UMNO sudah kehilangan hidayah
Masalah UMNO ialah masalah yang
diwujudkan olehnya sendiri. Tengku Adnan Mansor berkata, sebenarnya UMNO itu tidak ada masalah, hanya
parti itu menghadapi masalah persepsi sahaja. Kata-kata Setiausaha Agong UMNO
ini menampakkan satu fenomena, iaitu parti itu benar-benar terasa
masalah-masalah yang dihadapi oleh parti itu. Hishamudin, Menteri Dalam Negeri, juga pernah berkata persepsi buruk itu
telah berjaya ditempelkan pada UMNO dan semua sekutunya dalam BN oleh
pihak-pihak yang berkepentingan.
Komen saya senang sahaja. Untuk
satu-satunya persepsi itu melekat kepada UMNO itu mesti ada sebabnya. Persepsi-persepsi
buruk terhadap UMNO itu bukannya wujud dengan sekelip mata dan ia tidak wujud
dengan senang sahaja. Ia tentunya wujud
di atas isu yang ‘real’ dan nyata. Jika isu terhadap UMNO ini tidak ‘real’
bagaimana persepsi buruk itu boleh melekat dan menjadi ‘stigma’ yang tidak
dapat ditanggalkan lagi dengan parti yang telah memerintah sejak merdeka
dahulu.
Dalam politik, persepsi rakyat
itulah yang menjadi penentu samada parti itu kekal kukuh atau dilontarkan
jauh-jauh oleh rakyat. Sebenarnya UMNO sememangnya sudah patut diketepikan lama dahulu kerana isu besar yang telah
menyakitkan rakyat begitu banyak di hadapan mata kita. Tetapi semasa itu rakyat
belum lagi menyedari yang perubahan itu adalah elemen penting untuk berlaku di
dalam sesebuah negara yang telah matang dan lama bebas memerintah sendiri.
UMNO kini sedang dikaitkan oleh
rakyat dengan senarai-senarai negatif yang terlalu banyak sehinggakan parti itu
telah dipersepsikan sebagai sebuah parti yang bermasalah besar. UMNO telah
membiarkan segala perkara buruk untuk berlaku di dalamnya kerana pimpinan parti
itu sejak 30 tahun dahulu tidak menghiraukan isu mempertahankan imej yang baik
dengan serius. Pucuk pimpinan negara dalam tiga dekad yang lalu lebih
mementingkan kehendak peribadi mereka sahaja dan tidak mengangkat jari untuk
memperbetulkannya.
Tetapi apabila masalah sudah
menjadi besar barulah pimpinan UMNO bergegas untuk memperbaikinya dan usaha ini
sudah terlalu lambat kerana yang hendak menyelesaikan masalah-masalah ini
adalah di kalangan mereka yang terbabit dengan isu-isu yang besar di dalam negara
sekarang ini.
Persepsi buruk bukan datang
dengan saja-saja. Misalnya bagaimana hendak menolak persepsi buruk terhadap
kerajaan dalam isu NFC misalnya. Tidak payah kita melarutkan isu ini oleh
kerana semua orang sudah memahami tentang isu ini. Bukankah isu pembinaan
stesen LRT Ampang itu merupakan isu penyelewengan yang ‘real’? Bagaimana rakyat
tidak terbentuk persepsi buruk terhadap pimpinan kita kerana jelas-jelasnya
harganya yang ditambah terhadap kontrak pembinaan stesen itu mencecah hampir
RM1billion?
Isu PKFZ yang melibatkan RM12
billion, kerugian perdagangan wang antarabangsa yang dilakukan oleh Nor
Mohamad Yakcop atas arahan Dr Mahathir yang melibatkan kerugian RM30 billion
dan banyak lagi isu yang sangat besar berlaku di hadapan mata kepala kita. Isu
pembotakan hutan yang dilakukan oleh penyangak hutan di Negeri Sembilan yang
melibatkan keluasan 8,616 ekar tanah hutan simpan yang ada di Negeri Sembilan.
Isu perlakuan pemimpin-pemimpin
BN yang bersikap seperti gangster seperti Nazri Aziz. Kalau dahulu Nazri
diisukan dengan permit teksi yang beribu-ribu permit yang beliau ambil,
sekarang
timbul isu menggunakan kuasa melindungi Micheal Chiah dan Musa Aman
tentang
wang misteri sebanyak RM40 million itu. Nazri mempunyai seorang anak
yang hidup
seperti ‘anak maharaja Arab’ dengan kereta besar yang begitu sombong dan
anaknya
ini telah dikaitkan dengan banyak isu-isu jenayah yang diketahui umum.
Cakap-cakap takbur Nazri kita
dengar selalu. Beliau seolah-olah seorang yang begitu besar dan kuat seperti
dunia ini pun dia boleh alihkan. Sikap kesombongannya seolah-olah beliau mampu
untuk menahan dunia ini daripada menghadapi kiamat.
Apabila umum mengetahui isu-isu
ini dan mereka lihat dilakukan oleh pemimpin dan keluarga yang berkuasa pula, maka dengan sendirinya persepsi buruk terhadap
UMNO itu terbentuk kerana tidak ada contoh-contoh peribadi yang baik dalam
pimpinan BN pada hari ini.
Sikap mengaut kekayaan dengan
menggunakan pengaruh keluarga dan pimpinan UMNO sudah menjadi budaya pada hari
ini. Anak-anak Dr Mahathir kaya-raya dengan pengaruh Mahathir yang telah
menjadi PM selama 22 tahun. Anak-anak Dr Mahathir berniaga dengan jalan mudah
tanpa menggunakan kepakaran mereka kerana jika mengalami kerugian pun Mahathir
telah menggunakan dana rakyat dalam jumlah yang berbillion untuk menyelamatkan
perniagaan anak beliau (Mahathir).
Satu persatu pemimpin-pemimpin
UMNO ada isu peribadi bersama mereka. Tidak ada yang tidak melakukan jenayah ‘kolar
putih’ di antara mereka. Rakyat sekarang sudah sampai ke tahap hilang sabar dan
mereka sedar UMNO dan pimpinannya tidak mungkin boleh pulih daripada ketagih rasuah
ni. Justeru orang Melayu dan rakyat keseluruhannya mahukan BN dibersarakan
dari memimpin negara ini.
Persepsi UMNO sudah terlalu buruk
dan tidak mungkin mampu dipulihkan lagi. Jadi apa yang dikatakan oleh
Setiausaha Agong UMNO yang UMNO hanya bermasalah dengan persepsi, kita nyatakan
dengan jelas di sini yang persepsi-persepsi buruk itu semuanya terlandas di atas
isu yang ‘real’ dan sahih.
Di atas persepsi yang buruk
inilah kita rakyat akan melakukan apa sahaja yang halal mengikut undang-undang
untuk mengenepikan BN kali ini kerana isu-isu buruk yang real yang dilakukan
oleh pimpinan BN pada hari ini.
Kepada Hishamudin dan Tengku Adnan
yang ramai menganggap masih seorang ‘novice’ dalam politik ini, elok memahami
isu yang sebenar yang mereka sedang hadapi. Tetapi mereka tidak mungkin faham
apa dia UMNO itu kerana mereka menyertai UMNO setelah UMNO dalam proses
kehancuran yang sudah hilang segala-galanya, dari perjuangan sehinggalah ke identiti
parti mereka sendiri.
Mereka ini menganggap mentadbir
UMNO dan negara ini serupa seperti mentadbir sebuah ‘kilang padi’ sahaja. UMNO
sudah hilang pimpinan yang mempunyai pemikiran. Yang ada dalam UMNO hari ini
hanyalah mereka yang tidak tahu atau tidak mahu berfikir atau tidak tahu apa
yang hendak difikirkan. Mereka mentadbir hanya dengan menggunakan kaki, tendang
orang ke sana
ke mari kerana mereka tidak mengerti untuk berfikir dengan menggunakan otak
anugerah Tuhan yang membezakan di antara manusia dan haiwan.
Oleh kerana pimpinan UMNO kurang berkemampuan
untuk berfikir, kali ini biar rakyat yang memikirkannya dan kita lihat apa yang
mereka (rakyat) lakukan tidak lama lagi dalam pilihanraya nanti.
Mungkin cara untuk membuatkan
pimpinan UMNO ini untuk belajar berfikir ialah dengan meletakkan di sebelah
pembangkang di setiap Dewan Legislatif, samada di Persekutuan atau di
Negeri-Negeri yang terlindung di dalam Tanah Persekutuan ini.
No comments:
Post a Comment