Sunday, April 24, 2011

PERASMIAN PUSAT RAWATAN ISLAM AL HIDAYAH

Alhamdulillah, sempurnalah dua majlis dalam satu masa. Itulah pengalaman saya bersama Tuan Haji Lokman Abd Hamid, Pengarah Urusan Pusat Rawatan Islam Al Hidayah, Sungai Pusu Gombak. Sebelah pagi lebih kurang jam 9.00 pagi, bermula majlis pertunangan antara Noor Dayana Lokman dengan Mohd Asyraf Muslim.

Pak Uda mewakili keluarga Asyraf, manakala Hj Lokman mewakili keluarga anaknya, Noor Dayana. Saya diminta membacakan doa pembukaan dan doa penutup.

Bermula dengan gimik menyerahkan tepak sirih antara Hj Lokman dengan  Pak Uda, sebagai tanda mula perbincangan. Persetujuan dicapai, dengan jumlah hantaran sama dengan umur ank Hj Lokman, dan penetapan tarikh pernikahan pada 1 Syawal di Masjidil Haram, InsyaAllah. Jika dizinkan, saya juga akan turut serta.

Uapacara pertunangan ini mendapat liputan daripada TV9, selama 7 minit. Majlis sarung cincin oleh mak saudara Asyraf mendapat liputan TV. Begitu juga perbincangan akhir juga disiarkan juga.

Selesai majlis pertunangan tersebut, mulai jam 11.30 pagi tetamu untuk Majlis Perasmian Pusat Rawatan Islam Al Hidayah mula memenuhi ruang khemah yang disediakan. Rami juga bekas pesakit Tuan Haji Lokman turut hadir, rakan-rakan kakitangan BSKL turut hadir. Lebih jurang jam 12,00 tengah hari YB Dato Seri Khaled Nordon, Menteri Pengajian Tinggi, sampai ke Majlis tersebut. Sejurus kemudian majlis perasmianpun bermula dengan ucapan alu-aluan pengacara majlis saudar Fiitri.

Saya dijemput untuk membaca doa selamat sempena majlis tersebut. Kemudian diikuti dengan ucapan alu-aluan Tuan Haji Lokman Abd Hamid, Pengarah Urusan Pusat Rawatan Islam Al Hidayah. Ucapan beliau ringkas, padat.

Selepas itu diikuti dengan ucapan perasmian Dato Seri Mohd Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi. Selesai ucapan perasmian, beliau menanda tangani papan tanda Pusat Rawatan Islam Al Hidayah. Kemudian gimik melepaskan 99 ekor rama-rama dilakukan oleh Dato Seri. Dan diikuti dengan penyampaian cenderamata kepada YB Menteri oleh ibu kepada Tuan Haji Lokman Abd Hamid, juga mak saudar beliau dan tok saudara Asyraf, juga menyampaikan cenderama kepada Menteri,

Lebih kurang jam 1.15 selesailah majlis perasmian tersebut dan semua jemputan menjamu selera. Saya juga terpaksa bergegas untuk balik ke Kuala Terengganu, sebabnya isteri dan sepeupunya mengajar besok pagi. Kami sampai di Kuala Terengganu lebih kurang jam 9.00 malam.

Saya bersyukur kepada Allah kerana hasrat untuk menjadikan Al Quran sebagai salah satu alternatif perubatan tercapai dan mendapat sambutan yang sungguh luar biasa. Berdakwah melalui perubatan.

No comments:

Post a Comment