Beberapa minggu lalu, Tengku Razaleigh Hamzah menyebut bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak ada pengaruh lagi untuk memenangkan Datuk Mukhriz Mahathir. Orang tidak mahu dengar Dr Mahathir. Hari ini, pendapat Tengku Razaleigh Hamzah dibuktikan benar. Dr Mahathir tidak ada pengaruh lagi.
Mukhriz kalah lagi. Beberapa tahun
lalu, bila Mukriz lawan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) untuk jawatan ketua
Pemuda, Mukhriz tewas. Maknanya, Dr Mahathir pun tewas.
Nampaknya, Umno tidak mahu dengar
cakap Dr Mahathir lagi. Lebih elok Dr Mahathir menyokong gerakan yang
benar-benar mahu menyelamatkan Malaysia
daripada pemimpin Umno yang tamak haloba. Dr Mahathir boleh menebus segala
salah laku selama 22 tahun jadi PM dengan bersama-sama menyelamatkan Malaysia . Oleh
kerana baka Dr Mahathir hidup lama, maka masih ada masa untuk Dr Mahathir
berbuat demikian.
Ketika round pertama dulu, bab yang Dr Mahathir menang ialah dia berjaya
menghasut meyakinkan ramai pemimpin Umno ketika itu membeloti Pak Lah. Beza Pak
Lah dengan Najib ialah Pak Lah ketika itu selalu tidur. Sama ada disebabkan
suatu penyakit yang Pak Lah kata dia ada atau memang benar Pak Lah suka tidur,
maka Pak Lah tersungkur.
Tapi Najib walaupun lembab , dia
tidak tidur. Najib mahu checkmate pengaruh Dr Mahathir jadi dia buat panggilan
peribadi kepada semua pengerusi perhubungan dan pemimpin Umno tertentu di
peringkat bahagian menyatakan dia mahukan status quo. Bagaimana saya tahu?
Sebab saya bekas ketua penerangan Najib dahulu dan saya tahu memang ini cara
Najib. Hendak buat terang-terangan dia penakut, maka dia buat personal calls.
Dalam perbualan tersebut, Najib akan pujuk dengan pelbagai umpan dan konsesi.
Dr Mahathir pun kalau dia panggil sendiri, apa yang dia boleh tawarkan? Dia
bukan lagi PM yang ada kuasa memati dan menghidupkan.
Semalam Pak Lah bersara daripada politik. Akhirnya Pak Lah yang menang
dan berundur dengan tenang. Pak Lah nyata lebih kuat sebab dia hidup dengan
Jean. Dr Mahathir belum bersara dan hidup berjaga dengan dendam membara. Mulai
hari ini, meriam Dr Mahathir akan menghala kearah Najib.
Orang Umno yang sayang Dr Mahathir terutama dari Sabah yang menyatakan
mereka tetap sayang Dr Mahathir mesti bangkit menyokong Dr Mahathir. Buktikan
perasaan kepada Dr Mahathir lebih kuat daripada perasaan inginkan envelop itu
bah.
Pemilihan Umno sudah pun tamat. Naib presiden penyandang semua menang. 25
orang ahli Majlis Tertinggi (MT) pun dipilih. Orang akan melihat
pengukuhan pengaruh Najib dalam kemenangan tiga penyandang naib presiden Umno. Pemilihan
25 MT lain pula. Ia adalah cerita janji yang diberi dan janji yang serupa
dikhianati. It’s a story of promises given, promises broken. Lebih 60 orang
yang bertanding MT tahu apa yang saya cakapkan.
Lihat penghisaban mudah ini; Jika setiap 146,000 perwakilan mendapat
RM500 daripada setiap penjuru untuk satu tempat MT, maka wang yang diterima
secara konservatifnya ialah RM73 juta. Untuk jawatan Naib presiden jika setiap
perwakilan menerima secara pukul keliling RM1,000, maka RM146 juta. Paling
minima RM200 juta menghujani ke atas perwakilan Umno.
Bagaimana pula kepada skuad ejen calon yang menjelajah semua 191
bahagian Umno terutama untuk calon naib presiden? Setiap calon ada 10 orang
untuk setiap bahagian dan 191 bahagian mempunyai 1,910 operatives. Jika
setiap operatives ini diupah RM2,000 untuk dua minggu kerja, jumlah pembayaran
kasar ialah RM38 juta. Maka secara konservatifnya, jumlah keseluruhannya sudah
mencecah RM238 juta.
Saya tidak akan terkejut jika jumlah wang yang berligar mencecah RM400 juta.
Pemimpin atasan dalam 191 bahagian Umno takkan mahu dibayar RM20,000? Kalau RM1
juta satu bahagian untuk top dogs, sudah RM191 juta. Campur dengan RM238 juta
sudah melebihi RM400 juta. Sebelum pemilihan ini dua minggu lalu, saya
terdengar desas-desus dari kawan Umno saya, bahawa RM600 juta akan hujan rahmat
macam hujan rahmat ke atas peneroka Felda suatu ketika dahulu. Hujan rahmat ini
membasahi juga golongan haram jadah yang tidak menyokong Najib tapi sukakan
kertas gambar Agong terutama yang berwarna ungu tu. Ada envelopnya bah..
Akhirnya yang menang ialah wang. Tidak ada yang demokratik dengan
melibatkan 146,500 perwakilan Umno di seluruh negara. Yang berlaku bukannya
pendemokrasian pemilihan - yang berlaku ialah penaburan wang secara lebih
meluas. Jika dahlulu hanya 2,500 orang sahaja yang berkesempatan dilayani dan
dimanjakan oleh pesaing pemilihan, kali ini, jumlah yang dijamu dan
dilayani bertambah daripada 2,500 kepada 146,000 orang. Kaedah pemilihan kali
ini meningkatkan nilai dan pentingnya ketua bahagian dan pemimpin utama di
bahagian Umno.
Yang bersifat baharu ialah pertambahan pembuat keputusan untuk
menentukan pimpinan dalam parti Umno. Tapi mengharapkan pembaharuan dan
kemajuan berlaku dalam tahun pertama kaedah pemilihan secara electoral college
ini, hanyalah menipu diri sendiri. Saya harap ahli dan pemimpin Umno mengakui
perkara ini. Langkah seterusnya dan cabarannya ialah membenarkan semua 146,000
orang dihitung secara pengundi popular. Ketepikan bloc voting.
Cuba kita perhatikan kenyataan pesaing yang tewas. Kebanyakan menyatakan
bahawa mereka kalah kerana perwakilan menolak mereka kerana mahu melakukan
pembaharuan dan mereka tidak main politik wang. Saya tidak hairan, jika hari
ini dan hari seterusnya, Dr Mahathir akan menyerang kepimpinan Najib sebagai
kepimpinan yang merakyatkan politik wang. Yang berlaku ialah pendemokrasian
politik wang. Ia dilakukan secara lebih meluas. Pemimin Umno yang tidak ada wang, tidak ada peluang langsung dalam politik
Umno.
Tapi ini suatu yang bagus. Ia bermakna, Umno tidak ada masa depan kerana ia
tidak lagi membangun atas prinsip dan sistem nilai. Dalam PRU14 nanti Umno akan
dibelasah lagi teruk.
Kenapa? Sebab yang menang kebanyakannya daripada generasi X dan Y
sedangkan yang akan mengundi dalam tahun 2018 nanti, majoritinya daripada
generasi Z. Anak muda tidak terikat dengan pemikiran sekolah lama yang bercakap
mengenai Melayu terancam dan diancam. Generasi yang tidak terpengaruh dengan
percakapan perkauman, cakap mengajak rakyat berkelahi dan bercakap mengenai
unsur yang memecahbelahkan negara. Generasi Z terdiri daripada pengundi yang
menghitung faedah dan kos, untung dan rugi, generasi yang bercakap mengenai
kebenaran dan kepalsuan, benar atau salah. generasi yang akan membuat keputusan
mengikut right or wrong dan generasi yang mengadili sama ada kamu cekap dan
competent.
Bolehkah Umno menyesuaikan diri dengan persekitaran yang demikian dalam
masa 5 tahun ini? Tidak mungkin. Generasi Z akan menenggelamkan pimpinan
generasi X dan Y Umno sekarang.
Itu menjadikan Umno apa? Ia menjadikan Umno - simply irrelevant dalam
persekitaran generasi Z. – sakmongkol.blogspot.com, 20 Oktober, 2013.
* Penulis atau nama sebenarnya, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz ialah
Ahli Parlimen Raub
No comments:
Post a Comment