Oleh: AntiKarat
"Bercakap tentang stadium runtuh baik bercakap dengan lembu daripada bercakap dengan kerajaan negeri. Lembu, kalau tak jawab pun, padanlah dengan sifat haiwan itu. Orang pun ada umpamakan sebagai otak lembu. Bercakap dengan kerajaan negeri, dah masuk empat tahun, begitulah rupa paras stadium runtuh sekarang.
Tak masuk akal langsung. Lembu yang dikatakan dungu pun tak dapat fikir macam mana sebuah kerajaan TOP IT tak mampu nak pulihkan maruah stadium yang bernama sultan itu. Menggeleng kepala, lembu. Kata orang Terengganu, dok rok cetong. Kerajaan dok rok cetong itukah yang nak dikekalkan oleh rakyat?
Kita
tak mahu lagi bercakap tentang siapa yang bertanggungjawab membaiki
kerosakan stadium itu sama kerajaan negeri atau pemaju. Kita tanya
tentang tanggungjawab dan kapasiti sebuah kerajaan yang ada
akauntabiliti. Apakah kalau stadium runtuh itu berlaku di Brunei atau
Singapura, maka sampai ke hari ini stadium itu dibiarkan sebegitu rupa?
Rumit sangatkah hinggakan beratus juta wang rakyat dibazirkan begitu?
Aku
melihat secara sinis komitmen dan akauntabiliti kerajaan negeri yang
siang malam berkempen untuk memujuk rakyat agar terus mengekalkan
kuasanya. Kalaulah stadium runtuh pun tak mampu diselesaikan apakah
jaminan kerajaan negeri berkemampuan untuk menyelesaikan keruntuhan
akhlak rakyat?
Pernahkah pemimpin kerajaan negeri bercakap tentang
keruntuhan akhlak rakyat secara seius? Bak akhlak, mereka bersikap macam
lembu kenyang tadi. Dalam mulut mengunyah rumput, usus rancak memproses
najis.
Mereka bergegar
bercakap tentang ICT, kemampuan TOP IT, bercakap tentang minda kelas
pertama. Bab rakyat nak lingkup kerana dadah, bebas bergaul jantan
betina berkepit atas motor macam belangkas, tak sembahyang, botol arak
bertimbun di kampung Melayu, persundalan hingga buang bayi dan bab
remaja bunuh diri kerana gagal cinta.........semuanya dianggap remeh,
kes terpencil dan masalah peribadi.
Sebagai
kakitangan kerajaan negeri, aku banyak kali juga terdedah dengan majlis
dan program yang dianjurkan oleh jabatan. Sebagai kakitangan kerajaan
kita akurlah. Lagipun tangan akulah yang angkat kerajaan ini pada tahun
2008 dulu. Tetapi lama-kelamaan mari juga terfikir dalam hati ini,
inikah standard sebuah kerajaan negeri. Mampukah sebuah kerajaan yang
gagal menyelesaikan masalah stadium runtuh, diberikan amanah untuk
menyelesaikan masalah keruntuhan akhlak hidup rakyat? Akan terbinakah
nanti sebuah masyarakat yang tinggi kualiti akalnya tapi kohong (busuk)
budinya? Sedangkan budi dan akhlak itulah nanti menjadi penentu syurga
neraka di akhirat kelak.
Rakyat
yang celik akan menggunakan akal untuk menilai dan memilih. Manakala
rakyat yang tidur akan merapu dalam mimpi. Inilah analogi yang agak
sesuai untuk membezakan antara intelek kaca dan intelek permata. Pada
PRU12 dulu, intelek aku adalah intelek kaca. Setiap hari melintasi
stadium runtuh telah membuka mindaku. Kalau pada 2008 tangan ini pernah
menaikkan kerajaan ini, insya-Allah tangan yang sama tidak sabar-sabar
untuk membuat pembetulan atas kesilapan diri.
No comments:
Post a Comment