Pemimpin harus berlapang dada
Sinar Harian 15 November 2012
Dalam dunia Islam kini terdapat berbagai-bagai orientasi kepimpinan.
Ada bersifat demokratik, autokratik dan tidak kurang juga mempunyai
wibawa liberal yang tinggi.
Cabaran para ulama dan ilmuwan Islam melakukan islah bukan mudah; tidak sekadar melontarkan syarah dan khutbah, rujukan ayat-ayat al-Quran dan sunnah - maka selesai masalah. Rasulullah SAW mendekati mad’u dengan darjah kesabaran yang tinggi, berhemah dan hikmah yang hebat dengan sumber wahyu membawa petunjuk.
Abu Jahal didekati, Abu Lahab dihadapi, Abu Talib disantuni. Hakikat melakukan dakwah terbaik adalah kerja dai’ dan murabbi. Memberi hidayah dan petunjuk adalah kerja ALLAH.
Para umara’ atau pemimpin mempunyai orientasi pendidikan berbeza. Setengahnya mendapat orientasi Barat dan menghasilkan faham liberal demokratik yang tinggi. Ada pemimpin yang mendapat orientasi pendidikan Islam bersifat diniah, tetapi tidak memiliki ilmu dan pengkhususan yang sifatnya profesional menyebabkan kefahaman Islam untuk bernegara terbatas.
Ulama dan ilmuwan Islam harus memahami hakikat ini. Sistem Islam memerlukan proses binaan yang lama, menghadapi cabaran dan ujian yang pelbagai dan menuntut tekad tinggi supaya pendekatan dakwah dan tarbiah menghasilkan perubahan kepada diri manusia, termasuk pemimpin.
Asas penting membangun perubahan kepada diri manusia ialah ilmu dan pendidikan. Jenis ilmu dan pendidikan yang ditawarkan dalam sistem memberi kesan kepada orientasi berfikir dan gaya hidup seseorang. Pepatah Melayu memberi asas bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Sekiranya manusia itu terbangun dengan orientasi ilmu dan pendidikan mengikut acuan Barat maka orientasi pemikiran produk selalunya sekular dan liberal. Sekiranya manusia dididik dengan orientasi pendidikan agama yang tradisional - memberi fokus kepada aspek diniah dan rohaniah semata-mata, maka orientasi berfikir dan gaya hidupnya rohaniah juga.

Sekiranya manusia dididik dalam orientasi integrasi ilmu diniah dan
juga ilmu takhasus sains dan teknologi yang Islami, cara berfikir, gaya
hidup dan pendekatannya membangunkan sistem jauh lebih komprehensif dan
menyediakan tapak untuk suatu tamadun.
Umara’ atau kepimpinan di Malaysia perlu didekati dengan bijaksana supaya pengukuhan sistem yang Islami boleh terjadi.
Ulama dan pendakwah tidak perlu gopoh hingga menyebabkan konflik terjadi dan maslahah hilang tujuan.
Ulama, ilmuwan dan profesional harus mampu menawarkan model alternatif sesuai dengan iklim perubahan yang ada dan dalam masa sama dapat memberi pilihan terbaik untuk perkembangan ilmu dan pendidikan, kestabilan ekonomi, kedewasaan berpolitik dan melihat
hikmah jangka panjang dalam suatu realiti masyarakat yang pelbagai.

Para umara’ atau pemimpin harus bersikap terbuka dengan pendekatan
Islam berketamadunan supaya melakukan transformasi terhadap sistem
didukung oleh etika dan sistem nilai yang teguh dan mantap.
Islam tidak harus dilihat hanya dalam batas ritual semata. Pilihan model alternatif yang ada di Malaysia memperlihatkan perkembangan baik dari sudut pematuhan syariah. Ia baik bagi orang Islam dan juga bukan Islam.
Banyak masa dalam kalangan sesetengah ulama, ilmuwan, jamaah dan harakah Islamiah mengambil gaya reaktif tetapi bukan proaktif berdepan dengan isu-isu berbangkit. Harus ada sifat menghargai yang baik dikatakan baik dan tidak baik didekati dengan nasihat bijaksana.

Para pemimpin harus bersikap terbuka dan berlapang dada apabila ditegur
dan dinasihati. Teguran baik dan berasas harus diterima dengan sangka
baik yang tinggi. Adanya sifat kesalingan memberi dan menerima boleh
menghasilkan daya taawun atau kerjasama yang tinggi.
Kesalingan ini penting kerana sifat saling memperkukuh dan melengkapi adalah jalan terbaik bagaimana proses perubahan boleh terjadi. Para pemimpin yang mempunyai kuasa pengurusan memerlukan pedoman ilmu dan syara’ dalam melakukan sesuatu.
Bukti yang ada dalam melaksanakan sistem patuh syariah perbankan dan kewangan Islam, wujudnya sistem pendidikan dalam universiti dan kolej dalam orientasi Islam adalah suatu permulaan yang baik ke arah program islamisasi dan integrasi dalam semua bidang.

Sekiranya para ulama, ilmuwan dan profesional Islam dapat membantunya
dengan tekad yang tinggi dan perancangan rapi, penulis percaya perubahan
boleh terjadi berasaskan acuan kita sendiri.
No comments:
Post a Comment