Pagi jumaat lepas saya sungguh terkejut apabila balik dari Masjid Terapung selepas menunaikan solat subuh, melihat barisan panjang lebih seratus meter di hadapan rumah saya, dianggarkan lebih 200 orang berbaris panjang untuk mengambil nombor giliran bagi pertemuan dengan Tuan Haji Lokman dan Asraf Muslim, pengamal Perubatan Al Quran Al Hidayah.
Saya panik kerana baki nombor yang tinggal untuk berubat pada 8 dan 9 April hanya berbaki tak sampai 60 nombor, sudah ada tempahan hampir 200 orang pesakit dari Kelantan, Kuantan dan Terengganu.
Macam-macam sungutan dan rungutan yang saya terima terutama daripada mereka yang telah menunggu seawal jam 6.00 pagi, tetapi mendapat nombor yang lebih daripada 100. Apa boleh buat, saya terpaksa mengeluarkan nombor untuk temujanji pada 14 May 2011, dengan harapan mereka tidak merasa kecewa dan hampa.
Itulah gambaran pada jumaat 8 April baru-baru ini. Macam-macam komen dan saranan untuk memperbaiki sistem tempahan nombor ini. Akhirnya saya bersetuju mulai bulan May tiada lagi sesi beratur untuk mengambil nombor. Tempahan boleh dibuat melalui telepon dan tempahan akan dibuka tanpa had. Bermakna boleh buat tempahan tetapi tarikh temu janji mungkin pada bulan-bulan yang berikutnya berdasarkan kekosongan. Selesai masalah untuk beratur.
Persoalannya sekarang saya sentiasa pula menerima panggilan telepon tanpa mengira waktu. Sehingga nak buat buang air kecilpun tak senang.
Walau bagaimanpun saya bersyukur kehadrat Allah, masyarakat sudah mula yakin dan menerima perubatan alternatif dengan al Quran. Dakwah melalui perubatan yang cuba disebarkan oleh Tuan Haji Lokman dan Asyraf Muslim sudah mendapat tempat di hati masyarakat. Alhamdulillah.
Dua malam berturut saya tidur hampir jam 4.00 pagi kerana memenuhi temujanji pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan. Seronok juga bila berhadapan dengan pelbagai tetlatah pesakit yang pelbagai golongan ini.
Seperkara yang suka saya kongsikan dengan pembaca ialah beberapa penemuan yang menakjubkan. Satu kes, dua beradik (wanita) yang mengidap cancer payu dara, yang tua berusia hampir 65 tahun tidak pernah mendapt rawatan daripada Hospital tetapi telah berubat dengan Tuan Haji Lokman masuk kali yang ketiga, begitu juga adiknya mengidap cancer payu dara berusia 55 tahun sedang menjalani kimotherapy di Hospital, juga menjanlani dengan Haji Lokman. Kakaknya masih ada sel cancer tetapi tidak aktif begitu juga adiknya mengidap cancer tetapu aktif.
Ajaibnya, wanita yang berusia 65 tahun punyai rutin hidup dengan solat tahajud, solat dhuha, selalu baca Quran dan berzikir. Walaupun mengidap cancer tetapi kelihatan segar dan sihat tanpa merasai kesakitan. Manakala adknya menjalani rawatan di Hospital serta mengikuti rawatan Al Quran, sel cancer masih aktif. Inilah satu penemuan yang menakjubkan. Benarlah apa yang Allah peringatkan kita melalui ayat al-Isra': 82:
”Dan Kami turunkan daripada al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar
dan rahmat bagi orang yang beriman”.
Manakala dalam surah Fussilat:44 pula terdapat firman Allah yang bermaksud :
”Katakanlah bagi mereka yang beriman, al-Quran itu adalah petunjuk dan
penawar bagi mereka yang beriman. Mereka yang tidak beriman, pada
telinga mereka ada sumbatan, sedangkan al-Quran itu sesuatu kegelapan
bagi mereka. Mereka ini adalah seperti orang yang dipanggil dari tempat
yang jauh.”
Lebih 250 orang menjalani rawatan dengan Tuan Haji Lokman dan Asyraf Muslim selama 1 hari dua malam di rumah saya pada 8 dan 9 April baru-baru ini. Itupun masih ada yang kecewa kerana tak sempat untuk berubat. Apa boleh buat, permintaan terlalu tinggi sedangkan tenaga yang ada tak mampu hendak memenuhi permintaan. IsnyaAllah bulan depan tarikh temujanji pada 14 Mei 2011, itupun sudah hampir 200 orang pesakit yang ada temujanji dan pesakit baru.
Saya mohon maaf kepada pengunjung rumah saya yang terpaksa menunggu lebih dari dua tiga jam hanya untuk sesi pertemuan yang tak sampai 10 minit.
"Sesungguhnya bagi setiap penyakit itu ada ubat. Maka apabila ubat itu serasi dengan penyakit, ia akan sembuh dengan izin Allah 'azza wajalla" (Riwayat Muslim dari hadis Abi Az-Zubair dari jabir dari Rasulullah).
No comments:
Post a Comment