Minggu lalu
parlimen telah meluluskan pindaan rang undang2 pencegahan jenayah. Parti
pembangkang menentang pindaan ini kerana menyalahi perlembagaan Malaysia dan
berlawanan dengan prinsip rule of law. Kita khuatir Parlimen akan menjadi suatustar
chamber dimana ahli politik
menyegerakan pembentangan undang2 untuk menutup kelemahan mereka sendiri.
Menteri Dalam Negeri dan pihak Polis tidak berupaya mengemukakan bahan
buktian, maka oleh yang demikian mereka mahukan satu undang2 yang memintas dan
menutup kelemahan mereka. Oleh kerana BN mempunyai suara undi yang banyak, maka
pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah diluluskan. Mari kita tengok sama ada
kerajaan memilih milih untuk melaksanakan undang2 ini.
Kalau mengikut
definisi undang2 baru ini, kerajaan patut menangkap Ibrahim Ali dan pertubuhan
Perkasa diharamkan.
Whereas action
has been taken and further action is threatened by a substantial body of
persons both inside and outside Malaysia to cause, or to cause a substantial
number of citizens to fear, organized violence against persons or property;
Demikian
bunyinya mukaddimah pindaan rang undang2 tersebut.
Suatu tindakan
telah diambil dan suatu tindakan diancam oleh orang2 dari pertubuhan untuk
menyebabkan sebahagian masyarakat merasa cemas akan terjadinya kecederaan
kepada orang2 dan harta benda.
Undang2 ini
berkuatkuasa diseluruh Malaysia .
Minggu lalu Ibrahim Ali mewakili Perkasa telah mengancam bahawa orang Melayu
akan merusuh jika agihan kekayaan negara ini tidak diperbetulkan. Kita jangan
lupa yang menyebabkan agihan kekayaan sebegini rupa ialah kerajaan BN. Ibrahim
Ali telah melakukan suatu aksi- yakni mengeluarkan kenyataan yang bersifat
suatu ancaman bahawa orang Melayu yang terpengaruh dengan hasutan puak2
tertentu akan melakukan rusuhan kaum yang akan menyebabkan kemusnahan harta
benda dan nyawa.Zahid Hamidi semasa dalam parlimen bercakap mengenai 'roh' akta
pencegahan jenayah- nah sekarang ini bersegeralah ambil tindakan keatas Ibrahim
Ali, kerana 'roh' kenyataan2 nya ialah menghasut orang Melayu supaya mengamuk
memusnahkan harta benda dan nyawa. Tunggu apa lagi DS Zahid?
BN telah
bulldoze suatu rang2 undang pencegahan jenayah yang memperuntukkan seseorang
dan orang2 ditahan tanpa bicara dan keputusan untuk memenjarai tertuduh
bergantung kepada keputusan suatu board yang dianggotai oleh 3-5 orang.
Sekarang 3 , tapi Wak Zahid kata akan ditambah 2 lagi. Board jenayah atau Crime
Prevention Board ini akan menyandarkan keputusan nya atas lapuran seorang
anggota penyiasat.
Bayangkan zalim
nya undang2 ini- nasib orang yang kena tahan bergantung kepada penyiasatan
seorang angota penyiasat dan pengesahan kena tahan ditentukan bukan oleh
mahkamah, tapi oleh suatu crime prevention board. Ertinya, tangung jawab
menghukum sesorang yang dianggap bersalah oleh pegawai penyiasat dan crime
board diambil alih serta dirampas dari mahkamah.
Inilah masa nya
Zahid Hamidi melaksanakan undang2 Pencegahan Jenayah Pindaan ini.
Kita sokong
hukuman kepada penjenayah mesti setimpal dengan jenayah yang dilakukan. Tapi
biarlah kita hukum mengikut prinsip perundangan bukan jalan singkat.
Namun, oleh
kerana Rang Undang2 itu sudah lulus, kita panjangkan aplikasi prinsip nya dalam
hal2 lain.
Kenapa prinsip
yang sama tidak boleh kita pakai keatas SPRM? Kita lihat tangan
SPRM terikat kerana mereka tidak ada kapasiti pendakwaan. Apatah lagi jika kes2
yang disiasat mereka itu mengundang campur tangan politik.
Kita semua tahu rasuah berleluasa
dalam negara kita pada setiap peringkat. Belian kerajaan merupakan sumber
pertama salahgunakuasa dan penipuan harga. Tapi amat sukar kita buktikan.
SPRM tidak ada kuasa pendakwaan. Semua
ada dalam tangan Peguam Negara yang akan merekomen sama ada bawa kepada
mahkamah atau tidak. Jika Peguam negara tidak puas hati, dan segala hujjah
perundangan boleh dikemukakan, pelaku rasuah boleh lepas dari penjara dan
hukuman. Atau kita berdepan dengan kes, dimana Peguam Negara tidak dapat
diyakini oleh lapuran penyasat kerana penghujjahan dan pembuktian yang lemah. Jika
itu berlaku si perasuah boleh melepaskan diri.
Jadi kita pakai
prinsip yang serupa dari PCA kalau kita serious hendak benteras rasuah. Seperti
PCA kita buangkan Peguam Negara dari equation nya- SPRM menyiasat perlakuan dan
pertuduhan dan jika mereka puas hati, mereka boleh merujukkan kes tersebut
kepada suatu board pencegahan rasuah. Board ini yang dianggotai oleh mereka
yang layak akan rekomen sama ada tertuduh boleh dihukum- penjara atau apa.
Prinsip nya sama seperti dalam PCA. Jika
kerajaan BN serious hendak membasmi kemiskinan dan menjadikan rasuah suatu
perkara sejarah silam, maka suatu rang undang2 ala PCA mesti dibentangkan dalam
parlimen.
Tapi saya gerenti parlimen yang
dikuasai BN akan tidak berani meluluskan rang2 undang2 seperti ini bahkan akan
berhujjah melindungi para perasuah. Jika ada mana2 pihak pembangkang membuat
usul bil persendirian atau cadangan alternative, ianya akan kalahkan oleh suara
majority dari para ahli parlmen BN yang kurang cerdik terutama dari UMNO yang
mengikut Dr Mahathir terdiri dari orang2 bodoh
No comments:
Post a Comment