Pagi ini kuliah subuh menyentuh mengenai kelebihan Ramadhan. Dimulakan dengan kisah 10 orang sahabat yang disahkan dan dijamin oleh Rasulullah saw sebagai ahli syurga. Maknanya belum mati lagi dah diberi “sijil pengesahan” sebagai ahli syurga. Kita pun ada macam-macam sijil tapi semua tak laku disisi Allah swt.
Salah seorangnya ialah Talhah bin Abdullah. Beliau memeluk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra, selalu aktif dalam setiap peperangan selain Perang Badar. Dalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah saw sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah.
Satu peristiwa berlaku pada zaman Rasulullah saw, ada tiga orang sahabat karib, dua diantara mereka meninggal dunia di medan perang, tetapi seorang meninggal di atas katil. Sahabat Rasulullah saw iaitu Talhah bin Abdullah bermimpi melihat orang yang meninggal di tempat tidur itu lebih dahulu masuk surga, lalu sahabat yang bermimpi itu mendatangi Rasulullah saw dan bertanya kenapa berlaku demikian rupa, padahal dia bukan meninggal di medan perang, atau mati syahid kerana jihad fisabilillah.
Apa Jawab Rasulullah SAW :"Bukankah dia sholat dan beribadah dan dia bertemu dengan Ramadhan maka dia berpuasa, maka bila ditimbang dengan dua sahabat yang meninggal di medan perang itu maka jauh sekali perbezaan timbangannya. (Aritnya lebih besar pahalanya). Maka tidak hairanlah kita mengapa para sahabat memanjatkan doa sebelum tiba Ramadhan, agar mereka diberi kesempatan untuk hidup dalam bulan Ramadhan.dan mereka sangat merindui datangnya bulan ini.
Rasulullah saw pernah mengingatkan :" Barangsiapa yang puasa di bulan Ramadhan, karena mengharap redho Nya, dan barangsiapa yang mendirikan qiyamul lail di dalamnya dan barangsiapa yang mendapati malam lailatul qadar maka Allah akan ampuni segala dosa yang dia miliki".
Rasulullah SAW bersabda : "Ingat bahwa amal perbuatan sesuatu bukan semata-mata yang menyebabkan seseorang masuk surga!." para sahabat hairan maka ditanyakan:"Apakah termasuk anda ya Rasulullah?" "Sama saya juga!" Maka para sahabat bertanya lagi apapula yang menyebabkan seseorang masuk surga. Jawab Rasulullah SAW ;"Karena Rahmat dan Magfirah (ampunan) dari Allah SWT kita boleh masuk surga..". Kedua hal tersebut ternyata ada di bulan Ramadhan, sebagaimana kita ketahui dalam hadist di nyatakan bahwa Ramdhan ini 10 hari yang pertama mendapat rahmat Allah swt, dan 10 hari yang ke dua mendapat Magfirah Nya dan 10 hari yang ke tiga itqum minannar (dijauhkan dari api neraka).
Terdapat dikalangan kaum muslimin yang keliru, mereka sanggup bersusah payah untuk ke masjid atau surau untuk mendirikan solat sunat Terawih. Tetapi tidak ambil berat atau tak kisah untuk solat fardhu berjemaah di surau atau masjid. Walhal yang wajib lebih utama berbanding yang sunat.
Begitu juga amalan membaca Al Quran, ganjaran setiap huruf digandakan sepuluh pahala. Namun tidal begitu ramai yang sanggup membaca Al Quran. Tapi baca surat khabar mungkin lebih lama lagi masa diperuntukan. Marilah kita peruntukan lebih waktu kita untuk merebut sebanyak mungkin keberkatan bulan Ramadhan tahun ini. Keberkatan bulan Ramadhan ini tidak memberi apa-apa erti atau kepada diri kita, jika kita tidak buat sesuatu untuk mendapat keberkatannya. You Get What You Give!
No comments:
Post a Comment