Guru IT
Bayangkan,
dengan jumlah guru yang mencecah setengah juta, jika sistem teknologi yang
digunakan tidak dapat menampung keperluan yang sepatutnya, tentulah lebih
banyak masalah bakal timbul.
Oleh itu ramai kalangan guru yang meluahkan perasaan dan memberi saranan agar
sistem ini dipertingkatkan. Yang berikut adalah salah satu daripada luahan hati
guru yang terbabit.
Aduan
penggunaan Internet Explorer dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah
Assalamualaikum,
Saya ingin membuat aduan berkenaan dengan Sistem Pengurusan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang di jalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia .
Berikut adalah aduan saya:
1. Sistem SPPBS memaksa guru-guru menggunakan browser Internet Explorer versi
7-9 yang tidak lagi digunakan di kebanyakkan komputer zaman sekarang. Ia
mengandungi banyak 'holes' dan masalah security pada browser yang berbahaya dan
terdedah kepada pengguna sebab boleh disalah guna untuk penyebaran virus dan
malware ketika user online. Takkan beratus-ratus pegawai IT di KPM tidak boleh
mengenalpasti perkara asas seperti ini?
2. Microsoft sendiri tidak menggalakkan penggunaan browser tersebut sekarang.
Bagaimana KPM boleh membuat sistem yang menggunakan teknologi lama dan tidak
compatible kepada hampir semua browser utama (yang lebih selamat) di seluruh
dunia? Sistem tersebut TIDAK BOLEH digunakan di Chrome, Mozilla dan Safari yang
mewakili hampir 80 peratus pengguna komputer di seluruh dunia.
3. Kenapa semasa proses development sistem TIDAK mengambil kira perkara ini
yang menyusahkan ramai pengguna sistem tersebut? Adakah penggunaan Microsoft
Server yang mahal tersebut berbaloi dengan kos sistem tersebut yang jauh lebih
murah menggunakan open sources seperti Linux, Redhat dan sebagainya. Berapa
banyak pembaziran oleh KPM membangunkan sistem yang berpuluh juta ini.
4. Ia juga menyebabkan beribu-ribu pengguna Mac (Apple) langsung tidak boleh
menggunakan sistem ini kerana ia hanya boleh menggunakan Internet Explorer.
5. Selain itu, disebabkan bandwidth laman KPM yang terhad, sistem SPPBS yang
dilaksanakan oleh KPM tersangat perlahan untuk di access oleh beratus ribu guru
di seluruh Malaysia
dalam tempoh yang sama. Ramai guru terpaksa bangun pukul 2-3 pagi semata-mata
nak mengisi markah murid yang langsung tidak dapat di masuki pada sebelah
siang. Ditambah dengan tarikh tutup yang ditetapkan oleh KPM kepada beratus
ribu guru.
Saranan saya :
1. Penambahbaikan sistem dalam stage akan datang yang membolehkan sistem di
access oleh semua browser (compatibility). Semua orang yang develop sistem
benci dan mengelakkan menggunakan Internet Explorer (versi 10 dan ke bawah)
yang developer tahu kelemahannya yang ketara. Tetapi kerajaan menggunakan juga
sistem ini. Semua orang mengelakkan sistem ketinggalan zaman yang masih menggunakan
Internet Explorer pada tahun 2013.
2. Bandwidth server untuk access ke dalam sistem perlu di tambah. Fikirkan
berpuluh ribu guru seluruh Malaysia
access pada masa yang sama terpaksa membuang masa terlalu lama memasukkan data,
tidur lewat malam, bangun awal pagi semata-mata kelemahan sistem ini. Kemudian
mengajar pada waktu siang pula. Pernah orang KPM mengambil kira perkara ini?
Harap dapat membuat penambahbaikan secepat mungkin untuk kebaikan semua. Idea
KPM dalam SPPBS ini amat dipuji dan sepatutnya perkara begini tidak berlaku
sebab skala penggunakan sistem yang meliputi beratus ribu pengguna.
Ia hanya menyebabkan matlamat utama penggunaan sistem ini sukar di capai dan ia
hanya menyusahkan guru-guru yang semakin terbeban. Bukan terbeban memasukkan
data tetapi terbeban menunggu sistem loading dan tak compatible yang memakan
masa terlalu lama untuk di access.
Wassalam
Guru IT
Ni tgh nak key in... nak masuk system langsung tak boleh... Tak taulah pukul berapa nak dpt masuk. Ni lah padahnya org bijak pandai kita yg bukan drpd kalangan guru yg mentadbir...
ReplyDeletemasalahnya orang atasan di KPM tidak pernah ambil tahu masalah guru kerna tidak mengalami masalah ini dan tidak pula bijak mengatasi masalah berlaku sekarang. saya pun heran kenapa kerajaan(KPM) suka mengguna IE dalam setiap aplikasi online?cadangan sy utk atasi traffic online ni , KPM buat buat pembahagian masa key in utk setiap negeri secara rotation sepanjang tahun. maybe 1 week utk Selangor, another week utk negeri lain & kemudian balik semula ke Selangor...this is better than biar seluruh negara masuk skali gus, mana tak jammm sistem!!! alahai penyelesesaian jimat koss....
ReplyDeletetukar kerajaan jer..BN bangang!!
ReplyDeleteSppbs mybbkn guru menipu esp sklh bkn gred a. Apa tidaknya ngajor kelas blkg2. Form 2 pun masi buta huruf, band 1 pun x bole jwp. Smua salin jwpn guru bg. Bg band 1, kena pulak tempelak ngan bos, kene bg band 3 ke atas. Semoga sistem ini dimasuhkn..
ReplyDeleteSaya ingin meluahkan rasa tidak puas hati dengan system Band yang diperkenalkan kepada sekolah-sekolah. Kenapa saya tidak berpuas hati dengan system tersebut:-
ReplyDelete1. Guru tidak berinteraksi dengan ibu-bapa berkenaan masalah murid. Tiada perjumpaan guru-ibubapa seperti system lama.
2. Keputusan peperiksaan akhir tahun tidak diserahkan kepada ibu-bapa untuk semakan kelemahan dan kemajuan murid.
3. Sistem penilaian yang tidak telus. Murid yang banyak bercakap mendapat markah yang lebih berbanding murid yang bijak tetapi kurang bercakap.
4. Guru-guru sendiri tidak faham tentang system yang diperkenalkan terutama apabila ibubapa mempersoalkan kenapa anak saya ditukarkan ke kelas yang lebih rendah tahun hadapan. Ini kerana system penilaian yang terlalu subjektif(Menguasai dan tidak mengusai dan Band)
5. Pelajaran Metamatik pun perlukan pelajar bercakap secara verbal barulah mendapat Band 6. Apa ni? Matematik kiraan la…
6. Bukan semua pelajar suka bercakap, sifat manusia dijadikan berbeza-beza. Kalau kita ada anak pun, bukan semua anak kita rajin bercakap. Ada yang pendiam.
Kenapa Sistem Band ini tidak sesuai:-
- Pada pendapat saya system ini tidak sesuai sama sekali diperkenalkan dinegara kita. Kalau system ini mahu sangat mengikut system di Britain, kita kena faham apa yang menyebabkan system mereka berjaya?
- Britain ialah negara asal Bahasa Inggeris, mereka tidak mempelajari bahasa lain. Tetapi di Malaysia kita perlu belajar Bahasa lain seperti Bahasa Inggeris yang kita agung-agungkan.
- Anak-anak abang saya belajar di London selama 5 tahun. Mereka juga PENDIAM(tak banyak bercakap). System Band yang diperkenalkan disekolah sangat pelik hinggakan pelajaran Matematik kiraan pun mahukan pelajar bercakap, barulah boleh dapat Band 6.
Diharapkan Pihak Kementerian Pelajaran menutup system yang tidak nampak kesannya dalam memajukan anak anak bangsa kita. Sistem rangking lebih berkesan kerana kita dapat melihat persaingan diantara pelajar-pelajar. Apa yang Kementerian Pelajaran perlu buat ialah menutup terus system Band ini yang tidak menampakkan impak dan ukuran yang lebih tepat kepada pelajar.
Sekian Terima Kasih
saya seorang guru yg sangat kecewa dan sakit hati dgn sistem sppbs ni, dahlah banyak menipu, pelajar tak datang sekolah, tak buat pbs, yg datang pun tak nak buat, yg buat pun sambil lewa je, semuanya harapkan cikgu, lama kelamaan, cikgu yg makin pandai, tapi pelajar makin...
ReplyDeleteMasalah bangun malam ini ingat boleh masuk...tak boleh juga key-in..akhirnya main facebook..melepaskan geram pada KPM.....eeeeeeee.....
ReplyDeleteTak payahlah bagi date line nak masuk PBS...memang fed up. Pakaile otak sikit nak menanda buku latihan pun kutip dulu cikgu tanda selepas itu buatlah pembetulan sementara tajuk lain diajar. Ini disuruh bagi lagi sekali tajuk sama sampai mencapai band bila habis tajuk lain Macam manca murid dalam kelas dah pandai tunggu tengok orang lain siap... Dahle tak reti menulis kat sekolah menegah..sistem 3 M tak dipraktikan lagi KIA 2M???? KBSM???? VLE Frog pun sama...buka lap top tapi line slow..Kembalikan Peperiksaan PMR . Barulah aman sikit dunia guru ini.
ReplyDelete