Tak payah tulis panjang-panjang. Cukup lah dengan dua keping foto ini
Himpunan Kebangkitan Rakyat
petang tadi merupakan himpunan yang paling berjaya dalam sejarah penganjuran
perhimpunan. Kebangkitan rakyat kali ini bukannya kebangkitan yang
calang-calang kebangkitan. Ia merupakan perhimpunan terbesar dan ia melebihi
dari perhimpunan semasa menyambut kemerdekaan negara pada tahun 1957 dahulu.
Pada jangkaan saya himpunan ini lebih besar dari humpunan Bersih 3.0 pada 24
April tahun lepas.
Ada yang telah mengatakan jumlah kehadiran
melebihi 700,000 dan ada yang menganggap jumlahnya lebih besar dari itu. Bagi
saya jumlah kehadiran hari ini sudah cukup untuk meyakinkan yang perubahan
akan tetap berlaku jika di izin Tuhan.
Tidak perlu lagi kita menulisnya
dengan panjang lebar. Tatap sahaja beberapa gambar yang saya petik dari beberapa
pihak dan ia sudah cukup untuk memberikan gambaran tentang kemahuan rakyat
terhadap perubahan.
Lautan manusia ini akan
diterjemahkan kepada undi di dalam pilihanraya nanti. Apa yang perlu kita
lakukan hanya bermohon kepada Tuhan agar segala gerakan rakyat ini sentiasa
berada di dalam keredhoanNya selalu.
Apa yang perlu dilakukan oleh pihak yang mencari perubahan ini, ialah dengan menumpukan segala usaha untuk menjolok rahmat Yang Maha Esa itu selain dari usaha zahiriah yang sudah nampak kejayaannya.
Jauhi dari sifat takbur dan berazam lah untuk menjaga rakyat dan negara dengan penuh bertanggungjawab dan tidak lari dari kehendak dan tuntutan agama, adab dan adat kita sebagai orang Malaysia yang penuh dengan sifat dan nilai itu.

No comments:
Post a Comment