Posted on Sunday, June 24 @ 13:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: al-bahanj
"
Pada
zaman Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, ada para sahabat Nabi
yang mengkhatamkan al-Quran dalam tempoh yang sangat singkat. Namun,
Nabi sallAllahu `alaihi wasallam memberi pesan bahawa jika mahu khatam
dalam masa yang singkat, maka janganlah khatam kurang dari 7 hari.
Dari `Abdullah bin `Amru radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
Pesanan ini bertujuan supaya para sahabat membacanya dalam keadaan baik, tidak tergopoh-gapah dan membacanya dengan penghayatan. Kerana manfaat utama dari al-Quran adalah dengan menghayati maksudnya. Di samping itu, supaya para sahabat tidak melupakan akan tugas dan peranan harian mereka.
Orang-orang soleh dari kalangan para sahabat, tabi`in, tabi`ut tabi`in, salafussoleh dan selepas zaman mereka sentiasa dalam masa ke semasa khatam al-Quran. Mereka bukan sekadar baca dan faham. Malah mentadabburnya dan menghidupkan inti al-Quran. Kita wajar mencontohi sifat mereka yang mulia itu.
Memang ada dalam riwayat menceritakan beberapa tokoh salafussoleh yang mengkhatam lebih singkat dari 7 hari, terutamanya pada bulan Ramadhan. Namun mereka melakukannya kerana mereka faham akan kemampuan mereka membacanya dengan tartil, tajwid yang betul, faham makna dan penghayatan. Sambil tidak mengganggu aktiviti harian dan tugasan mereka. Contohnya Imam Asy-Syafi`i diriwayatkan khatam al-Quran sebanyak 60 kali dalam bulan Ramadhan. Ma sha’ ALLAH! Jauhnya kita. Lemahnya kita.
Pada
zaman Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, ada para sahabat Nabi
yang mengkhatamkan al-Quran dalam tempoh yang sangat singkat. Namun,
Nabi sallAllahu `alaihi wasallam memberi pesan bahawa jika mahu khatam
dalam masa yang singkat, maka janganlah khatam kurang dari 7 hari.Dari `Abdullah bin `Amru radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
“Bacalah
(khatamkanlah) al-Quran dalam sebulan sekali.” Aku berkata:
”Sesungguhnya aku mampu untuk lebih dari itu.” Rasulullah sallAllahu
`alaihi wasallam bersabda: “Maka, khatamkanlah dalam tujuh hari, jangan
kurang dari itu.”
(HR al-Bukhari)
Pesanan ini bertujuan supaya para sahabat membacanya dalam keadaan baik, tidak tergopoh-gapah dan membacanya dengan penghayatan. Kerana manfaat utama dari al-Quran adalah dengan menghayati maksudnya. Di samping itu, supaya para sahabat tidak melupakan akan tugas dan peranan harian mereka.
Orang-orang soleh dari kalangan para sahabat, tabi`in, tabi`ut tabi`in, salafussoleh dan selepas zaman mereka sentiasa dalam masa ke semasa khatam al-Quran. Mereka bukan sekadar baca dan faham. Malah mentadabburnya dan menghidupkan inti al-Quran. Kita wajar mencontohi sifat mereka yang mulia itu.
Memang ada dalam riwayat menceritakan beberapa tokoh salafussoleh yang mengkhatam lebih singkat dari 7 hari, terutamanya pada bulan Ramadhan. Namun mereka melakukannya kerana mereka faham akan kemampuan mereka membacanya dengan tartil, tajwid yang betul, faham makna dan penghayatan. Sambil tidak mengganggu aktiviti harian dan tugasan mereka. Contohnya Imam Asy-Syafi`i diriwayatkan khatam al-Quran sebanyak 60 kali dalam bulan Ramadhan. Ma sha’ ALLAH! Jauhnya kita. Lemahnya kita.
Khatam Dengan Mudah Dalam Masa 30 Hari
Di sini ingin saya berkongsi sedikit cara yang biasa diamalkan oleh para muslimin hari ini untuk khatam al-Quran dalam tempoh 30 hari terutamanya apabila berada dalam bulan Ramadhan. Cara ini adalah cara yang paling mudah, tidak membebankan dan tidak mustahil dicapai oleh semua. Tinggal sahaja keazaman dan kerajinan.
Berikut caranya:
Dalam al-Quran mus-haf Uthmani, setiap juzuk al-Quran telah dicetak dengan ayat-ayat al-Quran sebanyak 20 muka surat. Bermakna setiap juzuk ada 20 muka surat.
Kita bahagikan 20 muka surat itu kepada 5, iaitu bilangan solat fardhu: Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’. 20÷5=4. Bermakna setiap solat fardhu, kita hanya membaca 4 muka surat.
Bagi meringankan lagi, kita bahagikan 4 muka surat itu kepada 2 bahagian, iaitu:

- 2 muka surat sebelum solat fardhu
- 2 muka surat selepas solat fardhu
Buat masyarakat bukan `Arab seperti kita ini, sebaik-baiknya sertailah bacaan al-Quran itu dengan membaca sekali dengan maknanya.
Semoga kita mendapat manfaat yang banyak apabila memahami maksud
ayat-ayat suci al-Quran. Tidak hanya membacanya seperti biasa yang kita
lakukan, tetapi membacanya sambil faham. SubhanALLAH!
Semoga kita diberi hidayah dan taufiq oleh ALLAH Ta`ala, amin…

muzir.wordpress.com
23 Jun 2012

Saya
sendiri merasakan, jika saya rakyat British yang asal, tentu saya juga
akan berbangga dengan sumbangan yang pernah diberikan oleh keluarga
diraja British itu.
Apapun,
kami di sini akan dapat cuti. Segala kritikan dan sokongan kepada Queen
adalah asam garam kehidupan mereka di sini yang menghormati hak rakyat
dalam bersuara. Setuju ataupun tidak satu hal.
Ada
yang cuba menjadikan tweet itu khusus kepada isu berkenaan. Sebenarnya
tidak. Ada pula yang menyunting rakaman ucapan saya dalam isu lain yang
dah lama semasa saya masih di Malaysia, lalu dikaitkan dengan isu
berkenaan.
Al-Nawawi
juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu
sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara
juga.
PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas
mufti Perlis dan kini zamil di Universiti Oxford. Artikel ini pandangan
peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini