Monday, April 15, 2013

SEMINAR PERUBATAN AL QURAN DAN RAWATAN KANSER


Alhamdulillah walaupun pertama kali menganjurkan seminar, dengan penyertaan lebih 150 orang, saya kira ini satu perkembangan yang amat memberangsangkan. Penyertaan beberapa orang pelajar yang sedang menyiapkan MA dan Phd daripada Universiti Putera Malayasia, serta sokongan darpada Prof Dr. Maznah Muhamad. Pengarah Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser Universiti Putera Malaysia, serta Cik Habibah bt  Abd Rahman, Fasilitator Majlis Kanser Nasional (MAKNA) memberi petanda bahawa seminar ini mendapat pengiktirafan daripada pusat pengajian tinggi. 

Walaupun sebahagian besar daripada peserta adalah bekas  pesakit yang pernah,sedang dan telah menjalani rawatan di Pusat Rawatan Islam Al Hidayah, terdapat juga orang perseorangan yang turut mengikuti seminar tersebut. Seminar Rawatan Al Quran dan Kanser ini berlangsung selama sehari pada 13 April 2013 di Dewan Utama, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Tuan Haji Lokman Abd Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Rawatan Islam Al Hidayah, merupakan pengarah dan pengerusi jawatankuasa kerja seminar tersebut, telah menyampaikan ceramah berkaitan dengan penyakit kanser dan cara rawatan berasaslan Al Quran serta perbandingan dengan cara rawatan moden.

Manakala saudara Mohd Asyraf Muslim, Ketua Pengarah Operasi, Pusat Rawatan Islam Al Hidayah, turut mengendalikan sesi testimoni pesakit kanser dengan Puan Zuhaili dan suaminya Encik Ramli, serta Encik Abd Aziz(kanser prostat) dan Puan Rohaya (kanser payu dara). 

Sesi testimoni pertama bersama Puan Zuhaili(seorang guru)  sungguh menyentuh perasaan para peserta seminar. Sebahagian besar peserta menitiskan air mata apabila dipaparkan "video clip" kisah beliau sewaktu mengidap kanser tahap empat yang menggambarkan keadaan beliau sungguh menyedihkan, terlentang, berbantukan pernafasan. Tetapi kerana mukjizat Al Quran, Allah s.w.t. telah menyembuhkan beliau, sehingga sewaktu hadir dalam seminar menggunakan kerusi roda. beliau mampu senyum, boleh bercakap, walaupun beliau telah hilang penglihatan.


No comments:

Post a Comment