Wednesday, January 23, 2013

Mampu tahan marah tanda kekuatan Muslim
 
 Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Bukanlah ukuran kekuatan seseorang itu dengan menewaskan lawan, tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang dapat menahan hawa nafsunya ketika marah."

Ukuran kekuatan pada zaman jahiliah ialah kekuatan fizikal, tetapi Islam mengubahnya kepada nilai akhlak dan kemasyarakatan yang mulia.

Sebagai umat Islam, kita hendaklah menjauhi sifat marah kerana ia boleh menyebabkan kemudaratan kepada tubuh badan, jiwa dan masyarakat.

Rasulullah SAW bersabda”, “Sesungguhnya aku tahu satu perkataan sekiranya dibaca tentu hilang rasa marahnya jika dia kata (baca), “Auzubillahi minas syaitanir rajim (aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam) hilanglah marahnya.”

Sifat pemarah adalah sifat mazmumah yang tidak diredai Allah kerana ia boleh meruntuhkan kebahagiaan hidup seseorang. Bak kata orang, jika marah menguasai jiwa maka segala pertimbangan waras akan hilang.

Cara redakan marah

Banyak kes yang kita lihat di luar sana, daripada marahlah berlakunya kes pukul, dendam. Malah, jika tidak dikawal ia mungkin boleh menyebabkan situasi yang lebih buruk termasuk bunuh.

Rasulullah mengajar umatnya membaca ta’awwuz untuk mendapatkan perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam bagi meredakan kemarahan.

Daripada Sulaiman bin Sard, katanya, “Pada suatu hari aku duduk bersama-sama Nabi SAW sedang dua orang lelaki sedang bermaki-makian di antara satu sama lain. Salah seorang daripadanya merah mukanya dan tegang pula urat lehernya.

Lalu Rasulullah SAW bersabda”, “Sesungguhnya aku tahu satu perkataan sekiranya dibaca tentu hilang rasa marahnya jika dia kata (baca), “Auzubillahi minas syaitanir rajim (aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam) hilanglah marahnya.”

Maka mereka pun berkata kepada (orang yang merah mukanya) bahawasanya Nabi SAW bersabda: "Berlindunglah dengan Allah daripada syaitan yang direjam."

Perasaan marah disemarakkan oleh syaitan boleh menyebabkan kemudaratan pada agama dan dunia. Justeru, untuk menghapuskan was-was syaitan ialah dengan memohon perlindungan kepada Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud : “Dan jika kamu ditimpa satu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (al-A`raf ayat 200)

Lerai sengketa

Meleraikan persengketaan yang berlaku antara dua pihak adalah dituntut oleh Islam.

Oleh sebab itu, seseorang yang dalam keadaan marah hendaklah membaca ta’awwuz (aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam) untuk mendapatkan kesabaran.

Orang yang alim hendaklah sentiasa menyampaikan (menyebarkan) ilmunya tidak kira masa dan tempat asalkan ilmu itu dapat dimanfaatkan (dinikmati)

No comments:

Post a Comment