Memartabatkan Perubatan Berasaskan Al Quran
Seperti
biasa setiap bulan Tuan Haji Lokman Abd Hamid pengasas Pusat Rawatan Islam Al
Hidayah, akan datang ke rumah saya untuk memberi rawatan. Seingat saya tahun
ini masuk tahun yang kelapan beliau berulang alik dari KL ke KT untuk memberi
rawatan dengan menggunakan ayat-ayat suci al Quran.
Pada
awal tahun 2004 saya mengenali beliau melalui Ustaz Haji Shukri Ali bekas
Pegawai Agama Istana Terengganu. Kebetulan waktu itu saya bertugas di SK Seri
Budiman, Kuala Terengganu dan Ustaz Shukri menjadi Pengerusi PIBG di SKSB.
Mulai
tahun itulah saya menawarkan rumah saya di Kuala Ibai dijadikan pusat Rawatan Al
Hidayah. Mulanya di tingkat atas, kemudian di tingkat bawah, tetapi apabila
kehadiran pesakit menjangkau hampir lebih dua ratus orang, akhirnya saya
mendirikan klinik (asalnya garaj kereta) di sebelah rumah saya. Lazimnya Haji
Lokman akan datang pada hari jumaat dan sabtu untuk memberi rawatan.
Semalam
sewaktu beliau memberi rawatan kepada pesakit, dua orang penuntut Universiti
Putra Malaysia ,
Puan Rosnah dan Puan Lia turut hadir. Mereka
berdua sedang menyiapkan tugasan Ijazah Sarjana, dalam kajian mengenai rawatan alternatif
Al Quran terhadap pesakit kanser.
Mereka
hadir sama untuk membuat soal selidik kepada pesakit-pesakit kanser yang hadir
di Pusat Rawatan Al Hidayah cawangan Kuala Terengganu ini. Lebih daripada 15
orang pesakit kanser telah ditemu bual. Ada
yang sedang menjalani rawatan di Hospital dan juga Al Quran. Ada
juga yang hanya menjalani rawatan dengan Al Quran tanpa menjalani rawatan Hospital .
Melalui
pertemuan dengan pesakit kanser yang menjalani rawatan dengan Tuan Haji Lokman,
saya dapati ada setengah pesakit agak kurang dan amat sedikit pengetahuan mereka
bagaimana menghadapi penyakit kanser. Ini mungkin akibat tiada maklumat
berkaitan penyakit yang agak ramai mengidapinya.
Contohnya
seorang ibu yang sudah berusia lebih 65 tahun dari Dungun. Kanser payu daranya
sudah mula berbau. Beliau takut untuk ke Hospital. Tidak pernah menjalani
apa-apa rawatan secara intensif. Sekarang ini, penyakit kansernya sudah sampai
ke tahap 4. Agak kritikal.
Seorang
wanita yang dalam lingkungan 40 tahun mengalami kanser payu dara, kansernya
telah merebak ke beberapa bahagian tulang, sedang menjalani rawatan di
Hospital. Malangnya, kerana kesilapan kakitangan hospital sewaktu menusuk jarum
ke tangan beliau untuk memasukkan ubat, mengakibatkan tangan kirinya terpaksa
dibedah kerana kecuaian kakitangan hospital. Beliau terpaksa menanggung
kesakitan, kerana tangan kirinya luka serta memerlukan pembedahan. Sedangkan
penyakit kanser payu daranya masih belum dapat dirawat akibat daripada
kesilapan tersebut.
Melihat
keadaan wanita tersebut saya terkedu kerana dapat merasai betapa sakitnya
beliau menanggung ujian ini. Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu
memikulnya.
Lebih
menakjubkan, seorang anak perempuan berusia 5 tahun telahpun menjalani rawatan
kanser saraf di tulang belakang. Pembedahan telah dilakukan tetapi penyakit
kanser masih ada 10% di bahagian pankrias (?). Anak ini baru pertama kali dibawa berjumpa dengan Tuan Haji Lokman. Walaupun
anak ini telah menjalani pembedahan, tetapi keadaannya agak ceria, aktif, tidak
seperti orang dewasa yang diserang dengan kanser.Mungkin kerana sifat
keanak-anakan tidak menimbulkan sebarang kerunsingan kepadanya. Yang bimbang
ialah ibu dan ayahnya.
Seorang lelaki pesakit kanser prostate yang
berusia awal 30an telah hadir menjalani rawatan Al Quran ini lebih daripada 10
kali. Alhamdulillah keadaan beliau
sihat. Beliau tidak pernah menjalani apa-apa rawatan secara moden (dihospital).
Inilah
kehebatan dan mukjizat Al Quran. Disamping membaca untuk mendapat kesembuhan,
amalan membaca al Quran mampu memberi ketenangan, keharmornian dan kebahagiaan
kepada pembacanya. Hanya Allah Yang Maha Berkuasa untuk menghilangkan apajua
penyakit yang kita hidapi.
Akhir
sekali saya fikir, perlu ada usaha-usaha secara kolektif untuk membawa kaedah
rawatan al Quran ke dalam sistem rawatan di Negara ini. Jika rawatan akupuntur,
urut boleh dibawa masuk ke hospital, mengapa tidak rawatan berasaskan al Quran
dibenarkan masuk ke dalam sistem perubatan yang dijalankan di hospital kerajaan
pada masa kini.
Saya
ingin menyarankan kepada UKM, USM,UIAM, USIM, UNISZA dan mana-mana pusat
pengajian tinggi awam dan swasta seharusnya memasukkan kurikulum perubatan
mereka dengan asas al Quran. Dedahkanlah kepada para pelatih perubatan dengan
kaedah rawatan menggunakan ayat-ayat al Quran. Sedarkanlah kepada para doktor dan juga
pesakit bahawa kesembuhan itu adalah dari Allah. Sesuai dengan ikrar kita orang
Muslim setiap kali dalam solat mereka menyatakan; solatku, kerjabuat aku, hidup
aku, mati aku kerana MU Ya Allah. Mengapa tidak dalam kerja buat rawatan kita
masukkan keyakinan bahawa Allahlah yang menyembuhkan, Allahlah yang
menyihatkan, Allahlah yang menghidupkan dan Allahlah yang mematikan.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment