Menjaga rasa malu memandu jalan ke syurga
Muhamad Zawawi Yusoh
SETIAP
hari, masyarakat kita didedahkan dengan berita kejahatan, rasuah, rompak samun,
bunuh, rogol, kekerasan, penindasan, penganiayaan, cerai, curang,
bersekedudukan dan pelbagai lagi tragedi yang sangat menyesakkan.
Jenayah dan kejahatan itu berlaku di semua
peringkat dari remaja, dewasa, hinggalah ke orang tua. Lebih parah lagi,
kemaksiatan itu tidak lagi secara sembunyi, malah secara terang-terangan dengan
penuh kebanggaan dan keberanian.
Sikap
seperti itu menunjukkan rasa malu yang hilang. Dulu, orang merasa malu dan
sembunyi kalau nak buat dosa kerana bimbang diketahui orang.
Namun sekarang, bukan saja sudah tidak malu, tetapi merasa bangga pula melakukan dosa. Itulah bahana bila hilang sifat malu. Padahal, orang yang kehilangan rasa malu, laksana kehilangan air kehidupannya. Malu adalah sifat yang ada dalam diri seseorang yang menggerakkan diri meninggalkan semua perilaku buruk dan mencegahnya dari perbuatan memalukan.

Rasulullah
SAW menempatkan malu sebagai salah satu cabang iman. Melalui sabdanya
yang terkenal, “Iman itu ada enam puluh lebih cabang dan malu adalah salah satu
cabangnya.” (Hadis riwayat Bukhari)
Malu adalah sebahagian daripada keimanan kita, kehilangan rasa malu bererti hilang sebahagian iman kita. Tidak sempurna keimanan seseorang jika tidak mampu menjaga rasa malunya. Menjaga rasa malu sama dengan menjaga keimanan kita supaya tetap sempurna.
Mengapa rasa malu kian pudar dalam diri seseorang? Ia disebabkan rasa takut terhadap azab Allah kian menipis. Yang menjadi ukuran baik dan buruk adalah manusia, bukan Allah. Padahal Rasulullah SAW memerintahkan kepada kita agar benar-benar menjaga rasa malu kepada Allah SWT untuk menuju jalan ke syurga.
Jalan manusia ke syurga akan terhambat saat tidak dapat menjaga rasa malunya.

Rasulullah bersabda, “Malulah kalian pada Allah dengan rasa malu yang
sesungguhnya. Jagalah kepala dan yang ada padanya. Jagalah perut dan apa yang
dikandungnya. Ingatlah kematian dan ujian. Maka barang siapa yang melakukan
itu, balasannya adalah Syurga Ma’wa.” (Hadis Rriwayat At-Thabrani)
Hadis itu memerintahkan kita untuk menjaga rasa malu dengan menjaga kepala dan anggota. Malunya mata tergambar ketika dapat menahan melihat sesuatu yang diharamkan agama.
Malunya telinga ketika dapat menahan dari bisikan syaitan. Malunya mulut ketika dapat menahan daripada ghibah dan fitnah.
Ramai juga orang menghalalkan segala cara dan meninggalkan rasa malunya demi kepentingan perutnya. Sungguh benar hadis ini, jika ingin mudah jalan ke syurga, kita perlu menjaga rasa malu dengan tidak mengizinkan setiap anggota tubuh kita melakukan dosa dan maksiat.
Seorang Muslim yang memiliki rasa malu pasti dapat menjaga setiap anggota tubuhnya untuk kebaikan dunia akhirat. Mulutnya untuk kebaikan zikir, telinganya untuk mendengar kebaikan, matanya tak luput dari melihat tanda kekuasaan Allah.
Perutnya tidak pernah terisi makanan haram dan kakinya selalu setia melangkah ke tempat yang diberkati Allah. Maka, malu adalah hiasan diri, takwa adalah kemuliaan, dan sebaik-baik kenderaan adalah sabar, sedangkan menunggu jalan keluar dari Allah SWT adalah ibadah.” (Hadis riwayat Hakim At-Tirmidzi)
Hadis berkenaan mengisyaratkan, malu adalah hiasan diri. Kita seharusnya benar-benar menyesal saat khilaf berlaku maksiat. Kita perlu bertaubat jika melakukan kezaliman yang menghinakan.
Rasulullah mengingatkan kita dalam sabdanya, “Malu dan keimanan itu sentiasa bergandingan. Apabila salah satunya diangkat, yang satu lagi akan jatuh.” (Hadis riwayat Muslim)
Ini menunjukkan barang siapa yang tidak memiliki rasa malu, dia kehilangan imannya. Sesungguhnya orang yang beriman pasti memiliki rasa malu. Hilangnya rasa malu membuat seseorang mudah berjanji dan mudah pula mengingkarinya, ringan untuk mengumpat, memfitnah dan menghina sesama insan, mudah curang dan sebagainya.
Jika memiliki rasa malu membuat seseorang melakukan kebaikan di saat dia berada di tengah orang ramai ataupun ketika bersendirian. Ia akan malu melakukan dosa walaupun tidak seorang pun melihatnya kerana yakin Allah Maha Mengetahui atas segala apa yang dilakukan.
Bagaimana menjaga rasa malu pada diri? Kita perlu menanamkan sikap muraqabah dalam diri. Muraqabah bererti menanamkan dapat mengawal diri seolah-seolah kita melihat Allah ketika melakukan kebaikan dan jika tidak mampu begitu pun, kita seolah-olah merasa Allah mengawasi atas segala perbuatan yang kita lakukan.
Dengan sikap muraqabah itu, kita akan berhati-hati kerana sering merasa diri dalam pengawasan Allah. Selanjutnya, menjaga rasa malu dengan menanamkan kesedaran bahawa sekecil mana pun amal yang dilakukan, baik atau buruk pasti mendapat balasan dari Allah. Pahala kebaikan adalah syurga dan balasan kejahatan ialah neraka. Menjaga rasa malu pahalanya syurga dan bagi orang yang tidak memiliki rasa malu neraka balasannya.
Rasa malu akan terlatih ketika kita bergaul dengan orang yang mampu menjaga rasa malunya. Ingat, persekitaran kita menunjukkan siapa diri kita.
Untuk meningkatkan darjat sebagai manusia soleh, mari kita menjaga keimanan dengan cara menjaga malu. Malu dan keimanan itu sentiasa beriringan. Jika rasa malu hilang, keimanan pun melayang

No comments:
Post a Comment