Sunday, February 19, 2012

The Quranic Healing Power

”Taa' Haa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (Wahai Muhammad) supaya Engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang Yang takut melanggar perintah Allah (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) Yang menciptakan bumi dan langit Yang tinggi. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy.” (Taa Haa : 1-5)

Encik Azmi bin Abdullah merupakan seorang yang kurang penglihatan sejak kecil lagi. Beliau berasal dari Negeri Kelantan dan telah lama berhijrah ke ibu kota, Kuala Lumpur. Walaupun cacat penglihatan tetapi beliau mempunyai kerjaya sendiri. Bekerja sebagai tukang urut refleksi di pusat rawatan urutan refleksi di ibu kota. Kemahiran mengurut kaki ini beliau perolehi melalui latihan yang pernah diikutinya beberapa tahun yang lalu. Inilah menjadi punca resekinya dan mampu menanggung seorang isteri iaitu Puan Maridah bt Mukri dan tiga orang anak.

Sejak tahun 2009 beliau selalu tidak sihat badan, cepat penat, perutnya selalu kembung dan menghidapi penyakit gastrik yang kronik. Keadaan kesihatannya sering terganggu ini memberi kesan kepada emosi dan perasaan beliau. Beliau juga sering mengalami masalah kerunsingan dan juga kebimbangan dalam hidupnya.

Beliau pernah menjalani rawatan  di hospital.  Doktor yang merawat beliau, mengesahkan beliau menghidapi masalah gastrik yang teruk dan hypertension (darah tinggi). Ada kalanya setiap waktu petang atau hampir maghrib beliau akan mengantuk dan menjadi penat serta masalah kebimbangan yang kronik.

Pada bulan Mac 2011 beliau telah mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Islam Al Hidayah. Tuan Haji Lokman, pengasas pusat rawatan Islam Al Hidayah, mendapati dalam badan beliau ada gangguan sihir. Setelah dikeluarkan sihir yang berada dalam badan, beliau diberikan beberapa surah untuk diamalkan. Istemewanya Encik Azmi ini mampu dan berkebolehan membaca ayat-ayat suci al Quran dengan menggunakan sistem Braile.

Sejak beliau mengamalkan surah-surah Al Quran yang diberikan, terdapat beberapa perubahan darisegi penyakit yang beliau hidapi. Penyakit gastrik yang dihidapinya makin berkurangan dan secara tidak langsung beliau mulai merasakan lebih tenang dan seronok dengan mengaji al Quran.

Pada pertemuan kali pertama, beliau diminta membaca surah yang Surah An Nahli (16), ayat 81 hingga 89. Surah Thahaa (20) ayat 120 hingga 135 selama 8 minggu. Pada pertemuan kali kedua, beliau diminta membaca surah Al A’raf (7) ayat 43 hingga 56 dan surah Muhammad (47) ayat 21 hingga 32.

Alhamdulillah selepas pertemuan kali kedua, kesihatan beliau semakin pulih seperti sediakala, masalah kerunsingan dan keletihan yang sering dialami beliau sudah tidak ada lagi. Beliau mula merasai ketenangan dalam hidup dan meneruskan amalan membaca ayat-ayat suci al Quran, selepas solat dan apabila beliau mempunyai kelapangan waktu. Inilah antara lain mukjizat al Quran, dan yang paling istemewa ialah keupayaan seorang yang tidak boleh melihat tetapi mampu membaca ayat-ayat suci al Quran dengan menggunakan sistem Braile.

No comments:

Post a Comment