Euro 2012 dan keadilan berpolitik
Sinar Harian 12 Jun 2012
KEJOHANAN Euro 2012. Enam belas pasukan.Lapan lokasi. Berjuta penyokong
memenuhi stadium, beratus juta lagi menonton di kaca TV.
Setiap malam, perlawanan demi perlawanan dengan Denmark mengejutkan Jerman dan Croatia menghancurkan Ireland, setiap pengamat bola sepak, sama ada yang dibayar atau tidak akan menilai pasukan masing-masing: Adakah pemain Belanda dilanda masalah perkauman, sehingga permainan mereka ditangguhkan seketika?
Adakah permainan licik Leonardo Bonucci adil atau tidak?
Adakah pasukan Sepanyol akan berjaya membuktikan keunggulan mereka sebagai pasukan pilihan tatkala negara mereka di ambang muflis akibat bebanan hutang?
Walaupun ada beberapa pemain yang akan 'berdrama' di pentas pertandingan, kita yakin ini tidak akan menggugat keunggulan kejohanan berprestij ini.
Apa yang disajikan setiap malam, adalah kombinasi pengadilan yang saksama, penjaga garis yang cekap, dan penjagaan masa yang jujur. Pendek kata: Ada permainan ini punya peraturan. Cuba anda berhenti seminit dan bayangkan seandainya politik di Malaysia dan peraturannya yang pincang digunakan untuk Euro 2012.
Mmm... Mungkin ada pengadil yang berat sebelah, pemain yang melompat dari satu pasukan ke yang lain — menjaringkan gol sendiri dengan suka hati dan setengah permainan diselubungi kegelapan! Untuk mengetahui apa yang sedang difikirkan atau dilakukan pihak pembangkang... Kita perlu menggunakan imaginasi!
Lupakan semua lagak provokatif yang disengajakan jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho, sebenarnya masih ada tanggapan bahawa semua pemain profesional — dari pemain bola sepak sehingga ke ahli politik, seharusnya berkelakuan seperti gentleman, dan tiada kemenangan sukan atau keuntungan politik yang boleh menjustifikasikan pengorbanan maruah, integriti dan tatasusila.
Memang peminat dan pengundi menghargai dan menghormati mereka yang mempraktikkan nilai murni itu.
Legenda West Ham dan pemain handalan pasukan bola sepak England, Sir Bobby Moore disanjung kerana kehandalannya di padang dan tingkah laku yang sopan-santun di atas padang dan di luar. Beliau disanjung bekas saingan seperti Pele dan Franz Beckenbauer, pengiktirafan yang terhebat mampu diraih seorang ahli sukan profesional.
Sebaliknya (dan dengan risiko mengasingkan peminat Liverpool di luar sana), kontroversi yang mengelilingi Luis Suarez mengenai dakwaan diskriminasi perkauman terhadap Patrice Eva sudah pasti mencemar reputasi Suarez, meskipun bakatnya tidak boleh dipertikaikan...
Begitu juga, insiden terbaru kehangatan retorik, kepincangan politik kepartian dan juga keganasan yang mencemarkan kemurnian budaya politik kita.
Pada waktu yang sama, ketidaksamarataan peluang antara parti - terutamanya dalam akses ke media arus perdana (MSM), turut menjadi masalah yang berlarutan, meskipun janji untuk melakukan pembaharuan acap kali ditaburkan.
Tingkah laku sebegini tidak lagi mampu menakut-nakutkan rakyat. Mereka mahu diberi peluang untuk menentukan pemimpin dan kaedah kepemimpinan, binasalah pihak yang ingin mengenakan taktik intimidasi ke atas rakyat! Kedua-dua pihak wajar dipersalahkan dan hal ini memberi kesan buruk kepada proses demokrasi Malaysia kerana pengundi telah pun dikecewakan.
Serangan peribadi dan sekatan ke atas pendapat yang berbeza membuatkan mereka yang bakal menyokong sebaliknya berpaling. Benar, kaedah ini mungkin akan menjamin kemenangan, tetapi lambat laun ia akan menyebabkan parti politik itu kehilangan legitimasi.
Keputusan Kabinet barubaru ini yang membenarkan parti politik menyiarkan manifesto mereka di RTM selepas pembubaran Parlimen adalah perubahan menggalakkan. Kita menunggu dengan rasa berdebardebar untuk melihat bagaimana inisiatif ini dilaksanakan.
Sekiranya dilaksanakan dengan baik, rakyat yang masih bergantung kepada MSM akan dapat menilai sendiri sama ada Barisan Nasional (BN) ataupun Pakatan Rakyat (PR) lebih berkemampuan untuk memimpin negara. Semua ahli politik berhak dan perlu sentiasa diperhatikan untuk meningkatkan prestasi masing-masing.
Sesungguhnya satu hari nanti, arena politik, sebagaimana sukan, mempamerkan permainan yang adil, bagi kebaikan rakyat dan negara. Sementara itu, buat peminat bola sepak, Selamat Euro 2012 semua !

No comments:
Post a Comment