Musibah Jerebu
oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
"Ya Allah turunkan hujan kepada kami dengan hujan yang menolong, menyenangkan, menyuburkan, bermanfaat, tidak membahayakan, segera dan tidak ditunda lagi."
Demikian petikan doa Nabi Muhammad SAW untuk memohon kepada Allah SWT supaya diturunkan hujan seperti
yang diriwayatkan dalam hadis Abu Daud.
Musim kemarau yang berlaku
di tanah air sejak kebelakangan ini merupakan satu musibah kepada seluruh
rakyat dengan terjadinya kejadian jerebu akibat pembakaran hutan yang berlaku
di Indonesia ,
baru-baru ini.
Situasi jerebu bukan sahaja
mendatangkan keadaan cemas apabila kualiti udara di beberapa kawasan khususnya
ibu negara menunjukkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dengan bacaan berbahaya
tetapi memberi kesan kepada kesihatan manusia.Kejadian berkenaan telah menyebabkan
kerajaan mengisytiharkan darurat di Muar dan Ledang. Termasuk bertindak menutup
sekolah dan tadika di kawasan-kawasan yang mencatat jumlah IPU mencecah 300.
Namun, di sebalik musibah
itu jelas menunjukkan bahawa walau sehebat mana seseorang manusia itu, mereka
perlu menginsafi sebagai golongan yang lemah dan tidak terdaya jika ditimpa
bencana dalam apa keadaan sekalipun.
Perlu diingati bencana itu
berlaku melainkan untuk mengajak manusia khususnya umat Islam bagi mengingati
Allah sebagai tuhan penyelesai segala masalah.
Sebab itu agama Islam
mensyariatkan solat Istiqa atau dalam bahasa Melayu
diterjemahkan sebagai sembahyang memohon hujan.
Pensyarah Kanan Jabatan
al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), Dr. Fadlan Mohd. Othman berkata, jika dilihat kembali objektif
pensyariatan solat Istiqa,
amalan itu bertujuan untuk mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah di
saat musibah melanda.
Ujar beliau, manusia sebagai
hamba yang lemah, golongan itu amat memerlukan bantuan khususnya daripada Allah
sebagai tuhan sekalian alam agar diizinkan untuk diturunkan hujan bagi menyiram
tanah yang kering-kontang.
Tambah Fadlan, mesej
tersirat itu dilihat mengajak manusia supaya bertaubat terhadap dosa lalu
kerana kemungkinan musibah yang melanda itu terjadi akibat kesilapan lalu.
"Maka dengan sebab itu
umat Islam disunatkan melakukan sedekah, berpuasa, berpuasa sunat dan
sebagainya sebelum menunaikan solat Istiqa agar sebelum menadah tangan kepada
Allah, jiwa seseorang manusia itu sentiasa bersih.
"Bahkan selepas selepas
solat Istiqa, imam akan
membaca khutbah yang mengandungi peringatan agar umat Islam menjauhi maksiat,
dosa dan sebagainya," katanya.
Menterbalikkan
selendang
Mengikut riwayat, Nabi
Muhammad SAW ketika berdoa kepada Allah untuk memohon diturunkan hujan, baginda
akan menterbalikkan selendang di kepalanya.
Tindakan itu berpandukan
hadis riwayat Abu Hurairah yang berkata: "Nabi Muhammad SAW keluar pada
suatu hari untuk mengerjakan solat Istiqa, lalu bersolat bersama kami dua rakaat
tanpa azan atau iqamah. Kemudian baginda menyampaikan khutbah serta berdoa
kepada Allah, lalu berpaling ke arah kiblat sambil mengangkat kedua tangannya.
Selanjutnya dibalikkan selendang di kanan lalu diletakkan di kiri dan yang kiri
di kanan."
Ketika ditanyakan apakah
simbolik sebalik tindakan itu, Fadlan berkata, para ulama menterjemahkan
perbuatan tersebut dengan permintaan baginda yang bersungguh-sungguh dan penuh
pengharapan supaya Allah menurun hujan dengan segera.
Menurut Fadlan, sehubungan
itu umat Islam disunatkan menterbalikkan pakaian yang berada di tubuh badan
sebagai tanda pengharapan.
"Di saat suasana
kering-kontang, kita amat memerlukan hujan dan selain berdoa, usaha itu
diterjemahkan melalui tindakan menterbalikkan pakaian," kata Fadlan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130628/ba_01/Musibah-jerebu#ixzz2Xf2hZf3X
No comments:
Post a Comment