Syahir Sulaiman 23 Apr 2013
|
Maka, panjanglah bicara setiap kita untuk meyakinkan keabsahan ramalan,
sedangkan kerja dan tugasan masih banyak yang tertangguh untuk dilaksanakan.
Masih terpahat amanat untuk memperteguh amal, sebagaimana yang disampaikan oleh
Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kepada petugas pilihanraya PAS di Himpunan
Hijau Ke Putrajaya yang berlangsung di Kedah pada Jun 2012 yang lepas, tiada
pula disuruh kita meramal:
“SELURUH ahli PAS perlu menjadikan
gerakerja dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 sebagai sebahagian daripada jihad dan
ibadah, dengan membetulkan niat melaksanakan tugas dengan penuh istiqamah dan
iltizam, semata-mata mencapai keredaan Allah;
Persiapkanlah diri dengan kesabaran yang
tinggi berdepan pertembungan paling sengit ini, dengan memperkukuhkan jentera
parti daripada peringkat pusat sehingga cawangan dan peti undi. Elakkanlah
khilaf (yang tidak perlu) dan mengutamakan semangat syura dalam membuat
keputusan di setiap peringkat;
Sekiranya PAS dan Pakatan Rakyat diberi
kepercayaan memimpin Malaysia, semua rakyat akan dilayan sama adil sebagaimana
tuntutan Islam, dan seperti yang dipelajari dari Sirah Rasulullah s.a.w. tidak
akan wujud gejala membalas dendam;
Marilah kita, ahli dan penyokong PAS,
terus mempereratkan hubungan dengan Allah SWT dengan bermunajat dan bertawakkal
kepada-Nya bagi memenuhi ciri-ciri golongan yang mendapat pertolongan Allah
SWT;
Saya menyeru ahli PAS mendekati para
pegawai kerajaan termasuk ahli-ahli pasukan keselamatan seperti anggota
tentera, polis dan Rela. Petugas PAS juga perlu mempertingkatkan akhlak
walaupun ketika menghadapi provokasi melampau pihak lawan, agar mereka juga
dapat beralih bersama-sama menyokong perjuangan.”
Saranan ini turut diperkukuh oleh Ketua Pemuda, Ustaz Nasrudin Hassan agar
jentera Pemuda melaksanakan elemen SMART dalam fasa sebegini kritikal:
“Jentera Pemuda PAS di semua peringkat
WAJIB menumpukan semua aktiviti lajnah dan jabatan dalam tempoh kritikal ini
untuk memenangi PRU13 dengan melaksanakan Program Berimpak Tinggi yang dapat
melonjakkan undi gologan muda dan pengundi baru kepada PAS & Pakatan
Rakyat.
Program berimpak tinggi yang saya
maksudkan adalah program-program yang memenuhi kehendak kumpulan sasar dan
menepati objektif parti, dengan apa yang disimpulkan sebagai S.M.A.R.T, iaitu:
SENTUH - merancakkan program Sentuh
Pengundi melalui aktiviti citra anak muda seumpama kegiatan sukan dan rekreasi
(futsal, badminton, permotoran, kayuhan basikal, fotografi, kembara), makanan
(BBQ santai, sembang teh tarik) dan kebajikan (ziarah kemanusiaan, bantuan
bencana);
MAKLUM - melipatgandakan peranan
penerangan & maklumat segar kepada kumpulan sasar, samada secara media
tradisi (kuliah agama, wayang pacak, ceramah kelompok, ceramah umum) mahupun
dengan memaksimakan saluran media baru;
AGENDA - penjelasan setiap satu daripada
agenda Anak Muda Berkebajikan dan Manifesto Pakatan Rakyat kepada masyarakat
awam;
RIBAT - semua jentera pilihanraya Pemuda
di Unit Pengundi Muda (JPRU, JPRD, JPRK, JPRN, JPRP) perlu mantap, bersatu,
erat dan tangkas bergerak mengikut perancangan serta strategi yang telah disusun,
khususnya aktiviti daftar & semak, jejak & khidmat, serta atur &
jemput; dan
TAWAKKAL - mengeratkan Ukhuwwah sesama
kita, sentiasa bertemu dalam sesi usrah dan ziarah, terus memperkukuhkan Hablun
Minallah (hubungan dengan Allah) sebagai senjata yang akan menguatkan semangat
berjuang, tidak mundur, dan memohon pertolongan dari Allah SWT serta
bertawakkal kepada-Nya.”
Justeru, janganlah sibuk meramal kalah atau menang, janganlah juga sibuk
meramal habuan dan jawatan selepas dikurniakan menang. Semoga Allah membantu
kemenangan, yang terbit daripada amal dan keikhlasan. Percayalah, jika PRU13
kita sibuk meramal, pada PRU14 kita pula yang akan diramal.
*Penulis adalah Pengarah Kajian Polisi, Dewan Pemuda PAS
No comments:
Post a Comment