Detik Islam
Dari Jabir RA
berkata bahawa Rasulullah SAW. telah memberitahu kami bahawa Malaikat Jibrail
telah memberitahu Rasulullah SAW katanya; “Wahai Muhammad, demi Allah yang
mengutusmu sebagai nabi yang besar, sesungguhnya ada seorang hamba Allah yang
beribadat selama 500 tahun di atas sebuah bukit yang lebar, panjangnya bukit
itu 30 puluh hasta kali 30 hasta dan disekelilingnya ialah air laut yang seluas
4,000 farsakh dari tiap penjuru.”
Dan di situ Allah SWT mengeluarkan air selebar satu jari dan dari bawah bukit
dan Allah SWT juga telah menghidupkan sebuah pohon delima yang setiap hari
mengeluarkan sebiji buah delima. Apabila tiba waktu petang hamba Allah itu pun
memetik buah delima itu dan memakannya, setelah itu ia pun sembahyang. Dalam
sembahyang ia telah meminta kepada Allah SWT supaya mematikannya ketika ia
dalam sujud, supaya badannya tidak disentuh oleh Bumi atau apa-apa saja
sehingga tibanya hari kebangkitan. Maka Allah SWT pun menerima permintaanya.
Berkatalah malaikat lagi; “Oleh itu setiap kali kami naik turun dari langit
kami melihatnya sedang sujud, kami mendapat dalam ilmu bahawa ia akan
dibangkitkan pada hari kiamat dan dihadapkan kepada Allah SWT lalu Allah SWT
menyuruh Malaikat - masukkanlah hambaku itu ke dalam syurga dengan limpah
rahmatku.” Maka berkata orang itu; “Dengan disebabkan amalku?”
Maka Allah SWT
menyuruh malaikat menghitung semua amalnya dengan nikmat yang Allah SWT
berikan. Apabila penghitungan dibuat maka amal yang dibuat oleh orang itu
selama 500 tahun itu telah habis apabila dikira dengan sebelah mata, yakni
nikmat penglihatan yang Allah SWT berikan padanya, sedangkan nikmat-nikmat lain
belum dikira.
Maka Allah SWT berfirman: “Masukkan ia ke dalam neraka”. Apabila ia
ditarik ke neraka maka ia pun berkata: “Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam
syurga dengan rahmatmu.” Lalu Allah SWT berfirman kepada malaikat: “Bawakan
ia ke mari”.
Kemudian Allah SWT bertanya orang itu; “Siapakah yang menjadikan kamu
daripada tidak ada.” Lalu orang itu menjawab; “Engkau ya Allah.” Kemudian Allah
SWT bertanya lagi; “Apakah itu kerana amalmu atau rahmatku?” Jawab orang itu;
“Ya Allah, dengan rahmatmu.”
Allah SWT bertanya lagi; “Siapakah yang memberikan kekuatan sehingga 500
tahun kamu beribadat?” Jawab orang itu; “Engkau ya Allah.”
Allah SWT bertanya lagi; “Siapakah yang menempatkan kamu diatas bukit yang
di tengah-tengah lautan, dan siapakah yang mengeluarkan air tawar yang bersih
dari tengah-tengah lautan yang airnya sangat masin dan siapakah yang
menumbuhkan sebuah pohon delima yang mengeluarkan sebiji delima setiap hari,
padahal buah itu hanya berbuah setahun sekali lalu kamu meminta supaya aku
matikan kamu dalam sujud, jadi siapakah yang membuat semua itu?”
Lalu orang itu berkata; “Ya Allah, ya Tuhanku engkaulah yang melakukanya.”
Allah SWT berfirman; “Maka semua itu adalah dengan rahmatku dan kini aku
masukkan kamu ke dalam syurga juga adalah dengan rahmatku.” Malaikat Jibrail
berkata; “Segala sesuatu itu terjadi hanya dengan rahmat Allah SWT.”
Amal yang dibuat oleh seseorang itu tidak akan dapat menyamai walaupun setitik
debu sekalipun dengan nikmat yang Allah SWT berikan pada hambanya. Oleh itu
janganlah mengharapkan amal kita itu akan dapat memasukkan kita ke dalam syurga
Allah SWT sebaliknya memohonlah dengan rahmatnya.
Hanya dengan rahmat Allah SWT sajalah seseorang itu dapat memasuki
syurganya. Apabila kita memohon kepada Allah SWT supaya dimasukkan ke dalam
syurga dengan rahmatnya maka mintalah supaya Allah SWT memasukkan kita dengan
rahmatnya ke dalam syurga Firdaus.
sumber : http://detikislam.blogspot.com
No comments:
Post a Comment