Selepas solat zohor sebentar tadi di Masjid Terapung, saya terkedu dan hampir menitiskan air mata tanda seronoknya didatangi seorang anak berusia 15 tahun, namanya Ahmad Fikri Hafiz dari Sekolah Menengah Imtiaz, Serada, Kuala Terengganu.
Dengan penuh tertib-terni (sopan santun) menghampiri saya lalu mencium tangan saya dan memperkenalkan dirinya bekas murid SKSS1 tahun 2008. Waktu itu saya baru bertugas selaku GB di SKSS1. Sempat juga bersama beliau sehingga akhir tahun 2008.
Sempat berbual dan bertanya khabar, saya tak ingat namanya, dan dia perkenalkan dirinya, Mohd Fikri Hafiz dahulu tahun 6 Ekfektif (2008) kelas yang ketiga.
Biasanya apabila saya jumpa bekas anak-anak murid saya yang belajar di Imtiaz, soalan cepu mas saya ialah, Dah berapa juzuk hafaz Quran?
Saya rasa sungguh terharu dan hampir menitiskan airmata apabila diberitahu bahawa dia telah hafaz 30 juzuk (sebuah Al Quran) dalam dadanya. Alhamdulillah. Inilah anak yang cemerlang di dunia sejahtera di akhirat. Inilah anak yang genius. InsyaAllah.
Dengan beradab dan sopan santun dia bersalam dengan saya sambil meminta saya doakannya agar berjaya dalam peperiksaan PMR akan datang. Saya terkedu, mengenangkan betapa bertuahnya ibu dan ayahnya sekarang kerana telah ada zuriat yang mampu menghafaz al Quran 30 juzuk dalam usia 15 tahun dalam zaman yang penuh dengan pelbagai cabaran. Mungkin dalam seratus ribu umat Islam barulah ada seorang hafiz Quran.
Anak-anak saya sendiri tak mampu nak hafal juz amma! Mudah-mudahan ramai lagi ibubapa yang prihatin dan mahu menghantar anak-anak mereka untuk masuk ke sekolah-sekolah yang menggunakan modul Imtiaz. Untuk renungan kita bersama saya masukkan rencana berkaitan dengan kelebihan dan keistemewaan hafiz Quran.
Kelebihan Menghafaz Al-Quran
Sudah agak lama saya tidak menulis di blog ini kerana kekangan kerja yang banyak. Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca mengenai kelebihan menghafaz al-Quran. Sebelum ini saya ada berkongsi sedikit kelebihan membaca dan mendengar al-Quran. Bagi penghafaz al-Quran (Hamlatul Quran), atau secara umumnya masyarakat lebih mengenali penghafaz al-Quran dengan gelaran “al-Hafiz”, akan mendapat 2 ganjaran :
- Ganjaran di dunia.
- Ganjaran di akhirat.
Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam Hadis Nabi S.A.W terhadap golongan Hamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka. Rakan saya Ustaz Asraff menyatakan bahawa :
- Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.
“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.” (Riwayat Ibnu Majah)
- Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.
“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)
- Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.
“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)
- Al-Quran menjanjikan kebaikan.
“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)Ganjaran di akhirat
- Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.
Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)
- Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)
- Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)Oleh itu tidak hairanlah ramai ibu bapa berlumba-lumba mengimpikan anak-anaknya menjadi penghafaz al-Quran. Marilah kita berdoa agar dalam keluarga kita mempunyai sekurang-kurangnya seorang penghafaz al-Quran.
No comments:
Post a Comment