Wednesday, April 3, 2013


TAMAN PRA TAHFIZ PERKAYA
Beladau Kolam, K.Terengganu


Mulai 1 April 2013 seramai 22 orang anak yatim dari sekitar daerah Kuala Terengganu ditempatkan di Asrama Pra Tahfiz Perkaya, Beladau Kolam, Kuala Terengganu. Anak-anak yatim ini berusia antara 10 hingga 12 tahun.(Darjah 4 dan 6). Mereka semua akan memulakan persekolahan mereka di Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam, Kuala Terengganu.

RASIONAL PENUBUHAN:

Asrama ini ditubuhkan dengan hasrat yang murni iaitu memberi pendidikan akademik dan Al Quran serta membentuk akhlak serta kemahiran agar masa depan mereka lebih terjamin.

MATLAMAT  TAMAN PRA TAHFIZ PERKAYA

Menyediakan generasi celik AlQuran daripada awal dalam usaha membentuk insan yang berketrampilan, mahir dan beramal dengan isi Al Quran. Menjadi pusat penghayatan Al-Quran yang bersepadu. ke arah membentuk generasi Al-Quran yang syumul.  Di akhir tahun ketiga adalah diharapkan mereka boleh menguasai sekurang-kurangnya 3 juzuk sebelum dihantar ke Sekolah Menengah Akademik Tahfiz  (SMAT) Perkaya, Marang.
OBJEKTIF
Melahirkan anak yatim yang boleh menguasai  hafazan sebelum ke Sekolah  Akademik Tahfiz Perkaya di Marang dan Dungun
Menghidupkan tradisi pengajian Al-Quran berasaskan Sunnah Rasulullah S.A.W yang menekankan 5M (Membaca, Menulis, Menghafaz, Memahami dan Menghayati)

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN

Pengambilan pertama Taman Pra Tahfiz ini terdiri daripada  anak-anak yatim lelaki yang berumur 10 dan 12 tahun (Darjah 4 dan 6) seramai 22 orang. IAnak-anak yatim ini akan melanjutkan pengajian mereka ke tingkatan satu kelak di Perkaya Induk yang memulakan sesi persekolahan tahun 2012 dengan sistem Sekolah Menengah Akademik Tahfiz (SAT) Perkaya di Marang.

Semua anak yatim ini ditempatkan di sebuah rumah kediaman musafir yang telah diwakafkan terletak di Beladau kolam yang mempunyai 10 buah bilik.  Rumah ini dijadikan asrama anak-anak yatim ini serta pejabat sementara operasi Biro Perkaya Daerah Kuala Terengganu. Semua anak yatim ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam, Penghuni rumah ini akan akan ditanggung sepenuhnya oleh Perkaya.

KURIKULUM
Kurikulum pengajian mengikuti sepenuhnya Kementerian Pelajaran Malaysia yakni mereka akan bersekolah di Sek. Keb. Beladau Kolam pada sesi pagi hingga tengahari. Pada waktu petang dan malam mereka akan mengikuti kelas-kelas Al-Quran  dan hafazan disamping kelas-kelas tambahan untuk peperiksaan UPSR dan aktiviti kokurikulum di sekolah.
Kelas hafazan dan Al-Quran akan dibimbing oleh guru khas secara sambilan pada waktu petang dan malam manakala pada hari minggu mereka akan mengikuti sepenuhnya kelas hafazan dan Al-Quran.
Ini bermakna mereka juga tidak akan ketinggalan mengikuti pendidikan yang diperlukan bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan UPSR selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
Bangunan  rumah  yang selesa dengan kapasiti  50 orang pelajar. Kemudahan asas seperti bilik mandi , tandas dan lain-lain yang mencukupi. Terdapat bilik urusetia dan bilik warden .
Kawasan beriadah, Kawasan yang selamat dengan pagar batu, serta  di kelilingi pokok buah-buahan.

 SUMBER KEWANGAN
Perkaya Induk, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Sumbangan orang ramai, Rancangan Makanan Tambahan – Kementerian Pelajaran Malaysia, MAIDAM,  Orang Perseorangan,
Lain-lain sumber


TARIKH MULA OPERASI

Pada 1 April  2013

 AHLI JAWATANKUASA

Penaung:                
YM Dato’ Hj. Tengku Mahmud bin Mansor
Penasihat :
YB. Dato’ Hj. Shaikh Harun bin Ismail
Pengerusi :
Hj. Yusof bin Abd. Karim
Setiausaha: En Abdullah b Endut
Bendahari: Hj. Othman b Abdullah
Ahli Jawatakuasa
Tn. Hj. Mustafa bin Said
YM  Syed Othman b Syed Hassan
Hj. Razak bin Deraman
Hj. Safingi @ Shafie bin Hj. Ali
Hj. Hasanuddin b Hj Mustaffa
Hj Muhd  Omar b Abd Rahman
Hj Ismail b Ngah
Hj Muda b Said
Hj Abu Bakar @ Ariffin b Mohd
HJ Yusof  @ Yusof b Mahmud
Hj Hasanuddin b Mustaffa
Hjh Nur Asiah bt Abdullah
Hjh Nooraini bt Ibrahim


PENUTUP
Semoga usaha kecil ini mendapat sokongan dari semua lapisan masyarakat. Mudah – mudahan Allah memberkati Taman kita ini dengan dilipat gandakan amalan dan pahala dan menjauhkan taman kita ini dari bala dan bencana dengan adanya golongan Huffaz anak-anak yatim di sini.

WAKAF PEMBINAAN SURAU DAN ASRAMA TAMAN PRA TAHFIZ PERKAYA

Cadangan pembinaan surau tersebut dalam proses pengumpulan dana wakaf. Semua sumbangan boleh disalurkan kepada Tabung Taman Pra Tahfiz Perkaya ,

SUMBANGAN

Sumbangan daripada organisasi, orang ramai atau individu dialu-ukan  dalam pelbagai bentuk seperti wang ringgit, makanan harian seperti beras, gula, makanan dalam tin dsb. no. Akaun Maybank Islamic  56306412878

No comments:

Post a Comment