Daripada Anas bin Malik, katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menghadiri majlis ilmu pada Ramadan, Allah mencatat setiap langkahnya menyamai ibadat setahun dan dia bersamaku (Rasulullah) di bawah Arasy.
Pagi ini Kuliah Subuh membincangkan mengenai kelebihan dan keistemewaan Ramadhan Bayangkanlah, teman anda mengajak anda ke kebun buah-buahan di kampungnya. Sampai sahaja anda di kebunnya anda dapati pelbagai jenis buah-buahan terdapat di kebun tersebut. Anda diberi kebebasan untuk mengambil seberapa banyak yang anda ingini. Malangnya masa yang diperuntukkan terlalu singkat.
Amat bodohlah jika anda melepaskan peluang yang ada. Durian, manggis, rambutan, duku, langsat dan pelbagai jenis buah-buahan terdapat dalam kebun tersebut. Mudah pula untuk memetiknya.
Begitulah ibaratnya bulan Ramadhan yang disediakan oleh Allah untuk umat Muhammad saw. Kalau kaki tangan awam sudah pasti jika boleh mereka inginkan setiap bulan adalah bulan Disember. Sebabnya bulan tersebut dibayar bonus oleh majikan. Begitulah keadaannya orang yang berilmu, orang-orang soleh yang dekat diri mereka dengan Tuhan, belum sampai Ramadhan mereka sentiasa berdoa agar diketemukan dengan Ramadhan yang akan datang.
Dipenuhi dengan pelbagai tawaran istemewa, ganjaran (bonus) berlipat kali ganda bagi amalan fardhu atau sunat yang dilakukan. Setiap detik waktu dalam bulan Ramadhan dipenuhi dengan keberkatan. Amat malang dan sungguh lemah fikiran bagi orang-orang yang mensia-siakan peluang keemasan yang Allah sediakan.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada Ramadan.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Apabila kita berpuasa, kita hanya memperolehi pahala puasa bagi diri kita sahaja. Tetapi kita bo;eh dapat pahala berpuasa lebih daripada seorang, jika kita sanggup belanja orang lain untuk berbuka puasa. Jika sepuluh orang kita belanja makan untuk berbuka puasa, maka pahala puasa 10 orang kita perolehi. Mudahkan. Biarrpun hanya dengan memberi seulas buah kurma atau secawan kopi atau air mineral, kita diberi ganjaran berpuasa mengikut jumlah orang yang makan makanan yang kita sediakan. Tidak semestinya sebungkus nasi. Tetapi segelas air, atau sebotol air mineral pun kita dapat pahala.
Begitulah Maha Pemurah dan Pengasihnya Allah dalam bulan Ramadhan ini.
Akhir sekali saya petik kata-kata Ustaz Ismail daripada UNISZA subuh tadi ialah; manusia seronok menyimpan harta untuk orang lain. Mereka tidak menyimpan harta untuk diri mereka. Mengapa begitu? Harta atau wang ringgit yang kita simpan di bank atau dalam rumah, sebenarnya bukan milik kita. Milik kita ialah harta atau wang yang kita keluarkan untuk sedekah, infaq atau kita belanjakan untuk kebajikan, itulah sebenarnya menjadi harta kita apabila kita mati kelak. Kita buat simpanan / tabungan akhirat. Apa yang kita simpan di dunia ini, bukan harta kita, tetapi dia menjadi hak atau harta orang lain. Boleh jadi selepas kita mati, isteri atau suami kita kahwin lain dan harta atau wang yang kita simpan akan diambil oleh mereka..
Sesuai dengan maksud hadis Nabi saw, apabila mati sahaja anak Adam, maka putuslah amalannya, kecuali 3 perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfat dan doa anak yang soleh kepada kedua ibubapanya. Wallahualam..
No comments:
Post a Comment