Bukan senang membina bahagia
(Dipetik dari pembentangan kertas kerja: tujuh punca jodoh terhalang
dan tips ringan jodoh oleh Pendakwah dan juga Pengarah Urusan SNB Kasih
Training & Consultancy, Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dalam
seminar Wanita Berkerjaya : Kerjaya Hebat, Jodoh Cepat, Rumah Tangga
Berkat.)
PERSOALAN mengenai jodoh memerlukan kesabaran kerana ia melibatkan soal kehidupan. Dalam memilih jodoh kita tidak boleh terlalu tergesa-gesa atau bersikap memaksa. Kita tidak boleh memaksa orang untuk menerima dan menyayangi diri kita.
Jodoh, ajal, maut dan rezeki semuanya daripada ALLAH SWT. Kita sebagai hamba-Nya hanya mampu meminta dengan berdoa. Namun, ke kadang seseorang itu akan diuji bagi menguatkan lagi tahap keimanannya.
Minat namun diri langsung tidak dipandang
Ramai yang bertanyakan mengenai kesukaran untuk mendapat jodoh, meminati seseorang tetapi empunya diri langsung tak dipandang dan bermacam-macam lagi. Kesukaran mendapat jodoh bukan disebabkan cantik atau buruk seseorang itu, namun disebabkan sesuatu yang mungkin kita terlepas pandang.
Bersama ini disertakan tujuh punca jodoh terhalang dan cara mengatasi permasalahan itu antaranya:-
PERSOALAN mengenai jodoh memerlukan kesabaran kerana ia melibatkan soal kehidupan. Dalam memilih jodoh kita tidak boleh terlalu tergesa-gesa atau bersikap memaksa. Kita tidak boleh memaksa orang untuk menerima dan menyayangi diri kita.
Jodoh, ajal, maut dan rezeki semuanya daripada ALLAH SWT. Kita sebagai hamba-Nya hanya mampu meminta dengan berdoa. Namun, ke kadang seseorang itu akan diuji bagi menguatkan lagi tahap keimanannya.
Minat namun diri langsung tidak dipandang
Ramai yang bertanyakan mengenai kesukaran untuk mendapat jodoh, meminati seseorang tetapi empunya diri langsung tak dipandang dan bermacam-macam lagi. Kesukaran mendapat jodoh bukan disebabkan cantik atau buruk seseorang itu, namun disebabkan sesuatu yang mungkin kita terlepas pandang.
Bersama ini disertakan tujuh punca jodoh terhalang dan cara mengatasi permasalahan itu antaranya:-
Tidak mendapat restu ibu bapa.
Nabi Muhammad SAW bersabda : “Keredaan ALLAH terletak pada keredaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa,” (Riwayat Tirmizi )
Gangguan ilmu hitam.
Kadang kala si polan itu sendiri tidak sedar bahawa dirinya telah terkena ilmu sihir. Tanda-tanda seperti orang masuk meminang tetapi tidak pernah jadi, apabila bertunang putus di tengah jalan dan macam-macam lagi memberi peluang untuk berikhtiar.
“Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan bertanya kepadanya tentang sesuatu perkara, tidak diterima solat yang dilakukannya selama 40 malam.” (Riwayat Muslim dan Ahmad)
Masalah kewangan.
Bimbang ibu terlepas cakap.
Harus diingat, setiap perkataan yang diucapkan ibu sama ada baik atau buruk adalah doa dan ia akan dikabulkan ALLAH.
Ada satu kisah di mana seorang wanita usianya dalam lingkungan 40 tahun, berkerjaya dan mempunyai kereta mewah. Dia datang berjumpa ustazah meminta supaya dibacakan doa dalam air minuman dengan harapan jodohnya cepat sampai.
Sudah berhabis cara mandi bunga, jumpa dukun malangnya semua tidak mendatangkan hasil. Akhirnya ustazah menyuruh dia balik ke rumah dan bertanyakan ibunya, jika ada ibunya terlepas cakap. Benar! Ibu wanita itu pernah berkata, “jika kau malas macam ni, alamatnya tak kahwin sampai ke tualah.
Ustazah meminta ibu wanita itu supaya melakukan solat hajat dan menarik kembali kata-kata yang diucapnya. Alhamdulillah selepas tiga bulan ustazah menerima kad undangan perkahwinan daripadanya.
- Terlalu mengutamakan kerjaya
- Perbezaan status/darjat
- Kurang berusaha dan berdoa kepada ALLAH
Cari ALLAH dengan doa, amalan
Kita berusaha dengan menggunakan langkah dituntut Islam, menyerahlah kepada Sang Pencipta bagi memakbulkan permintaan itu. Di sini dilampirkan lapan tips ringan jodoh, praktikkanlah:-
Berdoa selepas solat lima waktu.
Berdoalah dengan bahasa apa sekalipun setiap kali selepas solat lima waktu supaya diringankan jodoh. Katanya berdoalah dari sekarang kerana doa memerlukan masa untuk dikabulkan.
Berdoa di hening malam
Doa ibu bapa
Ungkapan doa yang paling mustajab adalah doa orang tua terutamanya ibu. Ibu bapa perlu berdoa supaya anak mereka dipermudahkan urusan jodoh. Doa ibu bapa boleh membantu mempercepatkan jodoh anak terutama anak-anak yang masih belum bertemu jodoh akibat halangan yang tertentu.
Puasa pada hari jadi
Puasa di hari lahir, pastinya tidak ramai yang berbuat sedemikian bukan.. Puasa ini dipanggil puasa hajat. Pada saya, saat kita dilahirkan adalah detik paling suci, seolah-olah bebas dari hamparan dosa dan noda. Jadi, berpuasalah pada hari kita dilahirkan supaya hajat kita dipermudahkan dan dikabulkan ALLAH.
Solat sunat taubat
Lakukanlah solat taubat terlebih dahulu pada waktu tengah malam sebelum berdoa diringankan jodoh yang terhalang. Kita mahu ALLAH tunaikan hajat kita, tetapi hal kita dengan ALLAH belum selesai. Kerana itulah kita perlu meminta ampun terlebih dahulu kepadaNya.
Pohon restu ibu bapa
"Saya pernah menerima banyak surat daripada lelaki semasa bersekolah dulu, setiap surat yang dihantar saya akan berikan kepada Yang. Namun dalam banyak-banyak surat, Yang saya berkenan dengan surat dari Wan Akashah. Getar hati ibu. Alhamdulillah... kini saya bahagia.
“Nasihat saya, apabila hati sudah berkenan pada seseorang jangan sorokkan dari ibu bapa, bagi tahu mereka kerana mereka lagi tahu siapakah yang terbaik untuk kita,” tambahnya lagi. Menurutnya, jika ibu bapa tidak bersetuju dengan pilihan yang dibuat sedangkan dia sudah baik untuk kita, berdoalah supaya ALLAH melembutkan hati mereka agar menerima pilihan kita seadanya.
Amal doa pilihan dan solat hajat
Antara doa-doa yang boleh dijadikan amalan ialah daripada (surah Yusuf : 4) untuk memudahkan dan mendapatkan jodoh yang baik. Doa Nabi Musa dalam (surah al-Qasas : 24) patut diamalkan kerana doa ini adalah untuk sesuatu hajat yang dirasakan amat mendesak. Ustazah mengamalkannya sehingga kini walaupun sudah beranak pinak.
“Dalam doa, kita tidak boleh meminta dengan cepat tetapi doa ini membolehkan kita mencapai sesuatu hajat dengan cepat”, nasihatnya.
No comments:
Post a Comment