Friday, June 1, 2012


Jadilah Orang Yang Adil !!!

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa  menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan, hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa, dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan” (Al-Maidah:8).

Hari ini saya baru balik dari KL. Hantar anak sambung buat MA di Uniten. Kebetulan sewaktu masuk asrama perempuan, saya duduk berbual dengan seorang ayah dari Perak, kaki tangan Tenaga Nasional. Beliau memberi komen, jika PTPTN kenakan bayaran 1% daripada pinjaman anaknya yang belajar disalah sebuah IPTA sebanyak RM48.000 kena bayar RM56,000.00. Bila dikira tidak munasabahlah dengan bayaran faedah 1%. Dia hairan kerana ada orang yang pinjam lebih ratusan juta, telah disabitkan oleh mahkamah, tetapi dibebaskan daripada kena bayar.

Semalam bila dengar berita daripada NTV7 jam 7 malam, berita SPRM menutup kes bekas menteri dengan sabitan RM250 juta kemudian dibuka semula kes 14 tahun lepas membabitkan pemimpin pembangkang, saya tersenyum sinis. Beginilah nasib sesiapa sahaja yang menentang kezaliman abad kedua puluh ini.

Tindakan yang memilih bulu dan warna kulit, juga puak mana kita berada mengundang bala, ini pernah di ingatkan oleh Rasulullah saw dalam satu hadis yang diriwayat Aisyah ra.: Bahwa orang-orang Quraisy sedang digelisahkan oleh perkara seorang wanita Makhzum (dari kalangan bangsawan) yang mencuri. Mereka berkata: Siapakah yang berani membicarakan masalah ini kepada Rasulullah saw.? Mereka menjawab: Siapa lagi yang berani selain Usamah, pemuda kesayangan Rasulullah saw. Maka berbicaralah Usamah kepada Rasulullah saw. Kemudian Rasulullah saw. bersabda: Apakah kamu meminta syafaat dalam hudud Allah? Kemudian beliau berdiri dan berpidato: Wahai manusia! Sesungguhnya yang membinasakan umat-umat sebelum kamu ialah, manakala seorang yang terhormat di antara mereka mencuri, maka mereka membiarkannya. Namun bila seorang yang lemah di antara mereka mencuri, maka mereka akan melaksanakan hukum hudud atas dirinya. Demi Allah, sekiranya Fatimah putri Muhammad mencuri, niscaya akan aku potong tangannya.

Semua agensi kerajaan diperalatkan untuk menjerat, menindas dan mengambil tindakan kepada  sesiapa sahaja yang cuba menggugat UMNOBN. MasyaAllah, mereka ni agaknya tak ingatkan nak mati ke? Tak percaya ke Peritiwa di Padang Mahsyar kelak. Membela pemimpin yang nyata korup,

Sehingga ustaz yang mengajar di masjid terapung semalampun saya dengar kuliahnya, masih lagi dari dulu, kini, selama-lamanya penyokong kuat UMNOBN. Silap sikit pembangkang habis dikutuk habis-habisan dalam contoh atau peristiwa semasa yang dikaitkan dengan ayat-ayat Quran yang ditafsirkannya. Rasa meluat dan menyampah pula dibuatnya. Tapi apa boleh buat, duduk dalam majlis ilmu itu dapat pahala. Tapi bagi saya mungkin tak dapat apa-apa sebab hati kecil saya rasa tak seronok dengar kuliah orang yang masih gelap dan kelabu asap pemikirannya. Quran dibaca tetapi masih tak tahu mana satu hak, mana satu batil. Utusan Meloya, Berita Hairan, TV1,TV3 sebagai bahan rujukan utamanya kalahkan al Quran?

Sungguh malang masyarakat Melayu kita ini. FGVH telah diapungkan. Sesiapa sahaja yang berduit dan ada kemampuan boleh beli. Inilah bakal orang Melayu akan kehilangan tanah milik Melayu. Sebagaimana pernah berlaku kepada peneroka di sebuah Felda di Masai beberapa tahun lalu yang menggadaikan tanah mereka ke Bank, akhirnya projek tak jadi, hutang bank berlipat ganda akhirnya tanah ladang mereka jadilah hak milik bank. Kesian.Indah khabar dari rupa, menang sorak, kampung tergadai. Biarkan siluncai terjun dengan labu-labunya.

Kalau dulu orang Melayu ada juga ladang Felda, Risda yang terletak dalam hutan. Tetapi 5 tahun lagi, mana nak letak orang Melayu, jika semua ladang ini jadi milik orang Yahudi? Macam orang Melayu Pulau Pinang, yang sudah tidak mampu lagi hendak beli rumah di Pulau Pinang, sebab banyak tanah KRM telah dibangunkan kemudian, dijual dan Melayu PP tak  cukup duit nak beli. Ini berlaku lama dulu semenjak USM mula dibina, bukan sekarang.

Semalam saya tidur dirumah adik saya di Kondo Boulivard depan Ampang Point, KL, katanya rumah ditingkat atasnya baru dijual dengan harga RM 450,000.00 ada 3 bilik dan 2 bilik air, MasyaAllah. Sampai matipun saya tak mampu nak beli. Rumah itu dibelinya lapan tahun lepas dengan harga RM170K

Inilah durian runtuh yang kita terima untuk 5 hingga 10 tahun akan datang. Rumah teres setingkat tiga bilik harganya RM500,000.00. Banglo setingkat dengan tiga bilik tidur harganya RM 1 juta. Waktu itu anak-anak kita yang kerja kerani, atau kuli hanya layak duduk di rumah setinggan sahaja. 

Ada mata lihat, ada telinga dengar, ada hati mati, ada otak tak usah fikir, cukuplah dengan durian runtuh yang sentiasa runtuh dalam 3 hingga 6 bulan ini. Lepas ini kita makan tempoyak basi dan masam. Baru padan muka kita !!!

No comments:

Post a Comment