Bina banyak lagi hospital pesakit jiwa untuk merawat penyokong-penyokong UMNO
Nampaknya UMNO semakin hari
semakin parah nilainya, sebagai manusia yang di sebut oleh agama kita
sebagai secantik-cantik kejadian Tuhan. Manusia dari apa keturunan dan agama
sekali pun, mempunyai nilai budaya dan cara dan amalan hidup seharian yang baik,
sejajar dengan kedudukan mereka sebagai secantik-cantik kejadian Tuhan itu.
Masing-masing mempunyai gaya
cara hidup masing-masing dan berlandaskan kepada budaya dan agama
masing-masing.
Apa yang dilakukan terhadap
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di masjid Kampung Sungai Darah,
Ijok, baru-baru ini melambangkan budaya dan adat sebagai bangsa Melayu yang
beragama Islam di nodai dengan terang-terangan. TS Khalid dimaki hamun oleh
penduduk di situ yang merupakan penyokong UMNO tegar serta menghalau TS Khalid
dengan parang dan pisau. Apa yang dilakukan oleh ‘penjenayah-penjenayah’ ini
adalah di luar batas-batas kemanusiaan dan agama. Adat bangsanya tiada,
agamanya pun tiada.
Tidak sedap jika hendak kita
sebut yang sesiapa yang tidak ada agama dan tidak ada cara hidup seperti
manusia itu adalah haiwan. Yang membezakan manusia dan haiwan itu tidak banyak
unsurnya. Hanya akal fikiran sahaja yang membezakan haiwan dan manusia. Manusia
diberikan akal fikiran sedangkan haiwan tidak ada unsur itu.
UMNO sepatutnya mendidik
ahli-ahli dan penyokongnya menjadi manusia yang beradap dan bersopan mengikut
batas-batas yang telah di tetapkan oleh bangsa, agama dan bersandarkan kepada
disiplin syarak yang tinggi. Apatah lagi semasa kejadian itu Menteri Besar sedang
berhenti untuk melakukan interaksi dengan rakyat yang sedang mengadakan korban.
Jika sikap mereka yang melakukan
kerja hina itu terhadap Menteri Besar pilihan rakyat itu elok kita bertanya
samada kita boleh nampak perbezaan dengan haiwan yang dikorbankan itu dengan
mereka yang melakukan kerja yang hanya tergamak dilakukan oleh haiwan? Bagi
saya memang tidak ada bezanya di antara mereka yang mengorbankan haiwan korban
itu dengan orang yang mengorbankan lembu-lembu ternakan itu. Pendeknya yang
mengorbankan dan yang di korbankan itu sama sahaja darjatnya.
Dalam posting saya yang sebelum
ini saya telah menyebut tentang kesihatan pemimpin. Pemimpin yang sihat itu
adalah mereka yang berkemampuan untuk melawan nafsu dari melakukan kerja yang
ditegah dan dicegah oleh agama dan Rasulnya. Tetapi dengan apa yang dilakukan
oleh penyokong BN terhadap seorang Menteri Besar itu adalah kerja orang yang
sudah tidak sihat pemikiran.
Kita semua tahu orang yang
mengejar dan menghalau orang lain dengan parang serta senjata tajam itu hanya
dilakukan oleh orang yang tidak siuman atau orang gila. Itu sebabnya kita
adakan hospital orang gila di Tampoi dan Tanjung Rambutan untuk menahan dan
mengubati pesakit-pesakit jiwa ini sehingga mereka sembuh. Rakyat telah
berbelanja begitu banyak wang untuk membina pusat-pusat rawatan orang sakit
jiwa ini.
Itulah sebanya kita tidak boleh
berfikir panjang lagi kali ini dan kita sudah berwajib untuk memasukkan
mereka
dari penyokong-penyokong parti yang sedang memerintah ini ke dalam
wad-wad pesakit
jiwa. Tetapi malangnya tidak ada pula peruntukkan untuk membina
pusat-pusat ini
di dalam bajet tahun hadapan yang dibentangkan oleh Najib Razak pada
penghujung
bulan September yang lalu. Saya mencadangkan supaya setiap negeri di
negara ini mempunyai satu cawangan hospital sakit jiwa ini kerana
penyokong-penyokong UMNO yang menghidapi penyakit ini ada di setiap
negeri. mereka boleh mengadakan mesyuarat agong tahunan di
hospital-hospital ini.
Saya mencadangkan kepada kerajaan
supaya membentangkan ‘supplementary budget’ di Parlimen untuk mendapatkan bajet
membina pusat-pusat orang sakit jiwa ini. Ini adalah perlu kerana di akhir-akhir
ini terlalu ramai manusia yang sedang menghadap penyakit sakit jiwa dan hampir
keseluruhan yang menghidapnya adalah dari penyokong-penyokong UMNO di seluruh
negara.
Kita takut jika terlalu ramai
rakyat yang sakit jiwa ia akan membantutkan pembangunan insan dan manusia
seperti yang di sebut setiap ketika oleh pemimpin UMNO, sedangkan hampir keseluruhan
yang sedang menghidapinya adalah dari penyokong-penyokong mereka sendiri
No comments:
Post a Comment