20 November 2012
Rasuah adalah jenayah paling
berbahaya dalam masyarakat dan negara. Jika gejala ini tidak diperangi secara
serius rakyat dan negara akan hancur. Amalan tidak baik iaitu rasuah
menyebabkan seseorang itu sentiasa tamak, tidak pernah berasa cukup dengan apa yang
ada dan tidak jujur dalam melaksanakan pekerjaan.
Justeru, rasuah jangan hanya
dijadikan isu politik, tetapi semua pihak harus memandang jijik perbuatan ini
dan membanterasnya.Semua agama dan bangsa di dunia ini benci akan perbuatan
rasuah yang merupakan penyakit masyarakat jika dibiarkan.
Perbuatan ini bukan sahaja keji
tetapi amat dikutuk oleh ALLAH SWT. Justeru, orang yang kaya kerana hasil
rasuah sering berasa tidak tenang dan diburu oleh kebimbangan dan ketakutan
dalam kehidupannya.
Penegak hukum yang tegas dan adil dapat membanteras rasuah yang boleh meruntuhkan akhlak, kerukunan hidup masyarakat dan kekuatan sesebuah negara. Hukuman yang berat dapat mengelakkan rasuah dalam kalangan mereka yang mengamalkannya.

Kamus Dewan mendefinisikan rasuah
sebagai pemberian (menyogok, menyuap), (wang) tumbuk rusuk (dulu diberi wang
dari belakang ikut rusuk) juga dikenali wang “bawah meja” kini (sogok, dan
suapan).
Jika dahulu perkataan tumbuk
rusuk amat dibenci oleh masyarakat. Kini ia umpama penyakit yang menular secara
senyap dalam masyarakat. Kini rasuah bukan hanya dalam bentuk wang malah segala
kesenangan, kemewahan, hiburan dan keseronokan yang ditawarkan oleh pihak
pemberi rasuah.
Agama Islam memberi amaran dengan azab yang amat pedih kepada individu yang terlibat dengan jenayah rasuah melalui sabda Rasulullah SAW: “Orang yang memberi rasuah dan menerimanya (akan dilemparkan) ke dalam api neraka di akhirat kelak”.

“Akan datang bagi manusia suatu
zaman di mana orang tidak peduli apakah harta yang diperolehnya halal atau
haram.” (Hadis riwayat al-Bukhari). Dalam masyarakat yang mementingkan
kebendaan, rasuah sangat sukar dikesan dan sangat rumit untuk diatasi. Ini
disebabkan ia melibatkan beberapa individu tertentu sahaja dan dilakukan secara
sulit dan terancang.
Justeru, pemberi rasuah harus
faham bahawa perbuatannya itu adalah terkutuk dan penerima rasuah harus ingat
wang diterima adalah haram untuk diri, anak-anak dan keluarganya. Sementara
itu, Rasulullah SAW mengingatkan dalam sabdanya tentang harta yang diperoleh
secara tidak halal, “Orang yang paling dirundung penyesalan pada hari kiamat
ialah orang yang memperoleh harta dari sumber yang tidak halal lalu
menyebabkannya masuk neraka”.
Jelaslah orang dan harta yang diperoleh daripada hasil rasuah adalah haram. Oleh itu, semua pihak mesti berusaha memainkan peranan yang tegas dalam memerangi gejala rasuah. Orang ramai khususnya ahli masyarakat boleh menjadi ‘mata dan telinga’ kepada pihak berkuasa di peringkat bawahan yang telah dilantik untuk memerangi rasuah untuk memberi laporan segera tentang perbuatan rasuah yang diketahuinya.

Tindakan tegas mestilah diambil
tidak mengira, sama ada orang yang berkuasa dan orang bawahan mestilah menerima
hukuman setimpal. Jihad memerangi gejala rasuah ini mestilah dilakukan melalui
pendidikan di sekolah melalui mata pelajaran Agama Islam dan Pendidikan Moral,
seminar dan penerangan jihad.
Melalui didikan dan kesedaran
kepada pelajar, gejala rasuah yang dapat dikaitkan sebagai ‘najis rasuah’ dapat
dibendung supaya tidak memusnahkan masyarakat dan negara. Selain guru-guru, ibu
bapa juga boleh mendidik anak-anak mereka tentang kejijikan gejala rasuah ini
kepada kehidupan generasi akan datang.
Tentang didikan anak-anak ini Rasulullah SAW bersabda; “Tiadalah yang lebih utama yang dibisikkan oleh seorang ayah kepada anaknya selain daripada akhlak yang baik”. (Hadis riwayat Tarmizi).
* Penulis pengamal media. Phd Persuratan Melayu, UKM.
No comments:
Post a Comment