Alhamdulillah, saya telah selamat sampai kurang lebih jam 4.30 petang di rumah. Bersyukur ke hadrat Ilahi yang telah memberi sesuatu yang tidak layak nikmati jika dibandingkan dengan amalan yang dilaksanakan selaku hamba Allah. Mudah-mudahan Allah masukkan saya ke dalam golongan yang diampunkan segala dosa dan sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang melimpah ruah.
Alhamdulillah. Banyak pengalaman yang perlu dikongsikan bersama pembaca setia blog saya. Setelah berhenti menulis mulai 16 Ogos hinggalah ke saat ini, saya bersykur kerana Allah menjemput saya untuk bersama jutaan manusia menziarahi dua Tanah Suci Mekah dan Madinah pada bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Sesuai dengan pesan Nabi saw, barangsiapa yang menunaikan umrah di bulan Ramadhan pahalanya seolah-olah menunaikan haji bersama Nabi saw. Mudah-mudahan umrah saya diterima. Insyaallah. Empat hari tiga malam berada di Madinah dan 9 hari 8 malam di Mekah. Terima kasih kepada pengurusan Andulisia, walaupun ada beberapa perkara pandangan peribadi untuk penambahbaikan pengurusan Andulisia. InsyaAllah saya akan catat untuk masa akan datang.
No comments:
Post a Comment