Berita Harian 2013/10/05
Barakah atau
berkat dalam kalangan masyarakat Melayu ialah pengharapan kepada kebaikan yang
melimpah daripada amalan dilakukan. Perkataan ini tidak pernah didengar oleh
manusia kecuali setelah diturunkan wahyu dari Allah SWT.
Setiap Muslim pasti mengidamkan kehidupan yang penuh keberkatan. Hidup berkat
perlu dijana dan untuk memperolehnya, harta yang diperoleh hasil dari titik
peluh kita itu hendaklah melalui jalan yang diredai Allah SWT.
Menurut Iman
Maghazi al-Syarqawi, hidup penuh berkat dapat direalisasikan dengan mengamalkan
enam sikap dan sifat terpuji iaitu membiasakan sifat malu yang positif.
Siapa yang inginkan kebahagiaan akhirat, hendaklah meninggalkan perhiasan
dunia. Siapa yang sudah melakukan itu semua, bererti telah betul-betul memiliki
rasa malu." Riwayat
Tirmidzi
Malu (al-haya’) boleh membuat seseorang Muslim berhati-hati untuk tidak berbuat
maksiat kepada Allah SWT dan Rasul-Nya.
Rasulullah SAW pernah memberi nasihat kepada sahabatnya: “Hendaklah kalian
merasa malu kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Sahabat berkata:
Alhamdulillah, kami sudah merasa malu kepada Allah, ya Rasul. Rasulullah
berkata: Tidak, kalian belum merasa malu. Orang yang betul-betul merasa malu di
hadapan Allah hendaklah menjaga kepala (berfikiran positif), menjaga perut (makan
makanan dan minuman yang halal dan thayib) dan mengingat mati serta musibah.
Siapa yang inginkan kebahagiaan akhirat, hendaklah meninggalkan perhiasan
dunia. Siapa yang sudah melakukan itu semua, bererti telah betul-betul memiliki
rasa malu.” (Riwayat Tirmidzi)
Bersyukur pula menurut Ibn Qayyim al Jauziyah, syukur adalah puji-pujian dan
pengakuan hamba terhadap nikmat Allah disertai rasa cinta dan ketaatan
kepada-Nya.
Lantaran banyak sangat kurniaan dan kenikmatan yang Allah anugerahkan, ada manusia
yang lalai, tidak sedar diri dan tidak mengenal kebaikan serta kurniaan Allah
kepadanya. Ini menyebabkan Allah
SWT mengingatkan manusia supaya bersyukur kepada-Nya dan memanfaatkan nikmat
itu pada jalan yang diredai-Nya, supaya mereka tidak menjadi orang yang zalim
serta kufur nikmat.
Senyum sedekah paling ringan
Ketiga ialah memelihara tutur kata dan berkomunikasi dengan baik (al-kalam
al-thayyib) kerana komunikasi dan tutur kata yang baik adalah sedekah. Sedekah
yang paling ringan dan mudah adalah memberi senyuman sesama manusia.
Berbakti kepada kedua orang tua kunci kepada keredaan dan kejayaan hidup. Doa
orang tua adalah pintu masuk segala kebaikan dan keberkatan hidup. Tidak ada seorang pun yang dapat
menyangkal jasa ibu bapa dan sewajibnya anak-anak menghormati serta berbakti
kepada orang tua.
Sesungguhnya, 10 anak sanggup dijaga oleh seorang ibu tetapi seorang ibu belum
tentu sanggup dijaga oleh 10 anak.Sekali imbas, kenyataan ini kedengaran agak
janggal tetapi hakikatnya ia pernah berlaku dan kini sering berlaku.
Menghiasi diri dengan sifat qanaah (berpada-pada). Orang yang bersifat qanaah
tidak akan tamak dan tidak mudah tergoda dengan kekayaan duniawi.
Sentiasa berlapang dada
Allah telah memberi kurniaan rezeki kepada seluruh makhluk-Nya tanpa
terkecuali. Rezeki yang diberikan Allah SWT kepada makhlukNya sudah ada sukatan
serta ukurannya dan Allah SWT sendiri yang menentukannya.
Contohnya, kita sama-sama mencari rezeki dan sama-sama berusaha keras tetapi
hasil yang diperoleh berbeza antara satu sama lain. Sifat qanaah menjadikan seseorang itu
berlapang dada dan sentiasa kembali kepada Allah SWT.
Yang terakhir ialah istiqamah dalam berdoa kerana doa adalah kekuatan dan
tenaga spiritual hamba kepada Allah SWT. Dengan doa, seorang Muslim
mengembalikan segala persoalan kepada Allah SWT.
Kesemua ini dapat direalisasikan dengan iman, ilmu, amal dan takwa sebagai
modal untuk meraih keberkatan hidup. Dalam meraih hidup penuh berkat, kita
harus sentiasa mendekatkan diri kepada-Nya sekali gus mendekatkan diri sesama
manusia.
Sesungguhnya, harta yang diberkati Allah SWT akan terus berkekalan dan cukup
untuk membiayai hidup, walaupun jumlahnya sedikit. Hidup penuh berkat menjadi limpahan
kebaikan dan mendapat petunjuk Allah SWT
No comments:
Post a Comment