Putrajaya
kawasan berprestij, Husam lah yang secucuk sebagai wakilnya
Pertembungan diantara Husam Musa dan Tengku Adnan di kawasan Parlimen Putrajaya dalam PRU ini amat menarik bagi diri saya untuk membuahkan sedikit komen. Awal-awal bicara saya ini, saya terus terang berkata kalaulah benar-benar pengundi di Putrajaya mahukan seorang wakil yang betul-betul mempunyai ‘attribute’ sebagai seorang wakil yang betul, maka Husam lah orangnya. Jika kita mahukan seorang yang ‘colorful’ dengan berbagai-bagai isu, maka Tengku Adnan lah yang betul.
Husam seorang Naib Presiden PAS dan
tidak mempunyai apa-apa warna yang menjadikan beliau seorang yang boleh
dipersoalkan. Berbeza dengan T Adnan, Husam tidak mempunyai isu yang
membabitkan perjudian atau isu salah laku korporat yang menjejaskan imej sebagai
seorang ahli Dewan Legislatif bagi kawasan yang berprestij seperti Putrajaya
itu.
Jika kita benar-benar memilih
mengikut markah keperibadian, Husam sememangnya jauh lebih bersesuaian untuk
mewakili rakyat Putrajaya. Segala-gala yang ada pada Husam itu semuanya ‘natural’ dan
tidak ditempelkan dengan imej-imej palsu seperti yang ada kepada Tengku Adnan.
Hanya satu yang lebihnya T Adnan dari Husam, iaitu T Adnan
banyak wang ringgitnya. Tengku Adnan mempunyai banyak bisness yang besar-besar
dan semua bisness beliau itu adalah dari kedudukan beliau dalam UMNO selama ini
sehinggalah jawatan beliau sebagai Setiausaha Agong UMNO.
Tengku Adnan berbuat bisness dengan
taikonya Vincent Tan. Tengku Adnan lebih takut kepada Vincent Tan dari pimpinan
tertinggi UMNO itu sendiri. Kita boleh campurkan satu dengan satu atau dua
dengan dua, kita tahu kenapa Vincent Tan begitu berpengaruh dalam kerajaan dan
UMNO itu sendiri.
Justeru
jika rakyat Putrajaya mahukan wakilnya seorang yang seperti T Adnan ini maka
Tengku Adnan lah patut dipilih. Tetapi di sebaliknya jika kita mahukan seorang
wakil Legislatif yang berwibawa dengan keperibadian yang segar secucuk dengan
imej Putrajaya sebagai kawasan induk negara ini, maka Husam Musa lah orang yang
paling tepat dan sesuai untuk mewakili pengundi di Putrajaya. Dari segi
kemaknusiaannya Husam adalah seorang yang secara relatifnya jauh lebih lengkap
dari lawannya itu.
Saya
yang merupakan pengundi di Kuala Pilah tidak dapat memberikan undi kepada
Husam. Jika undi boleh dikirim seperti kita mengirim undi dalam rancangan
Akademi Fantasia, saya akan menghantar undi kepada Husam Musa sebanyak yang
mungkin kerana sokongan terhadap Husam tidak boleh di abaikan jika kita mahukan
perubahan.
Husam
perlu diberikan sokongan samada dengan kerja tubuh seperti berkempen dan merayu
undi atau usaha yang lebih mulia iaitu untuk bermohon terus kehadrat Allah SWT.
Pengundi-pengundi Putrajaya wajar menjolok rahmat dari Allah SWT agar Putrajaya
mendapat seorang wakil yang berprestij imejnya dan jernih wajahnya.
Saya
berdoa agar Husam sentiasa berada di dalam keredhaan Tuhan Maha Esa.
No comments:
Post a Comment