Thursday, February 3, 2011

Akhbar Israel Ramal Rakyat Malaysia Tidak Mampu Bangkit Seperti Rakyat Mesir

03 February 2011

oleh : Dr Faisal Tehrani






Lama dahulu, al Marhum Imam Khomeini pernah menyatakan, “I am hopeful that other countries will pay attention; will follow the Iranian nation. Egypt, do not be satisfied with your oppressive government which states that it will destroy anyone who uses the name of Islam. Know that Islam is in danger in Egypt. It is obligatory for Egyptian men and women to rise and destroy this government who has announced that it is at war with Islam.” (Sahifah-i Imam, jilid.15, halaman.318)

Ayatullah Ruhullah Khomeini juga menegaskan tentang Hosni Mubarak, “This second president that has been forced on the nation [Hosni Mubarak] imagines that he will reign in Egypt as the other one [Anwar Sadat] did. Before he became president he announced his solidarity with Israel and America. He overlooked that the people threw his predecessor into hell; they will do the same to him. Egypt must know that if they rise as Iran rose they will be successful. The Egyptian nation should not fear martial law; should disregard it just as Iran broke the martial law and came into the streets. The Egyptian scholars should stand up and defend Islam.” (Sahifah-i Imam, jilid.15, halaman.285)





Untuk pengamat politik antarabangsa yang sedang meneliti keadaan di Mesir, hampir semua bersepakat bahawa pengaruh politik Amerika Syarikat dan Israel di rantau Timur Tengah sedang berada dalam keadaan penuh risiko.

Apakah Hosni Mubarak akan menurut langkah Ben Ali di Tunisia yang jatuh tersungkur?

Belum tentu.

Sesebuah revolusi hanya akan menjadi revolusi sekiranya kebangkitan rakyat sedia mengorbankan jumlah korban yang besar.

Krisis di Mesir hanya mempunyai tiga potensi sebagai hasil akhir.

1. Gagal - Pihak berkuasa akan terus bertempur dengan rakyat, malah seperti yang telah ditunjukkan sehari dua ini, pihak polis menyamar menjadi rakyat biasa lalu bergasak dengan demonstran di Medan Tahrir tengah Kaherah. Lama kelamaan rakyat akan berputus asa lalu mengalah dan pulang ke rumah untuk meneruskan hidup seperti biasa. Mubarak akan kekal. Dan Israel akan kembali berpesta.

Harus diingat, masih belum ada gerakan Islam sunni yang berjaya menentang kuasa opresif pemerintah di negara masing-masing. Berbanding dengan gerakan Islam Syiah seperti yang ditunjukkan di Republik Islam Iran, lantaran 'jihad' menjadi salah satu rukun tunjang mazhab tersebut. Oleh kerana itu Revolusi Islam Iran pada tahun 1979 masih menjadi batu tanda puncak perlawanan Islam dan Barat.





2. Kompromi - Mubarak mungkin jatuh. Akan tetapi pemimpin lain dari parti yang sama atau hampir sama mengambil kuasa lalu kembali menjadi boneka tajaan Israel dan Amerika Syarikat. Dalam situasi ini, pemimpin baharu ini akan melakukan satu dua reformasi, berjanji itu dan ini dan kekal di situ sebagai 'a lesser Mubarak'.

3. Revolusi Sebenar - Akan berlaku jika The Muslim Brotherhood atau Ikhwanul Muslimin mendapat kuasa dan laba politik yang besar dari krisis ini. Ikhwanul Muslimin akan berkuasa, menghapuskan korupsi, melakukan perubahan untuk massa dan generasi muda, memutuskan hubungan dengan Zionis, menjadi sebuah republik sekular-nasionalis ala Turki Erdogan hari ini lalu meningkatkan kerjasama dengan Republik Islam Iran selaku kuasa serantau.

Dua senario awal adalah kegagalan. Hanya senario akhir akan menjadi sebuah 'revolusi tulen'.





Apakah ada kemungkinan Malaysia akan menurut jejak Mesir meskipun terdapat banyak persamaan pada iklim politik antara kedua buah negara?

Akhbar Israel, Israel News meramalkan, tidak. Ini kerana rakyat Malaysia tidak dilihat mampu dan berani membuat perubahan seperti yang berlaku di Mesir.

Dua ahli akademik Israel, Prof. Tamir Sheafer dan Dr. Shaul Shenhav menulis untuk Journal of Conflict Resolution menyatakan meskipun tahap demokrasi di Malaysia adalah rendah, aspirasi rakyat terhadap demokrasi juga rendah yang membolehkan pemerintah terus berkuasa, lantas mengelakkan 'kebangkitan popular rakyat' seperti yang terjadi di Tunisia dan Mesir.

"In Jordan, Algeria and Malaysia, however, the findings point to a "positive democratic gap" and a coup is unlikely. In these countries, although they are not characterized by a high level of democratization, the citizens' democratic aspirations are lower, and in such a situation the danger of governmental instability is smaller." (klik sini)

Dalam erti kata lain, akhbar Israel tersebut meramalkan parti yang sedia memerintah di Malaysia akan terus berada di tempatnya. Sementara parti pembangkang akan terus bermimpi di siang hari.





Sekiranya senario ketiga berlaku di Mesir, iaitu revolusi penuh, fenomena yang sama boleh menjangkit ke Yaman, Arab Saudi, Libya, Bahrain dan beberapa negara lain. Ini bermakna Syria dan Iran akan mempunyai teman yang lebih kuat. Jika itu berlaku, Israel tidak akan ada pilihan lain, melainkan memberi perhatian kepada rantau baharu yang mana 'aspirasi demokrasi rakyatnya adalah rendah'.

Perhatian Zionis mungkin berpindah ke rantau sebelah sini.






* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
 
Sumber :
http://tehranifaisal.blogspot.com/
 

No comments:

Post a Comment