Beristighfar banyak-banyak semasa mendengar ucapan pemimpin-pemimpin UMNO dalam PAU kali ini
Saya baru sahaja selesai
mendengar bahagian akhir ucapan Muhyiddin Yassin dalam upacara perasmian
Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka PWTC. Dewan yang
penuh sesak itu tidak pula menampakkan kehadiran yang ramai di luar dewan.
Ucapan Muhyiddin terganggu sekejap kerana kesampaian Wanita nombor satu negara,
Rosmah Mansor, bagi memberikan penghormatan kepada isteri Perdana Menteri yang
jelita itu.
Pada keseluruhan ucapan itu, ia
tidak ada apa-apa perbezaan dan kelainan dari ucapan-ucapan pada tahun-tahun
yang lalu. Hanya yang kita dapati perbezaannya ialah ucapan yang menumpukan
hentakkan terhadap Ketua Pembangkang Anwar dan mengejek-ngejek PAS dan DAP.
Itu sememangnya biasa kerana
kalau tidak melakukan hentakkan kuat terhadap pembangkang ia bukanlah ucapan
Muhyiddin atau pun Najib. Kalau tidak menghina pimpinan pembangkang mereka
bukannya Najib atau Muhyiddin. Tetapi itu tidak mengapa. Dalam politik masakini
janganlah kita harapkan mereka hendak mengakui kebaikan yang telah dilakukan oleh
PR dalam negeri-negeri yang ditadbir oleh pihak Pakatan Rakyat itu.
Apa yang amat mengaibkan sebagai
pemimpin parti yang sudah matang dan berusia, ucapan itu dihamburkan kata-kata
seolah-olah usaha Pakatan Rakyat untuk mendapatkan mandat itu adalah sebagai
usaha jenayah dan seolah-olah pembangkang itu di penuhi oleh binatang haiwan
yang liar dan tidak langsung wajar hidup dan bernyawa didunia ini. Muhyiddin
telah menghina dan memberikan segala keburukan kepada pembangkang sedangkan
ucapan itu di selang dan selikan dengan bacaan ayat-ayat suci al quran dan
hadith-hadith Nabi yang sohih.
Pembangkang dikatakan oleh
Muhyiddin sebagai penentang agama, bangsa dan negara dan rakyat perlu untuk
memberikan UMNO sekali lagi untuk mentadbir negara ini setelah mentadbir sejak
negara mencapai kemerdekaan. Bagi Muhyiddin yang menjaga agama hanyalah UMNO
tetapi Muhyiddin tidak pula menyebut bahawa rasuah yang sedang dilakukan oleh pimpinan
BN khususnya UMNO, sekarang ini merupakan tentangan secara ‘head-on’ dengan kehendak
agama dan negara.
Muhyiddin sepatutnya menyeru
ahli-ahli dan pimpinan UMNO supaya hentikan rasuah kerana rasuah itu lebih
buruk dari membunuh dan di samakan sebagai orang yang memakan daging saudaranya
sendiri oleh agama kita. Rasuah adalah perbuatan yang sehina-hinanya, malah
rasuah merupakan penyebab utama kejatuhan sesebuah kerajaan dan tamaddun
manusia.
Ancaman Muhyiddin terhadap
pemimpin-pemimpin pembangkang itu menunjukkan yang UMNO begitu ‘desperate’
untuk terus berkuasa dan menganggap sesiapa yang mencuba untuk mengambilalih
kuasa itu adalah kumpulan yang beliau anggap seperti binatang dan haiwan
ternakan semata-mata, sedangkan parti-parti pembangkang itu adalah parti yang
halal dan mempunyai hak untuk mencuba membetulkan apa yang telah di lakukan
oleh BN sejak mentadbir negara secara terus-terusan selama ini.
Muhyiddin menuduh PR tidak mengotakan
janji-janjinya kepada rakyat tetapi Muhyiddin tidak sedar janji-janji UMNO
sejak mencapai kemerdekaan 55 tahun dahulu masih belum tercapai. UMNO masih
gagal untuk meletakkan melayu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan
bangsa bukan Melayu tetapi Muhyiddin tidak malu-malu menuduh PR tidak
melaksanakan janji-janjinya.
Kalau lah UMNO telah melaksanakan
janji-janjinya selama ini, masakan orang melayu masih ketinggalan dalam serba
serbi. Jika UMNO telah berjaya sebagai parti pemerintah masakan orang melayu
masih di harapkan bersandar kepada UMNO untuk mendapatkan sesuap nasi setiap
hari. Malahan anak-anak pemimpin besar negara seperti anak-anak Dr Mahathir
masih bersandar dan menggunakan UMNO sebagai modal perniagaan sehingga menjadi ‘billionaire’
dan menjadi salah satu keluarga yang terkaya di dalam negara ini.
Jika UMNO benar-benar berjaya
masakan Mirzan Mahathir mengambil hampir RM2 billion wang rakyat untuk
menyelesaikan kegagalan perniagaannya. Tetapi Mahathir semasa berkuasa
memandang hina kepada bangsanya sendiri kerana terlalu lazim menggunakan
tongkat. Dr Mahathir meminta orang Melayu supaya berdiri dengan kepandaian
sendiri dan membuang tongkat yang di sebut di dalam perlembagaan negara itu.
Tetapi kenapa anak-anaknya sendiri menggunakan kuasa dan pengaruh UMNO untuk
menjadi kaya raya.
Itulah sebabnya kadang-kadang
saya sendiri tidak dapat mengawal emosi saya kerana apa yang di seru oleh
Mahathir dan pimpinan selepas beliau itu semuanya menggunakan tongkat iaitu
UMNO. Muhyiddin tidak menyebut ini semua. Sebab apa? Kerana beliau tidak malu
seolah-olah rakyat boleh di kotak-katikkan dengan seruan dan ucapan yang
beremosi itu.
Muhyiddin seperti Najib juga.
Beliau seolah-olah akan menjadi gila jika pembangkang mendapat kuasa dalam PRU
ini. Bagi mereka-mereka ini hilang kuasa serupa seperti memasuki neraka
sedangkan peralihan kuasa bergilir-gilir itu adalah mainan negara yang demokrasi.
Apa yang Muhyiddin sebutkan dalam ucapan itu hanya menandakan sikap dan sifat
UMNO yang tidak memahami yang demokrasi ini adalah pusaka bergilir dan bukannya
hak kekal UMNO dan BN.
Bagi pimpinan UMNO jika kalah BN
ia seperti dunia akan kiamat. Tetapi rakyat sudah memahami hakikat bahawa ada
kehidupan selepas UMNO. Momokan yang 'tiada UMNO tiada Melayu' itu hanya
terpakai semasa rakyat belum berfikir dan tidak nampak yang ‘there is life
after UMNO’. Malahan ia adalah kehidupan yang lebih baik kerana pihak PR akan
membina rakyat yang berfikir.
Rakyat yang berfikir sekarang ini
faham yang Najib atau UMNO bukan untuk menyatukan orang Melayu tetapi untuk
menjadikan Melayu sebagai bangsa yang ‘subservient’ kepada UMNO. Penyatuan
Melayu kepada UMNO ialah apabila orang melayu hanya tunduk dan menyembah UMNO
dan tidak yang lain. Bagi Najib beliau mahukan rakyat menafikan segala-galanya
melainkan UMNO, sama seperti orang mukmin yang sebenar-benarnya menafikan
segala-galanya melainkan Allah swt. Pemimpin UMNO seolah-olah mahukan orang
melayu Islam hanya menzuhudkan UMNO bukannya yang lain-lain.
Bagi pemimpin-pemimpin UMNO
seperti Muhyiddin UMNO itu adalah parti yang akan memisahkan semua umat yang
bangkit di yaumil mahsya nanti dengan ahli-ahli UMNO kerana hanya ahli-ahli
UMNO itu sahaja yang akan memasukki syurga Allah.
Sepatutnya Muhyddin bercakap
tentang permasalahan dalaman yang sedang dihadapi oleh UMNO sekarang ini dalam
mana beliau merupakan agen yang memecah belahkan UMNO sekarang. Ramai yang
tidak mempercayai keadaan ini, tetapi tunggu sahaja lah apabila calon-calon UMNO
di umumkan dalam PRU nanti. Keadaan dan masa akan membuktikannya.
Hanya satu yang perlu kita sedar
apabila mendengar ucapan Timbalan Presiden UMNO itu: UMNO begitu gentar dengan
Pakatan Rakyat dan kita juga melihat dengan mata hati yang UMNO sendiri sedang
berpecah di setiap peringkat.
Bagi pihak Pakatan Rakyat, apa
yang perlu dilakukan sekarang hanya beristighfar banyak-banyak semasa menghadapi
serangan iblis dan syaitan yang tidak mahu kita bersatu dan berpadu di luar
UMNO dan BN ini.
No comments:
Post a Comment