak sirih antara Hj Lokman dengan  Pak Uda, sebagai tanda mula perbincangan. Persetujuan dicapai, dengan jumlah hantaran sama dengan umur ank Hj Lokman, dan penetapan tarikh pernikahan pada 1 Syawal di Masjidil Haram, InsyaAllah. Jika dizinkan, saya juga akan turut serta.

Uapacara pertunangan ini mendapat liputan daripada TV9, selama 7 minit. Majlis sarung cincin oleh mak saudara Asyraf mendapat liputan TV. Begitu juga perbincangan akhir juga disiarkan juga.

Selesai majlis pertunangan tersebut, mulai jam 11.30 pagi tetamu untuk Majlis Perasmian Pusat Rawatan Islam Al Hidayah mula memenuhi ruang khemah yang disediakan. Rami juga bekas pesakit Tuan Haji Lokman turut hadir, rakan-rakan kakitangan BSKL turut hadir. Lebih jurang jam 12,00 tengah hari YB Dato Seri Khaled Nordon, Menteri Pengajian Tinggi, sampai ke Majlis tersebut. Sejurus kemudian majlis perasmianpun bermula dengan ucapan alu-aluan pengacara majlis saudar Fiitri.

Saya dijemput untuk membaca doa selamat sempena majlis tersebut. Kemudian diikuti dengan ucapan alu-aluan Tuan Haji Lokman Abd Hamid, Pengarah Urusan Pusat Rawatan Islam Al Hidayah. Ucapan beliau ringkas, padat.

Selepas itu diikuti dengan ucapan perasmian Dato Seri Mohd Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi. Selesai ucapan perasmian, beliau menanda tangani papan tanda Pusat Rawatan Islam Al Hidayah. Kemudian gimik melepaskan 99 ekor rama-rama dilakukan oleh Dato Seri. Dan diikuti dengan penyampaian cenderamata kepada YB Menteri oleh ibu kepada Tuan Haji Lokman Abd Hamid, juga mak saudar beliau dan tok saudara Asyraf, juga menyampaikan cenderama kepada Menteri,

Lebih kurang jam 1.15 selesailah majlis perasmian tersebut dan semua jemputan menjamu selera. Saya juga terpaksa bergegas untuk balik ke Kuala Terengganu, sebabnya isteri dan sepeupunya mengajar besok pagi. Kami sampai di Kuala Terengganu lebih kurang jam 9.00 malam.

Saya bersyukur kepada Allah kerana hasrat untuk menjadikan Al Quran sebagai salah satu alternatif perubatan tercapai dan mendapat sambutan yang sungguh luar biasa. Berdakwah melalui perubatan.

Wednesday, April 20, 2011

Tips Mengundi Dalam Pilihanraya

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Apr 14, 11 3:33pm
Ramai yang bertanya tentang siapakah yang patut mereka undi dalam piliharaya akan datang, atau yang sedang berlangsung di Sarawak sekarang.
NONESoalan-soalan ini muncul kerana kebanyakan generasi muda hari ini belum membuat keputusan parti pilihan. Ia patut dilihat sebagai satu perkembangan yang baik, kerana rakyat sudah mula bebas dari cengkaman fanatik atau sokong secara membuta tuli.
Jika sikap ini dipimpin ia akan melahirkan rakyat yang tidak boleh diperbodohkan dan sentiasa sedia untuk membuat perubahan berdasarkan potensi yang dipamer oleh setiap parti yang bertanding.
Dalam salah satu artikel yang lalu, saya telah menjelaskan bahawa undian seseorang mempunyai nilai dosa dan pahala di sisi Allah berdasarkan kesan yang mungkin berlaku disebabkan undi yang diberikan.
Jika ia membawa kesan yang baik untuk rakyat dan negara, dan itulah tujuan individu yang mengundi tersebut, maka undi itu mendapat pahala.
dap miri ceramah crowd listeningJika dia tahu undinya itu boleh memberikan kesan yang buruk, tetapi dia terus mengundi juga, maka dia mendapat dosa.
Allah SWT telah memerintahkan kita memberikan amanah kepada yang layak. Firman Allah: (maksudnya) “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa' ayat 58).

Bagaimanapun di sini saya ingin menyebut beberapa langkah atau panduan penting bagi seseorang pengundi Muslim juga mungkin boleh dimanfaatkan oleh bukan Islam dalam konteks negara kita ini;
  • Seseorang muslim hendaklah mengundi dengan ilmu pengetahuan, bukan sekadar ikut-ikutan. Ertinya, keputusannya untuk memilih seseorang calon adalah dengan pengetahuan tentang latar belakang calon berkenaan. Ini kerana Allah S.W.T telah memerintahkan kita agar bertindak atas ilmu, bukan kejahilan. Firman Allah: (maksudnya): “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta jantung akal kamu, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya”. (Surah al-Isra: 36).
NONEMaka, setiap individu yang hendak pergi mengundi wajib mempunyai maklumat tentang calon yang hendak dipilih. Jika pengundi itu sudah tua atau tidak mampu mencari maklumat sendiri, dia hendaklah bertanya kepada pihak yang dia yakini dapat memberikan maklumat yang benar.
  • Seseorang pengundi muslim hendaklah mendengar dari pelbagai sumber dan memilih yang terbaik. Ini kerana pilihanraya menawarkan lebih dari seorang calon, maka kita perlu membuat pemilihan antara mereka. Dalam negara kita, kadang-kala ruang mendengar dari kesemua pihak secara adil sukar diperolehi, terutama bagi kawasan pendalaman.
NONE
  • Namun, jika kita berusaha, kita mungkin boleh mendapat maklumat dari kesemua pihak tentang apa yang hendak dan mampu calon berkenaan lakukan. Allah mengingatkan kita tentang ciri-ciri insan berfikiran matang yang Allah redha, mereka itu dinamakan dengan Ulul Albab. Antara ciri mereka, seperti yang Allah firmankan: (maksudnya) “..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab” (al-Zumar: 17-18). Maka, usaha mendapatkan maklumat yang adil sehingga dapat membuat pilihan yang terbaik adalah penyebab kepada seseorang insan mendapat petunjuk daripada Allah dan mendapat ganjaran pahala.
  • Seseorang muslim hendaklah memilih calon yang paling layak di sudut al-quwwah (kemampuan) dan al-amanah (amanah/ketelusan). Jika seseorang calon memiliki kemampuan diri sebagai pemimpin dan nilai amanah yang menjadikan dia akan bersikap telus dengan jawatan yang dipilih, maka calon itu layak dipilih. Jika yang bersaing dengannya itu tiada nilai kemampuan dan amanah, wajib untuk undi diberikan kepada calon yang mempunyai ciri-ciri yang layak.
NONE Firman Allah: “Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26).
  • Jika kesemua calon mempunyai ciri-ciri kelayakan, maka kita hendaklah memilih calon yang paling berkesan untuk jawatan tersebut. Ini boleh dilihat kepada pelbagai faktor, seperti program dan manifesto partinya, kekuatan akar umbinya, ciri-ciri keistimewaan yang lain; seperti pengalaman, latar pendidikan, dan sebagainya. Inilah sikap Ulul Albab yang diajar oleh al-Quran, sentiasa memilih yang terbaik. Maka, setelah mengenali calon, mengenali hasrat sesebuah itu juga penting. Ini kerana, seseorang calon biasanya terikat dengan halatuju partinya.
NONE
  • Jika kesemua calon didapati tidak mempunyai ciri-ciri yang layak untuk memegang kerusi tersebut, maka seorang muslim hendaklah memilih calon yang paling kurang mudarat atau bahayanya terhadap rakyat dan umat dibandingkan yang lain. Ini berasaskan kaedah syarak “Mudarat yang lebih besar dihilangkan dengan mudarat yang lebih ringan”, atau “Memilih bahaya yang paling ringan”. Kaedah ini dipakai apabila kita berhadapan dengan pilihan yang kesemua buruk, maka kita memilih apa yang mudarat atau bahayanya itu paling minima. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya) “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati (bulan haram); katakanlah: "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke al-Masjid Al-Haraam, serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah, dan (ingatlah), angkara fitnah (kerosakan) itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati)…” (Surah al-Baqarah: 217).
NONEAyat ini menjelaskan memberitahu bahawa dosa-dosa itu walaupun besar, namun nilainya tidak sama. Ertinya, apabila bertembung kita memilih atau menentukan yang paling kurang bahaya atau mudaratnya supaya tindakan kita dapat meminimumkan bahaya.
  • Menilai rekod, matlamat, manifesto dan juga apa yang tersurat dan tersirat di sebalik parti yang disertai oleh seseorang calon juga adalah penting. Ini kerana, biasanya –walaupun tidak semua- penyertaan individu ke dalam sesebuah pertubuhan mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan nilai diri individu tersebut. Justeru, jika kita gagal mengetahui tentang latar calon, kita boleh menilai parti yang disertainya. Jika rekod parti itu buruk, maka kita hendaklah berpegang kepada ingatan Nabi s.a.w: “Orang mukmin tidak akan disengat dari satu lubang sebanyak dua kali” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
  • Jika semua calon gagal diketahui latarbelakang mereka, dan tiada pula rekod yang buruk bagi parti mereka, hendaklah dibuat diteliti matlamat dan manifesto yang ditawarkan. Hendaklah dibandingkan mana yang lebih telus dan bermanfaat untuk rakyat dan negara. Inilah konsep Ulul Albab.
sarawak election pkr ceramah sibu 120411 crowd
  • Jika bertembung antara calon yang baik dan partinya yang buruk, sementara calon yang buruk partinya baik, maka pada asasnya kita mendahului peribadi calon. Ini kerana Allah dan rasulNya memerintahkan kita memberikan amanah kepada sesiapa yang layak sehingga Nabi s.a.w sendiri memberikan kunci Ka'abah kepada Bani Syaibah. KECUALI jika kita dapati pengaruh buruk parti itu lebih menguasai jawatan tersebut dibanding kebaikan yang ada pada peribadi calon, maka ketika itu calon yang kelihatan baik itu tidak diundi kerana dilihat tidak berkemampuan. Ini balik kepada ciri-ciri al-Quwwah dan al-Amanah yang disebutkan sebelum ini.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendapat sidang pengarang Malaysiakini

Tuesday, April 19, 2011

Contohi sifat positif lebah


Tazkirah Remaja Bersama Mohd.Zawawi Yusoh

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merosak atau mematahkan (yang dihinggapinya).” (Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar).

Seorang mukmin adalah manusia yang memiliki sifat unggul. Sifat berkenaan membuatnya memiliki keistimewaan dibandingkan dengan manusia lain. Sehingga di mana pun mereka dia berada, ke mana pun mereka pergi, apa yang mereka lakukan, apa peranan dan tugas apa pun yang mereka lakukan selalu membawa manfaat dan maslahat bagi manusia lain.

Maka jadilah dia orang yang seperti dijelaskan Rasulullah, “Manusia paling baik adalah yang paling banyak memberikan manfaat bagi manusia lain.” Kehidupan ini agar menjadi indah, menyenangkan, dan sejahtera memerlukan manusia seperti itu. Menjadi apa pun, dia akan menjadi yang terbaik; apa pun peranan dan fungsinya maka segala yang dia lakukan adalah hal yang membuat orang lain, menjadi bahagia dan sejahtera.


Nah, sifat yang baik itu antara lain terdapat pada lebah. Rasulullah SAW dengan penyataan dalam hadis di atas mengisyaratkan agar kita mencontohi sifat positif yang dimiliki oleh lebah.

Tentu saja, sifat itu sendiri memang adalah ilham daripada Allah SWT seperti mana yang Dia firmankan, “Dan Tuhanmu mewahyukan (mengilhamkan) kepada lebah: ‘Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia.


“Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.” (Surah An-Nahl ayat 68-69).

Sekarang, bandingkan apa yang dilakukan lebah dengan apa yang seharusnya dilakukan seorang mukmin, seperti berikut: Hinggap di tempat yang bersih dan menyerap hanya yang bersih.

Lebah hanya hinggap di tempat-tempat pilihan. Dia sangat jauh berbeza dengan lalat. Serangga yang terakhir amat mudah ditemui di tempat sampah, kotoran, dan tempat berbau busuk.

Tapi lebah ia hanya mendatangi bunga-bungaan atau buah-buahan atau tempat bersih lainnya yang mengandung bahan madu.

Begitulah pula sifat seorang mukmin. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Hai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagimu. (Surah Al-Baqarah ayat 168).

(Yaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Surah Al-A’raf ayat 157).

Kerananya, jika ia mendapatkan amanah dia akan menjaganya dengan sebaik-baiknya. Ia tidak akan melakukan rasuah, pencurian, penyalahgunaan sewenang-wenangnya, manipulasi, penipuan dan dusta.

Segala kekayaan hasil perbuatan tadi adalah khabaits (kebusukan). Mengeluarkan yang bersih. Siapa yang tidak kenal madu lebah. Semuanya tahu madu mempunyai khasiat kepada kesihatan manusia.

Tapi dari organ tubuh manakah keluarnya madu itu? Itulah salah satu keistimewaan lebah. Dia produktif dengan kebaikan, bahkan daripada organ tubuh yang pada binatang lain hanya melahirkan sesuatu yang menjijikkan ditemukan pula produk lebah selain madu yang juga diyakini mempunyai khasiat tertentu untuk kesihatan: air liurnya!

Seorang mukmin adalah orang yang produktif dengan kebajikan. “Hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan buatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan.” (Surah Al-Hajj ayat 77).

Al-khair adalah kebaikan atau kebajikan. Akan tetapi al-khair dalam ayat di atas bukan merujuk pada kebaikan dalam bentuk ibadah ritual. Sebab, perintah ke arah ibadah ritual sudah diwakili dengan kalimat “rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Rabbmu” (irka’u, wasjudu, wa’budu rabbakum).

Al-khair di dalam ayat itu bermakna kebaikan atau kebajikan yang buahnya dirasakan manusia dan makhluk lainnya. Segala yang keluar dari dirinya adalah kebaikan.

Hatinya jauh daripada prasangka buruk, iri, dengki; lidahnya tidak mengeluarkan kata-kata kecuali yang baik perilakunya tidak menysahkan orang lain melainkan malah membahagiakan; hartanya bermanfaat bagi banyak manusia; kalau dia berkuasa atau memegang amanah tertentu, dimanfaatkannya untuk sebesar-besar manfaat manusia.

Tidak pernah merosak seperti yang disebutkan dalam hadis yang sedang kita bahas ini, lebah tidak pernah merosak atau mematahkan ranting yang dihinggapi.

Begitulah sifat seorang mukmin. Dia tidak pernah melakukan kerosakan dalam hal apa pun: baik material mahupun bukan material. Bahkan dia selalu melakukan kebaikan terhadap orang lain.

Dia melakukan kebaikan akidah, akhlak, dan ibadah dengan cara berdakwah. Mengubah kezaliman apa pun bentuknya dengan cara berusaha menghentikan kezaliman itu.

Jika kerosakan terjadi akibat rasuah, ia perlu membanterasnya kemudian menjauhi perilaku buruk itu. Berbalik kepada lebah, ia serangga yang kuat bekerja.

Ketika muncul pertama kali dari biliknya (menetas), lebah membersihkan bilik sarangnya untuk telur baru dan setelah berumur tiga hari ia memberi makan larva, dengan membawakan serbuk sari madu.

Begitulah, hari-harinya penuh semangat berkarya dan beramal. Bukankah Allah pun memerintahkan umat mukmin untuk bekerja keras? “Maka apabila kamu selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.” (Surah al-Insyirah ayat 7).

Kerja keras dan semangat pantang undur itu lebih dituntut lagi dalam upaya menegakkan keadilan. Meskipun memang banyak yang cinta keadilan, namun kebanyakan manusia kecuali yang mendapat rahmat Allah- tidak suka jika dirinya “dirugikan” dalam menegakkan keadilan.

Bekerja secara berkumpulan (jama’i) dan tunduk pada satu pimpinan. Lebah selalu hidup dalam kelompok besar, tidak pernah menyendiri.

Mereka pun bekerja secara kolektif dan masing-masing mempunyai tugas sendiri. Ketika mendapatkan sumber sari madu, mereka akan memanggil teman-temannya untuk menghisapnya.

Demikian pula ketika ada bahaya, seekor lebah akan mengeluarkan feromon (suatu zat kimia yang dikeluarkan oleh binatang tertentu untuk memberi isyarat tertentu) untuk memanggil teman-temannya untuk membantu dirinya.

Itulah seharusnya sikap orang beriman. “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.” (Surah Ash-Shaff ayat 4).

Tidak pernah melukai kecuali kalau diganggu. Lebah tidak pernah memulakan serangan. Ia akan menyerang ketika terasa terganggu atau terancam.  Untuk mempertahankan “kehormatan” umat lebah itu, mereka rela mati dengan melepas sengatnya di tubuh pihak yang diserang. Sikap seorang mukmin: musuh tidak dicari.

Tapi jika ada, tidak lari. Itulah beberapa karakter lebah yang perlu dicontohi orang beriman. Bukanlah sia-sia Allah menyebut dan mengabadikan binatang kecil itu dalam al-Quran sebagai salah satu nama surah: An-Nahl. Allahu a’lam.



Sunday, April 17, 2011

Murtad Tanpa Sadar

Minggu, 06/03/2011 05:18 WIB | email | print
oleh Ihsan Tandjung

Ada sebuah buku berjudul asli Al-Iman wa Nawaqidhuhu & At-Tibyan Syarhu Nawaqidhil Iman. Buku ini ditulis oleh duet Dr Safar Hawali & Syaikh Sulaiman Nashir Ulwan. Buku ini diterbitkan oleh penerbit Etoz Publishing. Yang menariknya, penerbit menerjemahkan judul buku tersebut dengan atraktif sekaligus menghentak sanubari. Judul bahasa Indonesianya ialah Murtad Tanpa Sadar Kok Bisa?

Benar saudaraku. Ternyata di dalam hidup ini ada perkara-perkara yang jika dilakukan, bahkan sekedar diucapkan, dapat menjerumuskan seorang muslim ke dalam sebuah keadaan murtad tanpa sadar. Artinya, ia tidak sekedar terlibat dalam sembarang dosa. Tapi ia terlibat ke dalam urusan yang dapat menyebabkan batalnya keimanan serta keislamannya. Hal ini menjadi lebih serius jika kita kaitkan dengan kondisi zaman modern yang sangat sarat dengan fitnah (ujian) terhadap iman seorang muslim. Sehingga kita jadi teringat sebuah hadits di mana Rasulullah Muhammad ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ Łˆ Ų³Ł„Ł… bersabda:
ŲØَŲ§ŲÆِŲ±ُŁˆŲ§ ŁِŲŖَŁ†ًŲ§ ŁƒَŁ‚ِŲ·َŲ¹ِ Ų§Ł„Ł„َّŁŠْŁ„ِ Ų§Ł„ْŁ…ُŲøْŁ„ِŁ…ِ ŁŠُŲµْŲØِŲ­ُ Ų§Ł„Ų±َّŲ¬ُŁ„ُ Ł…ُŲ¤ْŁ…ِŁ†ًŲ§ ŁˆَŁŠُŁ…ْŲ³ِŁŠ ŁƒَŲ§ŁِŲ±ًŲ§ ŁˆَŁŠُŁ…ْŲ³ِŁŠ Ł…ُŲ¤ْŁ…ِŁ†ًŲ§ ŁˆَŁŠُŲµْŲØِŲ­ُ ŁƒَŲ§ŁِŲ±ًŲ§ ŁŠَŲØِŁŠŲ¹ُ ŲÆِŁŠŁ†َŁ‡ُ ŲØِŲ¹َŲ±َŲ¶ٍ Ł…ِŁ†ْ Ų§Ł„ŲÆُّŁ†ْŁŠَŲ§
Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Bersegeralah beramal sebelum datangnya rangkaian fitnah seperti sepenggalan malam yang gelap gulita, seorang laki-laki di waktu pagi mukmin dan di waktu sore telah kafir, dan di waktu sore beriman dan paginya menjadi kafir, ia menjual agamanya dengan kesenangan dunia." (HR. Ahmad, No. 8493)

Sungguh penulis khawatir bahwa kondisi dunia dewasa ini persis sebagaimana Nabi ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ Łˆ Ų³Ł„Ł…Ų³ŲØŲ­Ų§Ł†Ł‡ Łˆ ŲŖŲ¹Ų§Ł„Ł‰ beriman, namun sore harinya telah menjadi kafir. Bayangkan...! Nabi ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ Łˆ Ų³Ł„Ł… di dalam hadits di atas tidak menggambarkan kondisi gelap gulita tersebut berakibat sekedar “di waktu pagi berbuat kebaikan dan di waktu sore berbuat kejahatan”. Sebab jika demikian penggambarannya, masih lebih ringan. Sebab betapapun seseorang melakukan kejahatan, ia masih mungkin dipandang tetap memiliki iman. Sedangkan Nabi ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ Łˆ Ų³Ł„Ł… jelas-jelas menggambarkan bahwa kegelapan akibat rangkaian fitnah tersebut berakibat “seorang laki-laki di waktu pagi mukmin dan di waktu sore telah kafir, dan di waktu sore beriman dan paginya menjadi kafir”. Wa na’udzu billahi min dzaalika...! gambarkan di dalam hadits di atas. Laksana malam yang gelap gulita. Fitnah (ujian) telah meliputi segenap aspek kehidupan modern. Dan derajat fitnah tersebut sedemikian rupa sehingga potensial menyebabkan seorang muslim sulit memelihara ke-istiqomahannya. Pagi masih dinilai Allah
Mari kita lihat contohnya. Sebut saja Pembatal Keislaman nomor empat dan nomor sembilan. Pembatal Keislaman nomor empat di dalam buku MTS (Murtad Tanpa Sadar) ialah “Meyakini Bahwa Selain Petunjuk Nabi Muhammad ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ Łˆ Ų³Ł„Ł… Lebih Sempurna Daripada Petunjuknya”. Sedangkan Pembatal Keislaman nomor sembilan ialah “Meyakini Bahwa Manusia Boleh Keluar Dan Tidak Mengikuti Syariat Allah Ų³ŲØŲ­Ų§Ł†Ł‡ Łˆ ŲŖŲ¹Ų§Ł„Ł‰ dan RasulNya ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ Łˆ Ų³Ł„Ł… ”.
Sungguh, tidak sedikit muslim di era modern ini yang terjatuh kepada dua perkara di atas. Mereka masih menaruh harapan kepada petunjuk, panduan, isme, ideologi, bimbingan hidup, sistem hidup atau falsafah hidup selain yang bersumber dari Allah Ų³ŲØŲ­Ų§Ł†Ł‡ Łˆ ŲŖŲ¹Ų§Ł„Ł‰ dan RasulNya ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ Łˆ Ų³Ł„Ł… . Lalu mereka memperlakukan berbagai petunjuk tersebut seolah setara bahkan lebih baik dan lebih sempurna daripada ajaran Al-Islam. Mereka meragukan Al-Islam sebagai pemersatu keanekaragaman ummat manusia lalu meyakini ada selain Al-Islam yang dapat memainkan peranan pemersatu tersebut. Seolah mereka mengabaikan kesempurnaan ajaran atau syariat Allah Ų³ŲØŲ­Ų§Ł†Ł‡ Łˆ ŲŖŲ¹Ų§Ł„Ł‰. Lalu menaruh kepercayaan akan kesempurnaan ajaran atau isme lainnya. Padahal di dalam Al-Qur’an dia membaca ayat Allah Ų³ŲØŲ­Ų§Ł†Ł‡ Łˆ ŲŖŲ¹Ų§Ł„Ł‰ yang berbunyi:
Ų§Ł„ْŁŠَŁˆْŁ…َ Ų£َŁƒْŁ…َŁ„ْŲŖُ Ł„َŁƒُŁ…ْ ŲÆِŁŠŁ†َŁƒُŁ…ْ ŁˆَŲ£َŲŖْŁ…َŁ…ْŲŖُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁƒُŁ…ْ Ł†ِŲ¹ْŁ…َŲŖِŁŠ ŁˆَŲ±َŲ¶ِŁŠŲŖُ Ł„َŁƒُŁ…ُ Ų§Ł„Ų„Ų³ْŁ„Ų§Ł…َ ŲÆِŁŠŁ†ًŲ§
“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu.” (QS. Al-Maidah [5] : 3)

Salah satu faham modern yang dewasa ini secara gencar dikampanyekan oleh masyarakat Barat (baca: kaum Yahudi dan Nasrani) ialah Pluralisme. Sebagian besar penghuni planet bumi dewasa ini telah terpengaruh dan percaya kepada faham tersebut. Mereka memandangnya sebagai sebuah faham yang baik dan positif. Bahkan faham ini telah dipandang sebagai indikator kemajuan atau kemodernan seseorang atau bahkan suatu bangsa. Memang, pada tahap awal, Pluralisme mengajarkan suatu hal yang baik yaitu keharusan setiap orang agar menghormati orang lain apapun latar belakang agama dan keyakinannya. Sampai di sini kita tidak punya masalah dengan ajaran ini. Bahkan Islam-pun menganjurkan kita untuk berlaku demikian. Tetapi persoalannya, Pluralisme tidak menerima jika seseorang hanya sebatas memiliki sikap seperti itu. Ia menuntut setiap orang agar mengembangkan “sikap modern” sedemikian rupa sehingga tanpa ragu dan bimbang rela berkata: “Semua agama baik. Semua agama sama. Semua agama benar.” Nah, jika seorang muslim sampai rela mengeluarkan kata-kata seperti itu, barulah ia benar-benar diakui sebagai seorang penganut Pluralisme. Barulah ia akan diberi label “muslim modern” dan “muslim moderat” oleh masyarakat dunia, khususnya masyarakat barat.

Apa masalahnya bila seorang muslim berkata: “Semua agama baik. Semua agama sama. Semua agama benar”? Saudaraku, ungkapan seperti itu menunjukkan bahwa yang mengucapkannya tidak setuju dengan beberapa ayat di dalam Kitabullah Al-Qur’anul Karim. Padahal ketidaksetujuan seseorang akan isi Al-Qur’an menunjukkan bahwa dirinya meragukan kebenaran fihak yang telah mewahyukannya, yaitu Allah Ų³ŲØŲ­Ų§Ł†Ł‡ Łˆ ŲŖŲ¹Ų§Ł„Ł‰ . Padahal tidak ada satupun firman Allah Ų³ŲØŲ­Ų§Ł†Ł‡ Łˆ ŲŖŲ¹Ų§Ł„Ł‰ yang mengandung kebatilan. Subhaanallah...! Seluruh isi Al-Qur’an sepatutunya diterima oleh setiap orang yang mengaku muslim sebagai kebenaran mutlak, karena ia merupakan Kalamullah (ucapan-ucapan Allah Ų³ŲØŲ­Ų§Ł†Ł‡ Łˆ ŲŖŲ¹Ų§Ł„Ł‰). Sehingga setiap malam saat sholat tahajjud Nabi Muhammad ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ Łˆ Ų³Ł„Ł… selalu membaca doa yang sebagian isinya berbunyi
:
Ų£َŁ†ْŲŖَ Ų§Ł„ْŲ­َŁ‚ُّ ŁˆَŁˆَŲ¹ْŲÆُŁƒَ Ų§Ł„ْŲ­َŁ‚ُّ ŁˆَŁ„ِŁ‚َŲ§Ų¤ُŁƒَ Ų­َŁ‚ٌّ ŁˆَŁ‚َŁˆْŁ„ُŁƒَ Ų­َŁ‚ٌّ
“...(Ya Allah) Engkaulah Al Haq (Yang Maha Benar), dan janji-Mu haq (benar adanya), dan perjumpaan dengan-Mu adalah benar dan firman-Mu benar...” (HR. Bukhari, No 1053)

Maka seorang muslim yang termakan oleh faham Pluralisme sehingga melontarkan kalimat-kalimat batil seperti di atas sungguh potensial terjangkiti virus MTS. Sebab ia sekurang-kurangnya telah menolak tiga ayat Al-Qur’an. Ia telah memandang dirinya lebih cerdas daripada Allah Ų³ŲØŲ­Ų§Ł†Ł‡ Łˆ ŲŖŲ¹Ų§Ł„Ł‰ Yang Maha Tahu dan Maha Benar pengetahuannya. Ketiga ayat tersebut ialah:
Ų„ِŁ†َّ Ų§Ł„ŲÆِّŁŠŁ†َ Ų¹ِŁ†ْŲÆَ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ų§Ł„ْŲ„ِŲ³ْŁ„َŲ§Ł…ُ
“Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam.” (QS. Ali Imran [3] : 19)
ŁˆَŁ…َŁ†ْ ŁŠَŲØْŲŖَŲŗِ ŲŗَŁŠْŲ±َ Ų§Ł„ْŲ„ِŲ³ْŁ„َŲ§Ł…ِ ŲÆِŁŠŁ†ًŲ§ ŁَŁ„َŁ†ْ ŁŠُŁ‚ْŲØَŁ„َ Ł…ِŁ†ْŁ‡ُ ŁˆَŁ‡ُŁˆَ ŁِŁŠ Ų§Ł„ْŲ¢َŲ®ِŲ±َŲ©ِ Ł…ِŁ†َ Ų§Ł„ْŲ®َŲ§Ų³ِŲ±ِŁŠŁ†َ
“Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (QS. Ali Imran [3] : 85)
Ų±ُŲØَŁ…َŲ§ ŁŠَŁˆَŲÆُّ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ ŁƒَŁَŲ±ُŁˆŲ§ Ł„َŁˆْ ŁƒَŲ§Ł†ُŁˆŲ§ Ł…ُŲ³ْŁ„ِŁ…ِŁŠŁ†َ
“Orang-orang yang kafir itu seringkali (nanti di akhirat) menginginkan, kiranya mereka dahulu (di dunia) menjadi orang-orang muslim.” (QS. Al-Hijr [15] : 2)

Bagaimana mungkin seorang muslim yang pernah membaca ketiga ayat di atas, sambil mengaku beriman akan Al-Qur’an sebagai kumpulan firman Allah Ų³ŲØŲ­Ų§Ł†Ł‡ Łˆ ŲŖŲ¹Ų§Ł„Ł‰ Yang Maha Tahu dan Maha Benar pengetahuannya, lalu akan dengan ringannya tega melontarkan kata-kata: “Semua agama baik. Semua agama sama. Semua agama benar”?

Coba perhatikan cuplikan diskusi yang sering terjadi di sekitar kita. Ada beberapa orang sedang mendiskusikan soal perselisihan antar dua kelompok berbeda agama yang terjadi di tengah masyarakat. Yang satu kelompok kaum muslimin, sedangkan yang satu lagi kelompok kaum non-muslim. Lalu masing-masing fihak mempertahankan argumennya masing-masing. Akhirnya suasana diskusi menjadi panas dan hampir tidak terkendali. Tiba-tiba salah seorang di antara mereka melontarkan sebuah upaya menenteramkan situasi dengan melontarkan kata-kata: “Sudahlah tenman-teman. Marilah kita ingat selalu bahwa kita ini kan satu bangsa. Agama boleh berbeda. Tapi kita kan tetap satu bangsa. Toh, setiap agama kan maksudnya baik. Tujuannya mulia. Dan semuanya kan menuju tujuan yang sama yaitu Tuhan Yang Maha Esa. Kenapa sih kita tidak bisa saling memahami dan bersikap toleran?”
Bukankah contoh kasus di atas merupakan suasana yang sangat sering kita temui di dalam kehidupan sehari-hari kita? Dan diskusi hangat dengan akhir seperti itu kian hari kian mudah kita temui belakangan ini. Kasus dan pelaku perselisihan boleh berbeda, tapi ujung akhir penyelesaiannya kurang lebih sama. Yaitu mengakui bahwa setiap agama punya maksud yang sama dan baik. Benarkah demikian? Kalaulah semua agama punya maksud dan tujuan yang sama dan baik, lalu mengapa kita harus memilih Al-Islam? Mengapa kita tidak pilih yang lainnya saja? Bukankah Islam secara praktek lebih rumit dan menuntut pengorbanan dibandingkan yang lainnya? Islam mewajibkan setiap muslim sholat beribadah kepada Allah Ų³ŲØŲ­Ų§Ł†Ł‡ Łˆ ŲŖŲ¹Ų§Ł„Ł‰ sekurangnya lima kali sehari-semalam. Islam mewajibkan setiap satu tahun sekali selama sebulan penuh muslim menahan rasa lapar, dahaga dan berhubungan suami-istri di siang hari. Mengapa tidak kita pilih agama lainnya yang lebih sederhana dan ringan? Artinya, pandangan yang mengatakan bahwa semua agama bermaksud “sama dan baik” mengingkari statement Allah Ų³ŲØŲ­Ų§Ł†Ł‡ Łˆ ŲŖŲ¹Ų§Ł„Ł‰ yang berfirman:
Ų„ِŁ†َّ Ų§Ł„ŲÆِّŁŠŁ†َ Ų¹ِŁ†ْŲÆَ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ų§Ł„ْŲ„ِŲ³ْŁ„َŲ§Ł…ُ
“Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam.” (QS. Ali Imran [3] : 19)
ŁˆَŁ…َŁ†ْ ŁŠَŲØْŲŖَŲŗِ ŲŗَŁŠْŲ±َ Ų§Ł„ْŲ„ِŲ³ْŁ„َŲ§Ł…ِ ŲÆِŁŠŁ†ًŲ§ ŁَŁ„َŁ†ْ ŁŠُŁ‚ْŲØَŁ„َ Ł…ِŁ†ْŁ‡ُ ŁˆَŁ‡ُŁˆَ ŁِŁŠ Ų§Ł„ْŲ¢َŲ®ِŲ±َŲ©ِ Ł…ِŁ†َ Ų§Ł„ْŲ®َŲ§Ų³ِŲ±ِŁŠŁ†َ
“Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (QS. Ali Imran [3] : 85)
Realitasnya dewasa ini sangat mudah kita jumpai di sekeliling kita kaum muslimin yang melontarkan kata-kata batil seperti di atas. Astaghfirullahal ‘azhiem. Allahummagh fir lil muslimin wal muslimat. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kaum Muslimin dan Muslimat. Laa haula wa laa quwwata illa billah...!
Ya Allah, lindungilah kami dari virus penyakit murtad tanpa sadar di era modern penuh fitnah ini. Amiin. Amiin ya Rabbal ‘aalamiin.
Ų§Ł„Ł„Ł‡Ł… Ų„Ł†ŁŠ Ų£Ų¹ŁˆŲ°ŲØŁƒ Ł…ِŁ†ْ Ų¬َŁ‡ْŲÆِ Ų§Ł„ْŲØَŁ„َŲ§Ų”ِ ŁˆَŲÆَŲ±َŁƒِ Ų§Ł„Ų“َّŁ‚َŲ§Ų”ِ ŁˆَŲ³ُŁˆŲ”ِ Ų§Ł„ْŁ‚َŲ¶َŲ§Ų”ِ ŁˆَŲ“َŁ…َŲ§ŲŖَŲ©ِ Ų§Ł„ْŲ£َŲ¹ْŲÆَŲ§Ų”ِ
“Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari cobaan yang memayahkan, kesengsaraan yang menderitakan, takdir yang buruk dan cacian musuh.” (HR. Bukhari, No. 5871

Wednesday, April 13, 2011

SPIRITUAL READING

Dua hari lepas saya ke Kedai Jendela Ilmu bersama isteri, tujuannya nak beli Quran yang bertajwid, tetapi terpandang buku comel bertajuk "Spiritual Reading" tulisan Dt. Raghib As Sirjani penulis buku " Misteri Solat Subuh". Nipis je lebih  kurang 183 muka surat.

Seronok juga bila membacanya. Sangat menarik, sebab penulis berhujah menyakin saya bahawa satu kesilapan apabila kita katakan; Hobi saya membaca!  Sebabnya membaca itu adalah perintah dari Allah, bukan sambil lewa terapi arahan dan perintah. Kalan kakitanga awam, bila terima surat rasmi akan terteralah di atas  tandangan bos kita; "Saya Yang Menurut Perintah".

Tetapi kenapa dengan Pencipta Yang Menghidupkan dan Mematikan kita, perintahNya dipandang sepi sahaja. MasyaAllah. Apa yang menariknya, perbandingan tahap pembacaan di kalangan bangsa-bangsa di dunia. Seorang Jepun membaca 40 buah buju setahun. Orang Eropah membaca 10 buah buku setahun.. Orang Arab membaca 20 muka surat setahun. Subhanallah!!!

Orang Melayu tak pasti. Bila mengimbas kembali pengalaman menjadi pendidik sepenuh masa hampir 36 tahun, rumusan yang boleh saya buat ialah, saya gagal untuk memperngaruhi murid-murid saya agar berminat membaca. Hatta, empat orang anak saya, dua dah graduate dua nasih belajar tidak berminat membaca buku-buku tambahan. Mungkin mereka rasa dah penat sewaktu belajar dahulu.

Sekarang, anak-anak berlumba-lumba belajar nak dapatkan 5A, 12A dan berapa banyak A. Cikgu-cikgu,ibubapa tertekan. Tusyen, siang malam, pagi petang. Sehingga belajar sudah tidak menyeronokkan. sambung lagi .....

Tuesday, April 12, 2011

SAMBUTAN YANG LUAR BIASA


Pagi jumaat lepas saya sungguh terkejut apabila balik dari Masjid Terapung selepas menunaikan solat subuh, melihat  barisan panjang lebih seratus meter di hadapan rumah saya, dianggarkan lebih 200 orang berbaris panjang untuk mengambil nombor giliran bagi pertemuan dengan Tuan Haji Lokman dan Asraf Muslim, pengamal Perubatan Al Quran Al Hidayah.

Saya panik kerana baki nombor yang tinggal untuk berubat pada 8 dan 9 April hanya berbaki tak sampai 60 nombor, sudah ada tempahan hampir 200 orang pesakit dari Kelantan, Kuantan dan Terengganu.

Macam-macam sungutan dan rungutan yang saya terima terutama daripada mereka yang telah menunggu seawal jam 6.00 pagi, tetapi mendapat nombor yang lebih daripada 100. Apa boleh buat, saya terpaksa mengeluarkan nombor untuk temujanji pada 14 May 2011, dengan harapan mereka tidak merasa kecewa dan hampa.

Itulah gambaran pada jumaat 8 April baru-baru ini. Macam-macam komen dan saranan untuk memperbaiki sistem tempahan nombor ini. Akhirnya saya bersetuju mulai bulan May tiada lagi sesi beratur untuk mengambil nombor. Tempahan boleh dibuat melalui telepon dan tempahan akan dibuka tanpa had. Bermakna boleh buat tempahan tetapi tarikh temu janji mungkin pada bulan-bulan yang berikutnya berdasarkan kekosongan. Selesai masalah untuk beratur.

Persoalannya sekarang saya sentiasa pula menerima panggilan telepon tanpa mengira waktu. Sehingga nak buat buang air kecilpun tak senang.

Walau bagaimanpun saya bersyukur kehadrat Allah, masyarakat sudah mula yakin dan menerima perubatan alternatif dengan al Quran. Dakwah melalui perubatan yang cuba disebarkan oleh Tuan Haji Lokman dan Asyraf Muslim sudah mendapat tempat di hati masyarakat. Alhamdulillah.

Dua malam berturut saya tidur hampir jam 4.00 pagi kerana memenuhi temujanji pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan. Seronok juga bila berhadapan dengan pelbagai tetlatah pesakit yang pelbagai golongan ini.

Seperkara yang suka saya kongsikan dengan pembaca ialah beberapa penemuan yang menakjubkan. Satu kes, dua beradik (wanita) yang mengidap cancer payu dara, yang tua berusia hampir 65 tahun tidak pernah mendapt rawatan daripada Hospital tetapi telah berubat dengan Tuan Haji Lokman masuk kali yang ketiga, begitu juga adiknya mengidap cancer payu dara berusia 55 tahun sedang menjalani kimotherapy di Hospital, juga menjanlani dengan Haji Lokman. Kakaknya masih ada sel cancer tetapi tidak aktif begitu juga adiknya mengidap cancer tetapu aktif.

Ajaibnya, wanita yang berusia 65 tahun punyai rutin hidup dengan solat tahajud, solat dhuha, selalu baca Quran dan berzikir. Walaupun mengidap cancer tetapi kelihatan segar dan sihat tanpa merasai kesakitan. Manakala adknya menjalani rawatan di Hospital serta mengikuti rawatan Al Quran, sel cancer masih aktif. Inilah satu penemuan yang menakjubkan. Benarlah apa yang Allah peringatkan kita melalui ayat  al-Isra': 82:
”Dan Kami turunkan daripada al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar
dan rahmat bagi orang yang beriman”.

Manakala dalam surah Fussilat:44 pula terdapat firman Allah yang bermaksud :
”Katakanlah bagi mereka yang beriman, al-Quran itu adalah petunjuk dan
penawar bagi mereka yang beriman. Mereka yang tidak beriman, pada
telinga mereka ada sumbatan, sedangkan al-Quran itu sesuatu kegelapan
bagi mereka. Mereka ini adalah seperti orang yang dipanggil dari tempat
yang jauh.”

Lebih 250 orang menjalani rawatan dengan Tuan Haji Lokman dan Asyraf Muslim selama 1 hari dua malam di rumah saya pada 8 dan 9 April baru-baru ini. Itupun masih ada yang kecewa kerana tak sempat untuk berubat. Apa boleh buat, permintaan terlalu tinggi sedangkan tenaga yang ada tak mampu hendak memenuhi permintaan. IsnyaAllah bulan depan tarikh temujanji pada 14 Mei 2011, itupun sudah hampir 200 orang pesakit yang ada temujanji dan pesakit baru.

Saya mohon maaf kepada pengunjung rumah saya yang terpaksa menunggu lebih dari dua tiga jam hanya untuk sesi pertemuan yang tak sampai 10 minit.

"Sesungguhnya bagi setiap penyakit itu ada ubat. Maka apabila ubat itu serasi dengan penyakit, ia akan sembuh dengan izin Allah 'azza wajalla" (Riwayat Muslim dari hadis Abi Az-Zubair dari jabir dari Rasulullah).

Sunday, April 3, 2011

Menjana robot atau membentuk insani?

oleh ELVIZA
Sinar Harian 3/30/2011 7:48:21 AM
“Sudah hampir seminggu dia begitu, sejak keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). keluar.” Keluh rakan saya, hambar. Anak perempuan kesayangan merajuk enggan makan atau minum, cuma mahu bersendirian, mengunci diri di bilik dalam isolasi mutlak (mogok sebenarnya). Marahkan diri sendiri, si manis 17, merajuk dengan dunia apabila hampir semua rakan sekelas – di sebuah sekolah berasrama penuh terbaik di Selangor – mendapat 10 atau 11A, sementara dia pula hanya mendapat 8A dan 2B.
Aduh, dunia ini kenapa?
Anak semuda itu jadi penasaran kerana tidak meraih ‘A’ dalam setiap mata pelajaran yang diambil? 8A itu corot? Kalau suatu hari dia mahu keluar dari bilik, saya akan peluk dia kuat-kuat, seraya memberitahu: “hidup ini bukan setakat mengejar kecemerlangan akademik semata.” Salah siapa sekarang?
Sistem pendidikan negara perlu diolah semula. Kalau disamakan dengan kereta, boleh dikatakan sistem pendidikan negara memerlukan total overhaul. Apa yang jelas, sistem itu sekarang terlalu berteraskan pencapaian akademik. Kaut A sebanyak mungkin di kantung – itu sahaja. Ibu bapa juga jadi terikut-ikut, lalu mendorong anak-anak taksub mengejar kecemerlangan akademik.
Apa yang kita alpa, kesan sistem pendidikan begini hanya akan melahirkan robot, bukannya insan bersemangat kental, yang dilengkapi pula dengan daya fikir kritikal. Kalau cara ini dikekalkan, kita hanya akan menjana robot-robot bagus akademik dan berdisiplin tinggi seperti negara jiran di selatan tanah air. Pohon maaf, robot-robot ini tidak berjiwa.
Bukan saya menafikan peranan akademik dalam sistem pendidikan negara. Anak-anak cemerlang pelajaran, lazimnya akan menjadi seorang yang lebih tinggi keyakinan diri dan sentiasa mahu berlumba-lumba untuk menggapai pencapaian lebih baik.
Namun pembangunan insani, bagaimana? Kemahiran hidup, daya berinteraksi sesama manusia secara efektif, kemampuan menangani masalah kehidupan, kesihatan mental dan pembangunan jiwa mereka, bagaimana?

Falsafah pendidikan negara – jika tidak terkhilaf pembacaan saya - berhasrat untuk menjadi wahana dalam membentuk individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan fizikal. Sayang sekali, apa yang kita dapat sekarang hanyalah robot-robot yang terganggu emosi apabila slip keputusan tidak tercetak dengan abjad ‘A’ dalam semua mata pelajaran. Tiada keseimbangan sama sekali. Hanya kecemerlangan akademik yang ditekankan, cabang-cabang lain kucar-kacir tanpa pemuliharaan.

Dalam mencari keseimbangan insani, pelajar-pelajar kita harus digalakkan berfikir di luar lingkungan bilik darjah dan buku teks. Aktiviti luar kurikulum dan pendedahan dalam bidang seni serta rohaniah juga mesti diwajibkan.

Dengan cara ini pelajar kita akan mencapai tahap keyakinan yang lebih bagus, berpengetahuan tinggi dan mempunyai kemahiran luar-akademik seperti lebih berdaya kepimpinan, mampu berfikir secara analitis, berdaya saing dengan sihat, cekap berpidato, mahir linguistik dan cintakan bidang seni pilihan masing-masing.

Apabila tanggungjawab dan disiplin bergabung dengan pencapaian akademik, barulah terdidik seorang insan, bukannya robot.
Secara peribadi, sistem pendidikan yang saya lalui juga masih boleh diperbaiki. Walaupun cenderung ke arah linguistik dan kesusasteraan, ketika di sekolah menengah, saya diwajibkan untuk menjadi pelajar aliran sains.

Sebenarnya ketika zaman saya di MRSM dulu, kesemua pelajar wajib menjadi pelajar aliran sains, tiada tempat untuk sastera atau seni di maktab. Bila jurusan undang-undang dipilih semasa masuk ke menara gading, barulah saya bebas dari subjek seperti kimia, biologi dan matematik tambahan. Lega sungguh rasanya!

Mungkin apa boleh disimpulkan di sini, pelajar harus digalakkan mengikut kecenderungan dan minat masing-masing. Apabila mereka sudah minat, lalu ditambah pula dengan galakan dari sistem pendidikan dan ibu-bapa, mereka mampu menjadi cendekiawan hebat dalam bidang tersendiri.

Sekali lagi saya tegaskan di sini, saya tidak menafikan kepentingan akademik dalam mencari kecenderungan seseorang pelajar. Tetapi, keputusan peperiksaan tidak boleh dijadikan batu asas dalam mengukur karakter dan kekuatan mental seseorang.

Saya punya ramai kawan yang tidak cemerlang akademik, tetapi tetap mempunyai kehidupan pasca persekolahan yang stabil dari sudut ekonomi, rohani dan jasmani. Setiap orang yang punya mimpi, lazimnya juga punya potensi untuk merealisasikan mimpi itu.
Kalau mengikut cara ibu-bapa saya mendidik anak, saya tidak pernah dipaksa untuk membaca, apalagi untuk membawa pulang 10A dalam peperiksaan. Walaupun akademik ditekankan, istilah paksaan tidak pernah wujud. Cara itu saya rasa terbaik, kerana sehingga kini saya masih mencintai ilmu dan membaca itu sudah jadi seperti bernafas, makan dan tidur sahaja. Anak-anak kita pelopor masa depan, tersalah didik kelak kita ketinggalan. 

Mengenang kata-kata pujangga Amerika, Robert Frost, dalam sajak ulung beliau bertajuk, The Road Not Taken: Jalan yang tidak selalu dirintis itu, jika tegar diterokai, pasti lebih banyak pelajaran dan pengalaman yang boleh ditimba. Fikir-fikirkan selalu.
• Elviza juga seorang peguam yang mencintai sastera dan seni. Temui beliau di http://twitter.com/elviza

Ku Li: Dedah video seks bukan budaya Melayu, Islam

Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini membidas pihak yang mendalangi video lucah untuk menjatuhkan pemimpin pembangkang. Katanya, rakyat akan menolak "politik kotor' sebegitu untuk mengalihkan tumpuan mereka daripada isu-isu nasional yang jauh lebih penting.

NONE
"Ini orang panggil gutter politics, politik longkang (dan digunakan) bila sudah tidak ada modal lagi. Ia timbul sebab polisi dan dasar yang diperjuangkan sudah tidak laku dan rakyat nampak tidak menerimanya.

“Oleh kerana itu (mereka) main politik kotor menyerang seseorang dengan harapan rakyat ketepikan hal seumpama itu. Ini bukan politik," kata mantan menteri kewangan dan bekas naib presiden Umno itu.

Dalam wawancaranya di
TV Selangor, Tengku Razaeligh yang juga dikenali 'Ku Li' menegaskan rakyat, khususnya masyarakat Melayu, menolak cubaan mana-mana pihak menyerang keperibadian pihak lain semata-mata untuk mencari kelebihan politik.

"Saya tak fikir rakyat terima hal (video seks) ini. Kalau tengok kes Anwar yang pertama tahun 1998, rakyat tidak terima. Usung tilam, bantal semua, tak ada orang terima. Saya masih ingat semasa saya adakan majlis dialog di Gua Musang. Orang cakap. Ni Melayu ke ni? Malulah.


"Perkara ini tak patut didedah kepada orang ramai. Jadi itu tunjukkan orang tak faham politik pun menolak benda macam ni. Saya rasa (video seks) ini salah langkah," katanya.

NONEMenurut Razaleigh biarpun pihak yang mendalangi video seks itu berjaya menjatuhkan Anwar dan mencapai kemenangan politik, ia tidak bermakna dalam konteks kemuliaan tamadun negara itu sendiri.

"Kenapa kita nak amalkan ini semua kerana politik? Jika berpolitik sebegini, kalau kita menang pun, tidak ada maruah, tidak ada nilai, jadi tidak guna kita menang pun kalau kita guna cara buruk dan keji untuk mendapat tempat. Saya rasa rakyat pun tak dapat terima dengan baik," katanya.

Bukan budaya Melayu, Islam

Tiga individu - bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay mengaku mendalangi penayangan video itu kepada wartawan terplih pada 21 Mac lalu.


azlan
Mereka mendakwa rakaman itu menunjukkkan seorang pemimpin kanan pembangkang yang mirip Anwar sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Februari.

Anwar kemudiannya membuat laporan polis bagi membolehkan polis menyiasat siapa pelaku dalam rakaman itu.


Pada sidang mediannya, ketua umum PKR itu menjelaskan pada malam adengan rakaman itu, beliau di rumah bersama ahli keluarga dan kakitangannya serta berinteraksi dengan kenalan menerusi Twitternya.


Razaleigh berkata perbuatan mencantas ahli politik dengan taktik-taktik keji seperti menayangkan video seks "bukan budaya" Melayu mahupun Islam kerana ia amat keji.


azlan
"Saya tak tahu di mana kita belajar perkara ini. Di Amerika pun orang kata politiknya kotor. Saya rasa ia bergantung pada kita. Rakyat Malaysia punya tamadun dan budaya yang baik, kenapa kita hendak ikut budaya tak baik.

"Apatah lagi bagi orang Melayu Islam, tak patut kita lakukan benda yang jijik yang dipandang rendah oleh orang. (Apa guna) kita buat perkara yang hina di sisi masyarakat," tegas beliau.


Semalam, Ketua Polis Negara Ismail Omar membuat pengumuman bahawa video itu adalah tulen namun tidak mengulas sama ada pelakunya dikenal pasti.

Kenyataan Ketua Polis Negara itu menimbulkan pelbagai kecurigaan kerana adalah difahamkan polis tidak mengambil keterangan daripada pihak-pihak yang relevan untuk memperakukan keterangan Anwar sebelum ini.


sumber : http://www.malaysiakini.com/news/160415
 

Friday, April 1, 2011

Dosa Mungumpat Hanya Boleh Diampun Oleh Mangsa

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan
diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan
mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukan". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan

kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya.

Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.