Sinar Harian
Saya terima e-mel daripada Maria baru-baru ini. Hampir menangis saya dibuatnya. Begini bunyinya: “Saya menulis kepada anda dengan titisan air mata kerana doktor memberitahu bahawa saya akan mati dalam tempoh sebulan. Maka, saya berhasrat mewasiatkan wang saya yang ada dalam syarikat sekuriti.
Saya mahu anda guna wang itu untuk menubuhkan sebuah badan kebajikan dan anda ambillah 30 peratus daripada jumlah wang itu. Baki 70 peratus akan pergi kepada badan kebajikan dan rumah anak yatim. Betapa berkatnya tangan yang memberi.

Saya ambil keputusan ini kerana tiada anak untuk mewarisi wang ini dan saya perlu beritahu anda ramai di sekeliling yang menanti hari saya mati dan mereka akan serbu kemewahan saya itu.
Wang yang saya maksudkan ialah AS$7.8 juta dan sebaik sahaja menerima jawapan anda, saya akan dapatkan khidmat peguam untuk memaklumkan bagaimana anda mengambil alih dana itu.
Tolonglah saya. Saya mohon dengan nama Tuhan. Semangat saya membisikkan kepada saya bahawa andalah orang yang tepat untuk perkara ini. Tolong jangan kecewakan saya. Kesihatan saya bertambah merosot.”
Okay Maria. Biar saya fikir. Kalau 30 peratus, saya dapat lebih AS$2 juta; maknanya hampir RM6 juta. Wow! banyaknya duit. Sekelip mata, saya jadi jutawan. Tapi maaf Maria; jujur saya katakan, saya tidak berani menerima tawaran anda itu, kerana ceritanya terlalu indah.
Anda tidak kenal saya, saya pun tidak pernah bertembung dengan anda walaupun di dalam mimpi. Jadi mengapa anda pilih saya untuk curahkan wang sebanyak itu? Sebenarnya, anda bukan orang pertama menawarkan mimpi indah kepada saya.
Kebetulan hanya lima hari selepas menerima tawaran anda, saya dapat e-mel Nora, yang seperti anda, juga tinggal di ibu kota London.

Nora tidak berhasrat memberi wasiat, tapi mahu melabur di Malaysia dalam bidang resort, kelapa sawit, stesen minyak dan emas.
“Nora perlu seseorang yang boleh ajar dan jaga Nora, mesti tolong Nora dalam pelaburan. Nora masih bujang, perlu seseorang yang boleh jaga Nora kerana Nora sudah tiada ibu dan bapa.”
Tidak berapa lama dahulu, saya juga terima e-mel daripada seorang penulis ucapan yang berkhidmat dengan seorang Menteri Besar.

Dia merayu saya supaya masukkan wang (dalam RM4,000 - RM5,000 rasanya) kerana, katanya, dia kehilangan dompet berisi wang dan kad kredit di luar negara. Jika saya tidak tolong, katanya, dia akan terkandas di London.
Tapi dia bukannya rapat dengan saya. Selama mengenali saya lima tahun lalu, boleh kira berapa kali kami bertegur sapa. Saya terpinga-pinga dan keliru; hendak tolong atau tidak!
Membuat keputusan dalam hal melibatkan wang - sama ada orang bermurah hati hendak menyerahkan wang atau perlukan kita menolong - bukan mudah, tambahan pula apabila kita pernah jadi mangsa penipuan.
Sudah banyak cerita saya dengar dan baca; skim cepat kaya, gores dan menang, pelaburan hebat dan cerita sedih. Semuanya bermula dengan keghairahan dan harapan menggunung, tapi berakhir dengan kekecewaan, kesedihan dan kerugian.
Antara rakan saya, ada yang masuk pelaburan lebih 20 tahun lalu dan hingga hari ini, masih terpaksa bayar hutang setiap bulan. Ada yang ditawarkan barang atau kenderaan dengan harga yang murah melampau, tetapi akhirnya simpanan habis dikikis orang, sedangkan barang tidak sampai.
Seorang rakan yang baru bersara melaburkan semua RM80,000 yang ada dalam simpanannya untuk skim cepat kaya. Tiga bulan berturut-turut dia mendapat laba daripada pulangan yang dijanjikan. Bulan keempat, wakil syarikat lari tengah malam.
Namun, seorang kawan saya memang bijak menghadapi pemutar belit. Dia dapat panggilan orang seorang yang semena-mena memberitahu dia sudah menang RM15,000. Untuk mengambil wang itu, dia cuma perlu beri nombor akaun bank.
Kawan saya menjawab: “Ya ke! Terima kasih banyaklah, tapi saya tak perlu RM15,000 itu kerana sebenarnya saya pun sudah ada banyak wang. Jadi awak simpan sajalah wang itu bagi pihak saya.”
Si pemanggil terpinga-pinga. Panggilan dimatikan. Memang kena buku dengan ruas. Malangnya, tidak semua begitu, masih ada yang suka melayan dan ramai yang sanggup menghulur leher untuk menjadi mangsa penipuan.
Oh saya lupa; Wahai Maria dan Nora (atau apa sahaja nama sebenar anda), maafkan saya. Bukannya saya tidak berhati perut atau menolak rezeki melimpah-ruah yang anda tawarkan, tetapi anda tidak dapat meyakinkan saya mengenai ketulusan anda, dengan cerita sedih atau memberangsangkan itu. Jangan marah ya!

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
No comments:
Post a Comment