Saturday, August 6, 2011

IBADAH PUASA MEMBANGUNKAN IMAN



Alhamdulillah sykur kita ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan nikmat yang tidak terhingga, sehingga hari ini kita dipanjangkan usia untuk meneruskan kehidupan yang diamanahkan oleh Allah.

Kita bersyukur kerana masih mampu melangkah kaki ke bilik air sehingga satu ketika kelak kita diusung ke bilik air. Kita bersyukur kerana masih mampu menjiruskan air ke tubuh kita sehingga suatu ketika orang lain menjiruskan air ke tubuh kita. Kita bersykur kerana masih mampu memakai pakaian sehingga satu ketika orang lain memakaikan pakaian kepada kita. Kita bersykur kerana masih mampu berjalan kermana sahaja yang kita ingini sehingga satu ketika kita diusung ke tanah perkuburan.

Hari ini hari kellapan kita berpuasa. Pagi ini tazkirah di Masjid Terpung disampaikan oleh YM Dr Engku Ahmad Zaki b Engku Alwi pensyarah UNISZA.

Berkisar soal iman. Beliau mengupas tanda takwa seseorang. Pertamanya takut kepada Allah swt. Ibadah puasa ini mendidik kita bahawa Allah sentiasa memerhati dan berada bersama kita di mana sahaja kita berada. Sebab itu walau berada di manapun seseorang yang berpuasa tidak akan makan atau minum. Walhal kalau kita nak makan atau minum banyak tempat tersembunyi orang lain tak nampak.

Suatu kisah iktibar pada zaman Saidina Umar Al Khattab yang menguji ketakwaan seorang pemuda gembala kambing. Beliau memujuk pengembala kambing itu membeli seekor kambing tetapi tidak disetujui oleh pengembala tersebut kerana kambing itu kepunyaan tuannya. Saidina Umar memujuk lagi katanya tiada orang tahu jika mereka berpakat. Tetapi pemuda itu mengingatkan Saidina Umar bahawa Allah Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan. Saidina Umar tersentak dan kagum dengan keimanan dan ketakwaan pemuda tersebut. Lantas Saidina Umar bertemu dengan Tuan pengembala kambing tersebut dan ingin membeli pengembala tersebut. Tuan pengembala pada mulanya enggan, tetapi setelah ditawarkan dengan harga yang mahal, lantas bersetuju.

Setelah dibeli pemuda itu, Saidina Umar membebaskan pemuda tersebut dengan harapan penebusan itu akan menebus dirinya daripada azab api neraka di akhirat kelak. Itulah satu kisah  tanda ketakwaan pemuda dan Sahabat Rasulullah saw.

Begitu juga kisah seorang remaja perempuan yang enggan mencampurkan susu kambing dengan air sejuk sebagaimana disuruh oleh ibunya. Peristiwa ini didengari oleh Saidnina Umar pada suatu malam setelah keletihan meronda waktu malam untuk melihat dan memantau kehidupan rakyat jelata. Alasannya ialah, Saidina Umar tidak melihat tetapi Tuhan Saidina Umar Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Itulah satu petunjuk betapa ketakwaan yang ada dalam jiwa remaja perempuan itu. Akhirnya Saidina Umar mengambil remaja perempuan itu sebagai menantunya. Zuriat daripada menantu inilah yang melahirkan seorang lagi pemimpin yang bertakwa iaitu Khalifah Umar Abd Aziz, terkenal kerana kewarakannya serta keadilan dan sifat amanah seorang pemimpin yang bertakwa.

Begitu juga peristiwa seorang Yahudi yang buta yang sering diberi makan oleh Rasulullah saw setiap selepas solat subuh. Walaupaun dihina dan dikutuk tetapi Rasulullah saw tetap meneruskan tugas rutin setiap paginya menyuap makanan kepada si Yahudi buta ini. Sehinggalah Baginda wafat tugas ini diambil alih oleh Saidina Abu Bakar, tanpa disedari sehinggalah Saidina Abu Bakar menerangkan kepadanya bahawa orang yang menyuap makanan itu adalah orang yang sering dimaki, disumpah dan dikutuk oleh si Yahudi itu. Akhir nya si Yahudi menyesal lantas memeluk Islam . Inilah tanda betapa halusnya jiwa dan akhlak Rasulullah saw walaupun terhadap orang kafir yang membencinya.

Sewaktu Rasulullah saw hampir wafat dalam keadaan yang sukar Baginda meminta sahabatnya memberitahu apakah Baginda mempunyai hutang atau kesalahan kepada para sahabatnya. Jika ada Baginda minta diberitahu. Seorang sahabat Baginda memberitahu bahawa beliau pernah terkena cemeti Rasulullah sewaktu dalam satu peperangan dan kesan cemeti itu masih ada berbekas. Lantas Baginda memanggil beliau untuk menerima balasan. Tindakan ini cuba dihalang oleh para sahabat, dan mereka menawarkan diri untuk mengganti Baginda, oleh Saidina Abu Bakar, Umar, Ali dan Osman., tetapi Baginda menghalangnya dan meminta sahabat tersebut membalas balik pukulan tersebut. Semua yang hadir menjadi kelam kabut, lantas sahabat itu memeluk Rasulullah saw, bukan tujuan untuk membalas tetapi mengucup dan memeluk tubuh Rasulullah saw. Ini petunjuk betapa hebatnya sifat takwa yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw.

Ramadhan ini memberi peluang kepada kita untuk membersihkan diri daripada segala dosa dan noda dengan pelbagai amalan yang digandakan pahalanya. Allah tidak berkehendakkan harta benda kita, kerana ianya tidak bernilai di sisi Allah swt. Apa yang Allah inginkan ialah kita melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita sebaik yang mungkin mengikut syariat.

No comments:

Post a Comment