ABDUL JALIL ALI
3 Oktober 2013
SEKIRANYA Sir Isaac Newton masih hidup saya pasti dia
berminat sangat untuk ke Terengganu sekarang. Bukan untuk melihat penyu
bertelur di Rantau Abang, tidak juga untuk mencandat sotong di Pulau Kapas.
Malah, dia juga tidak berminat makan keropok lekor di Losong, atau menjamah
ikan celup tepung di Batu Rakit.
Ahli fizik dan matematik tersohor itu ingin meneruskan kajiannya mengenai ‘Law of Gravity’.Ada
tanda-tanda dan bukti yang semakin jelas bahawa teori popularnya mengenai kuasa
tarikan bumi atau graviti mungkin menjadi lebih lengkap jika kajian dilakukan
di Negeri Penyu dalam waktu terdekat ini.
Dibandingkan dengan tempat lain seluruh dunia, negeri ini mungkin mempunyai graviti paling kuat, kalah besi berani.
Tentu saintis keturunan Inggeris (1642 – 1727) itu ingin membuat kajian
terperinci, khususnya mengenai kaitan antara bumbung masjid dengan kuasa
tarikan bumi. Mungkin teorinya kira-kira tiga abad lalu sudah tidak relevan.Ahli fizik dan matematik tersohor itu ingin meneruskan kajiannya mengenai ‘Law of Gravity’.
Dibandingkan dengan tempat lain seluruh dunia, negeri ini mungkin mempunyai graviti paling kuat, kalah besi berani.
Meski pun
Orang juga tidak ambil peduli jika bumbung yang menyembah bumi itu diperbuat daripada plastik.
Apa yang menimbulkan syak dan keprihatinan rakyat ialah banyak keruntuhan – setakat ini lebih daripada 10 sejak 2008 – terjadi ke atas bangunan yang dibuat daripada besi keluli, menelan belanja pembinaan RM berjuta-juta, dan sesetengahnya menggunakan kepakaran perunding dari luar negara. Pelik tetapi benar, tidak ada gempa bumi, tidak ada tsunami, semuanya runtuh dalam hembusan angin sepoi-sepoi bahasa.
Seperti yang diketahui antara keruntuhan besar yang memalukan ialah Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin apabila sebahagian struktur bumbungnya roboh pada 2 Jun 2009. Baru beberapa bulan siap stadium dengan kos RM292.9 juta itu dilanda musibah.
Peruntukan RM120 juta lagi diluluskan untuk kerja-kerja membaik pulih, tetapi musibah berulang apabila sebahagian struktur bumbung stadium berkenaan sekali lagi roboh pada 20 Februari lalu, kira-kira pukul 11.30 pagi, menyebabkan tiga pekerja parah manakala dua lagi cedera ringan. Kuat betul graviti di situ!
Antara keruntuhan lain yang membuktikan graviti di negeri ini paling kuat termasuklah siling bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud (29 Jun, 2008), balkoni Pusat Latihan Antarabangsa Kemaman (15 Mac, 2009), bumbung Terminal Bas Kuala Berang (21 Disember, 2009), bangunan Institut Oseanografi UMT (29 Mac 2010).
Bumbung masjid pun sudah kerap runtuh, sudah perkara biasa di negeri pantai timur yang kaya minyak ini. Paling akhir, hujung minggu lalu masjid Kampung Tebauk, Bukit Tunggal di Kuala Terengganu menerima nasib sama.
Entah tertegur jembalang mana, atau hantu laut mana yang menolak, tiba-tiba sahaja kira-kira 40 peratus bumbung masjid tersebut runtuh. Bilal yang tiba jam 4 pagi untuk persiapan solat Subuh terkejut melihat runtuhan di hadapan mata.
Masjid yang boleh menampung 1,000 jemaah ini dibina dengan kos RM6 juta, baru siap dan digunakan kira-kira dua tahun.
Baru 20 Mei lalu, kita dikejutkan dengan keruntuhan bumbung hadapan Masjid Kampung Binjai Kertas, Hulu Terengganu, nyaris meragut nyawa 12 jemaah yang baru menunaikan solat Isyak. Sebelum itu, 3 Oktober 2009, bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman juga gugur ditarik bumi, menyebabkan tiga orang cedera.
Pendek kata kalau satu hari nanti diwujudkan ‘Anugerah Runtuhan Negara’, Terengganu Darul Iman boleh dicadangkan sebagai negeri pertama menerima anugerah tersebut. Pada hemat saya, ada dua kemungkinan mengapa kerap sangat bumbung dan bangunan di negeri ini runtuh:
Pertama, graviti di sini terlalu kuat. Kalau Newton masih hidup bolehlah dia baring di bawah pokok kelapa di Kuala Kemaman untuk membuat kajian. Dinasihatkan dia memakai topi keledar, sebab buah kelapa lebih berat dari epal yang memberinya ilham ketika melakukan kajian awal lebih tiga ratus tahun dulu.
Kedua, rasuah. Dalam hal ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) patut sangat menyiasat.
No comments:
Post a Comment